
Untuk mendaftar di Website THiJARI pun sangat mudah dan semestinya anda perlu wujudkan Akaun Tabung Haji secara Manual di Kaunter Tabung Haji untuk dewasa atau Kanak-kanak. Semasa Anak pertama berumur 9 bulan, saya telah buka Akaun Tabung Haji. Boleh baca cerita saya Buka Tabung Haji untuk Anak di SINI. (Tajuk Blogpost : Dah Buka Dah Akaun Tabung Haji Anak 9 Bulan..Akhirnya)
1. Anda boleh buat Pendaftaran Kali Pertama di Website THiJARI dan Login menggunakan Username dan Password
2. Menu di sebelah kiri tak banyak pun jadi boleh lihat satu persatu menu, pada Ringkasan Akaun boleh lihat Akaun Dewasa dan Akaun Kanak-Kanak (Jika Didaftarkan) (Contohnya saya ada 2 orang anak dan keduanya berdaftar Akaun Tabung Haji). Jadi mudah untuk pindah Duit Raya anak-anak ke Tabung Haji ini.
3. Untuk membuat pemindahan ke Akaun Tabung Haji, Klik pada Menu 'Pindahan' dan Pilih jenis pindahan duit. Macam situasi saya, saya ingin membuat 'Pindahan Bank ke Akaun TH'; iaitu Bank CIMB atau Maybank.
4. Apabila Klik pada 'Pinndahan Bank ke Akaun TH', ia akan keluar seperti menu dalam gambar. Masukkan jumlah yang ingin di pindahkan dari Akaun luar (Seperti CIMB atau Maybank)
5. Proses Pindahan ini menggunakan FPX. Maksudnya ia akan re-direct untuk ke Website Online Banking sumber duit yang hendak dipindahkan seperti CIMBClick atau Maybank2U. Buat pemindahan seperti biasa menggunakan Internet Banking.
6. Setelah pindahan berjaya, ia akan kembali ke Website THiJARI. Dah boleh tengok berapa baki yang terkumpul dalam Akaun Dewasa (Ibu Bapa) atau Akaun Kanak-Kanak jagaan.| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |