Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan Tiktok
Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan TikTokJangan terperanjat sekiranya ada antara kawan anda yang mengatakan bahawa kita boleh menjana pendapatan melalui TikTok. Ianya adalah benar sama sekali.
Sebenarnya dah ramai content creator yang mula terjebak menjana pendapatan di TikTok. Di dalam artikel kali ini aku akan terangkan tentang cara-cara buat duit di TikTok hanya dengan membuat video.
Lepas ni kalau ada yang marah dan kata anda hanya buang masa di TikTok mungkin boleh kongsi dan suruh mereka baca artikel ini.
Jom Kenal Dengan Aplikasi TikTok?TikTok merupakan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteDance, iaitu syarikat yang berpangkalan di Beijing dan diasaskan oleh Zhang Yiming.
Zhang Yiming merupakan usahawan internet jutawan China. Beliau telah menubuhkan ByteDance pada tahun 2012 dan melancarkan aplikasi TikTok pada tahun 2017.
Pada asalnya, TikTok ni digunakan untuk buat lip sync, komedi, tarian & video pendek serta video bakat lain.
Tetapi sejak setahun dua kebelakangan ini trend TikTok terutama di Malaysia sudah mula berubah. Kalau dulu memang orang kita terikut-ikut dengan budaya menari gelek, tetapi kini mula dipenuhi dengan video konten ilmiah atau nama lainnya edu content.
Ini sebab kenapa orang bisnes kena ada akaun TikTok
Buat duit dengan TikTok Melalui Content Creator's ProgramItu yang cuba TikTok Malaysia promosikan iaitu melahirkan lebih banyak ‘content creator’ dan menawarkan bayaran kepada content creator yang ada potensi menghasilkan video yang ada konten berkualiti.
Untuk menjadi "Selected Creators" yang dipilih oleh TikTok, anda mestilah consistent dalam menghasilkan video dan video anda kena ada value. Maksudnya video anda haruslah memberi manfaat kepada penonton serta kena kreatif.
Semakin ramai orang sukakan video anda semakin tinggi peluang anda untuk dipilih menyertai Content Creator's Program ni.
Apa yang aku suka di TikTok, tak kisah siapa pun anda asalkan anda ada otak yang kreatif dan berbakat pasti anda akan berjaya.
Jenis-Jenis Content Di TikTokAku kongsikan jenis-jenis content yang anda boleh cuba untuk dijadikan niche sekiranya anda nak cuba buat video di TikTok:
Education Science TeknologiTip & TutorialDIYLifehacks Fitness & health ArtMotivation
Kelebihan menyertai TikTok Content Creator's Program
Layak menerima TikTok merchandise Terima jemputan eksklusif dari TikTokPeluang mengembangkan konten dan juga audience sehingga ke peringkat antarabangsaHadiah wang Tunai
Bayangkan hanya dengan buat video sahaja kita dapat macam-macam faedah. Bila dah dikenali semestinya follower pun akan bertambah, waktu tu memnag mudahlah kalau content creator nak bekerjasama dengan brand-brand berjenama.
Pesanan untuk Newbie di TikTok
Untuk yang baru berjinak-jinak di TikTok, anda kena ingat pesanan ini.
Jangan buang masa dan tenaga macam apa aku buat masa mula-mula join TikTok.
> Cari guru untuk belajar. Banyak je kelas-kelas yang ajar tentang TikTok. Kenapa aku nasihatkan belajar dulu sebelum mula ialah TikTok ni tak sama dengan platform sosial media yang lain.
> Ada rules yang TikToker kena patuhi yang dipanggil Community Guidelines, contohnya TikTok melarang keras sebarang bentuk hard sell. Silap haribulan akaun anda akan di delete selamanya. Banyak lagi rules dia.
> Cari satu niche dan konsisten buat video tentang niche anda sebab anda cepat grow kalau fokus dengan satu niche berbanding buat random content.
> Hasilkan video yang bermanfaat, yang ada value dan kreatif tanpa melanggar hukum syarak terutama kaum muslimah. Jagalah aurat dan elak konten yang memudaratkan kita di dunia dan akhirat.
Dapat sesuatu?
Kalau dapat boleh komen dan share artikel ni dengan yang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/06/ini-cara-mudah-buat-duit-dengan-tiktok.html