Cara Renew Passport Di Malaysia Secara Online


Cara Renew Passport di Malaysia Secara Online
Memperbaharui passport adalah langkah penting bagi setiap warganegara Malaysia terutamanya bagi yang ingin melancong ke luar negara.
Proses ini kini lebih mudah dengan adanya perkhidmatan dalam talian. Anda tidak perlu bersusah payah beratur menunggu giliran dan menghabiskan masa untuk menunggu.
Hanya dengan kehadiran internet, anda boleh memperbaharui passport secara dalam talian dengan mudah!
Nak tahu caranya? Jom baca perkongsian di bawah.
Pengenalan – Apa Itu Pasport? Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
Ia boleh dimohon di mana-mana Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Passport adalah LIMA(5) tahun daripada tarikh dikeluarkan.
Cara Renew Passport di Malaysia Sekiranya passport anda sudah hampir tamat tempoh, anda wajib memperbaharuinya secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah kelak. Terutamanya, apabila ada bercadang untuk pergi ke luar negara dalam masa terdekat. 
Anda boleh rujuk langkah-langkah berikut untuk mengetahui cara renew passport secara online; 
1. Semak Tarikh Luput Passport Langkah pertama sebelum memulakan proses pembaharuan adalah menyemak tarikh luput Passport anda. 
Pastikan Passport anda masih sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perjalanan anda. 
Jika tidak, anda perlu memperbaharuinya secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang masalah semasa perjalanan.
2. Layari Portal MyOnline Passport Untuk memulakan proses pembaharuan Passport secara dalam talian, layari portal MyOnline Passport: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport
Portal ini menyediakan kemudahan untuk memohon pembaharuan Passport tanpa perlu hadir ke pejabat imigresen, kecuali untuk pengambilan Passport yang telah siap.
3. Lengkapkan Borang Permohonan Online Lengkapkan borang permohonan yang disediakan. Pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses permohonan.
4. Muat Naik Foto Pasport Salah satu langkah penting dalam proses pembaharuan Passport adalah memuat naik foto bersaiz pasport. 
Pastikan foto yang diambil memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. 
Anda juga boleh menggunakan aplikasi editor foto untuk memastikan gambar memenuhi spesifikasi yang diperlukan.
Berikut ialah spesifikasi yang perlu dipatuhi:
Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima. Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka. Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan. Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport. 5. Pilih Pejabat Pengambilan Pasport Selepas melengkapkan borang permohonan dan memuat naik foto, anda perlu memilih pejabat imigresen di mana anda ingin mengambil Passport baru anda. 
Pastikan anda memilih pejabat yang paling dekat dan mudah diakses untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
6. Buat Bayaran Permohonan Proses seterusnya adalah membuat bayaran permohonan menggunakan kad kredit atau debit. 
Pastikan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti untuk pengambilan Passport nanti.
7. Ambil Passport Baru Setelah permohonan anda diluluskan, anda akan diberikan tarikh dan waktu untuk mengambil Passport baru anda dari pejabat imigresen yang dipilih. 
Pada hari pengambilan, pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan seperti Passport lama, kad pengenalan (IC), dan resit pembayaran. 
Pemohon di bawah umur 18 tahun perlu hadir bersama seorang penjaga untuk mengambil pasport.
Tempoh Pengeluaran Pasport Pemohon boleh memilih untuk mengambil Passport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem.
Tarikh dan masa pengambilan passport akan   ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
Waktu Serahan Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
Bayaran 13 – 59 tahun : RM 200  Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100 Terma & Syarat Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip). Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Passport 1966 (Akta 150). Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan Passport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, Passport tersebut tidak akan diserahkan. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz Passport yang terbaharu. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil Passport dengan mengemukakan kad pengenalan, Passport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan Passport tidak akan diserah. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja Buku Passport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air). Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan Passport atas talian (MyOnline). Keperluan Tambahan Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, Passport tersebut tidak akan diserahkan.
Pemberitahuan Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.
Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.
Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej ‘Sila Rujuk Pejabat Imigresen’, bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-
Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar. Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web ‘MyOnline*Pasport’. Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem. Tips Tambahan untuk Pembaharuan Pasport Pastikan Maklumat Tepat: Semak semua maklumat yang diisi dalam borang permohonan untuk memastikan tiada kesilapan. Gambar Pasport: Ambil gambar Passport mengikut spesifikasi yang ditetapkan untuk mengelakkan permohonan ditolak. Dokumen Lengkap: Bawa semua dokumen yang diperlukan semasa pengambilan Passport untuk mengelakkan sebarang masalah. FAQ – Cara Renew Passport Secara Online Sila rujuk PDF di bawah sekiranya terdapat persoalan-persoalan mengenai cara renew passport secara online.
FAQ-PASPORT-ONLINE-2024MUAT TURUN Sedang Merancang Percutian? Passport dah siap, kini masa untuk bercuti!
Anda boleh gunakan Klook untuk merancang percutian anda dengan lebih mudah dan menyeronokkan.
Klook menawarkan pelbagai pakej pelancongan, tiket tarikan, dan aktiviti menarik di seluruh dunia. Tempah sekarang untuk menikmati diskaun istimewa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Klook.com Maklumat Lanjut Sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.
Semoga dengan mengikuti panduan ini, proses pembaharuan passport anda akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Sumber:
Pasport Malaysia Antarabangsa – Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-renew-passport/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-renew-passport

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Renew Roadtax Jpj Online

Cara Renew Roadtax Jpj Online

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 150 hits
Seiring dengan kemajuan teknologi pengguna kenderaan di Malaysia kini boleh renew roadtax secara online dengan menggunakan fungsi baharu aplikasi MyJPJ yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bersama Kementerian Pengangkutan Jika s...
Hanya 65 Syarikat Lulus Kutip Derma Di Malaysia Rujuk Cara Semak Syarikat Lulus Kutip Derma

Hanya 65 Syarikat Lulus Kutip Derma Di Malaysia Rujuk Cara Semak Syarikat Lulus Kutip Derma

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 294 hits
Hanya 65 Syarikat Lulus Kutip Derma Di Malaysia Rujuk Cara Semak Syarikat Lulus Kutip Derma Kutipan derma awam telah menjadi satu amalan yang semakin popular di Malaysia terutamanya di kalangan individu dan organisasi yang ingin menyokong t...
Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Cara Semakan Arah Kiblat Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 326 hits
FENOMENA ISTIWA ADZAM DAN SEMAKAN ARAH KIBLAT DI MALAYSIA Pada 15 Julai 2024 Isnin bersamaan 9 Muharram 1446H 5 27 PM akan berlakunya fenomena Istiwa Adzam Istiwa A dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah Fenomena ini berl...
Video Modus Koruptor Dibongkar Novel Eks Kpk Ini Cara Akali Sistem Lelang Online

Video Modus Koruptor Dibongkar Novel Eks Kpk Ini Cara Akali Sistem Lelang Online

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 174 hits
Trik yang kerap dilakukan yakni dengan mengecilkan bandwidth saat melakukan pengajuan melalui sistem lelang
Keputusan Liga Super Malaysia 13 Julai 2024

Keputusan Liga Super Malaysia 13 Julai 2024

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 210 hits
Tiga perlawanan Liga Super berlangsung pada malam ini melibatkan kelab Sri Pahang FC NSFC Sabah FC JDT dan Perak FC Penang FC KEPUTUSAN PERLAWANANSri Pahang FC 0 0 NSFCSabah FC 0 0 JDTPerak FC 0 0 Penang FC
Syurga Video Bambam Got7 Kopek Makan Durian Di Malaysia Curi Perhatian

Syurga Video Bambam Got7 Kopek Makan Durian Di Malaysia Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 214 hits
Selepas konsert solonya pada tahun lepas BamBam sekali lagi datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan peminatnya Artikel Berkaitan Pada 13 Julai hari ini BamBam akan mengadakan acara perjumpaan bersama peminatnya di Malaysia berkolaborasi de...
Remembering The Cruise Muhibbah Malaysia S Forgotten Ferry Tale

Remembering The Cruise Muhibbah Malaysia S Forgotten Ferry Tale

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 132 hits
In an era before budget airlines and high speed rail the Malaysian government embarked on an ambitious project to bring its people closer together The year was 1982 and the brainchild of then Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was about...
Tengku Zafrul Dedah Kesan Negatif Jika Pelaburan Blackrock Gugurkan Di Malaysia

Tengku Zafrul Dedah Kesan Negatif Jika Pelaburan Blackrock Gugurkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 142 hits
Firma pelaburan global BlackRock Inc sudah memiliki pelaburan ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia membabitkan nilai aset keseluruhan RM27 5 bilion Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz b...
Semakan Kiblat Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Malaysia

Semakan Kiblat Istiwa Adzam 15 Julai 2024 Malaysia

papar berkaitan - pada 12/7/2024 - jumlah : 215 hits
ISTIWA ADZAM 2024 DI MALAYSIA AYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 15 JULAI 2024 INI Istiwa A dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua kali setahun Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara i...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation