Cara Nak Cuci Tilam Kena Air Kencing Supaya Suci Dari Najis Dikongsikan Mufti


Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, kejadian anak membasahi tilam pasti sukar dielakkan.
Keadaan ini terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya genetik, ketidakstabilan hormon, stress atau masalah kesihatan yang lain.
Anak terkencing atas tilam merupakan perkara normal bagi kanak-kanak berusia bawah 7 tahun sepanjang latihan tandas (potty training).
Namun bagi ibu bapa, tugas menyucikan najis pada tilam yang besar dan berat pastinya mencabar serta sukar untuk dilakukan.
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t
Saya ada satu kemusykilan. Bagaimana cara untuk membersihkan najis  air kencing anak (najis mutawassitah) di atas tilam tebal dan berat serta susah untuk diangkat?
Cukupkah sekadar direnjis air mutlak di atasnya atau perlu dibasuh pada bahagian terkena najis? Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan.
Jawapan :
Waalaikumussalam w.b.t.
Berikut merupakan jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Hj. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW :
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ Maksudnya : “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.”
Riwayat Muslim (223)
Islam sangat mengambil berat dalam hal bersuci dan kebersihan. Begitu juga, manusia cenderung kepada kebersihan dan secara tabi’i manusia tidak suka serta menjauhkan diri daripada kekotoran.
Oleh sebab Islam adalah agama fitrah, maka secara tabi’i ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan.
Pembahagian najis Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Najis Mukhaffafah (ringan), Najis Mutawassitah (sederhana) dan Najis Mughallazah (berat).
Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta apa daripadanya. Najis Mukhaffafah merupakan air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibunya sahaja dan berumur tidak lebih daripada dua tahun. Najis Mutawassitah pula adalah selain daripada kedua-dua jenis najis di atas. Najis Mutawassitah adalah seperti air kencing, najis haiwan dan darah.
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/40-41) Air kencing merupakan najis mutawassitah. (Kredit: Google) Cara membersihkan Najis Mutawassitah Sebelum itu, kita mesti ketahui bahawa setiap jenis najis tersebut berbeza cara membersihkannya. Mengenai cara membersihkan najis Mukhaffafah, kami telah membahaskannya secara panjang lebar di dalam artikel kami:
Irsyad al-Fatwa Siri ke-348 : Bayi Lelaki Yang Diberi Makan Ubat, Adakah Air Kencingnya Masih Mukhaffafah Dan Bagaimana Cara Membersihkannya? Manakala najis Mughallazah hendaklah dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan salah satunya adalah dengan air yang bercampur tanah. Bagi mendapatkan perbahasan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami di dalam :
Irsyad al-Fatwa Siri ke-176 : Jenis dan Kaedah Tanah Samak. Irsyad al-Fatwa Siri ke-221: Hukum Sertu Munggunakan Sabun Taharah. Mengenai najis Mutawassitah Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff ada menyatakan bahawa ia terbahagi kepada dua kategori iaitu hukmiyyah (حكمية) dan ‘ainiyyah (عينية). Hukmiyyah ialah yang tidak kelihatan najisnya secara jelas kerana tiada tanda-tanda seperti bau, rasa dan juga warna. Cara membersihkannya adalah cukup sekadar mengalirkan air pada tempat yang terkena najis tersebut.
Manakala ‘ainiyyah pula ialah najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau atau rasa atau warna. Cara membersihkannya ialah dengan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut (bau, rasa dan warna).
Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Akan tetapi sunat untuk dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.
Gambar hiasan. (Kredit: Google) Bau, warna dan rasa Begitu juga, sekiranya najis itu tidak dapat dihilangkan dengan sekali basuhan, maka wajib membasuhnya kali kedua.
Dan sekiranya masih belum lagi hilang, wajib membasuhnya buat kali ketiga. Sekiranya najis itu masih belum lagi dapat dihilangkan sifat-sifatnya dengan tiga kali basuhan bersama bahan bantuan seperti sabun dan lain-lain, maka keadaan ini dinamakan sebagai keadaan yang susah (حالة التعسر).
(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 135)
Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan bahawa contoh najis hukmiyyah adalah seperti air kencing yang telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya. Maka, cara membersihkannya, cukup dengan hanya mengalirkan air padanya sekali.
Adapun ‘ainiyyah, maka wajib dihilangkan sifat-sifatnya yang terdiri daripada bau, rasa dan warna, melainkan ada kesukaran bagi menghilangkan salah satu antara dua sifat iaitu sama ada warna atau bau.
Maka, dalam hal ini tidak wajib menghilangkannya, bahkan ia telah pun dikira sebagai suci.
Akan tetapi, sekiranya terhimpun kedua-duanya sekali (bau dan warna) pada tempat tersebut, maka wajib untuk dihilangkan kedua-dua sifat tersebut kerana ia adalah merupakan bukti yang kuat bahawa ‘ain najis itu masih ada sepertimana ciri atau sifat yang ditunjukkan oleh rasa. (Lihat Fath al-Wahhab, 1/25 dan Kasyifah al-Saja, hlm. 182-184)
Begitu juga, belum lagi dikira suci (masih najis), jika masih ada sifat najis daripada segi rasa kerana kebiasaannya ia mudah untuk dihilangkan. Oleh itu, sekiranya masih berbaki sifat rasa, maka wajib untuk dihilangkan sekalipun dengan mengikis atau menggosok sebanyak 3 kali.
Cara mengikis adalah dengan mengikis tempat terkena najis itu menggunakan batu atau lain-lain, manakala menggosok pula adalah dengan menggunakan jari jemari dengan gosokan yang kuat dan kemudian menjiruskan air ke atasnya sehingga hilang ‘ain dan kesan najis itu.
Selain itu, tidak disyaratkan menggunakan bahan bantuan seperti sabun dan usynan (sejenis pokok) bagi menghilangkan najis melainkan setelah terhimpun bau dan warna sekali atau hanya daripada segi rasa sahaja. Maka, dalam situasi ini wajib menggunakan bahan bantuan tersebut. (Lihat Kasyifah al-Saja, 182-183)
Gambar hiasan. (Kredit: Popular Science) Keadaan yang susah (حالة التعسر) Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah meringkaskan berkenaan hukum bagi keadaan susah (حالة التعسر) kepada dua, iaitu :
Sekiranya hanya tinggal bau sahaja atau warna sahaja, hukumnya adalah dikira sebagai suci.
Sekiranya yang tinggal adalah bau dan warna atau hanya rasa sahaja, maka wajib membasuhnya bersama bahan bantuan seperti sabun sehingga hilang sifat-sifat tersebut.
Akan tetapi, sekiranya orang yang berkepakaran (Ahl al-Khibrah) menyatakan najis tersebut, tidak akan dapat dihilangkan melainkan hanya dengan memotongnya (membuangnya), maka dinamakan bagi keadaan atau situasi ini sebagai situasi yang ada keuzuran (حالة التعذر).
Hukumnya, ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan dan sah solat dengannya. Walau bagaimanapun, jika dia mampu untuk menghilangkannya pada masa akan datang, wajib untuk dia menghilangkannya.
(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 136)
Kesimpulannya Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti dalil-dalil serta pandangan para ulama, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :
Sekiranya air kencing yang terdapat di atas tilam telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya, maka bagi mensucikannya cukup dengan hanya mengalirkan air padanya.
Dan sekiranya kuantiti air sedikit, hendaklah air yang dilalukan ke atas najis dan bukan sebaliknya sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam hasyiahnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim Baijuri, 1/199)
Akan tetapi, jika air kencing tersebut meninggalkan ‘ain atau sifat-sifatnya, maka terlebih dahulu hendaklah dihilangkan ‘ain dan sifat-sifatnya.
1. Serap guna span atau kain Kami syorkan lap dan pindahkan air kencing yang bertakung di atas tilam semampu mungkin dengan menggunakan kain atau span atau wet/dry vacuum sehingga tidak ada lagi yang berbaki melainkan sedikit lembap yang tidak boleh dipisahkan (dielakkan) sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani. (Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 181)
Gambar hiasan. (Kredit: Google) 2. Alirkan air Kemudian, barulah dialirkan air di atasnya. Sekiranya air basuhan tersebut tidak dapat mengalir, hendaklah ia juga dipindahkan atau dikeringkan semampu mungkin, dengan menggunakan kain atau span atau seumpamanya. Sekiranya masih berbaki warna atau bau sahaja, tidak mengapa dan ia dikira telah suci.
Akan tetapi, sekiranya masih berbaki warna dan bau sekali atau semata-mata rasa sahaja, hendaklah ia dihilangkan semampu mungkin dengan menggunakan bahan bantuan seperti sabun atau seumpamanya atau dengan menggosoknya sekuat mungkin sehinggalah sifat-sifat yang berbaki tersebut hilang.
Sekiranya masih lagi tidak dapat dihilangkan ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan serta sah solat di atasnya.
Manakala apa-apa air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses pembersihan adalah tidak mengapa. Basuhan di bahagian luar sahaja telah cukup. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa :
لو أحمى حديد ثُمَّ صَبَّ عَلَيْهَا سُمًّا أَوْ غَسَلَهَا فِيهِ فَشَرِبَتْهُ ثُمَّ غُسِلَتْ بِالْمَاءِ طَهُرَتْ لِأَنَّ الطَّهَارَاتِ كُلَّهَا إنَّمَا جُعِلَتْ عَلَى مَا يَظْهَرُ فِيهِ لَيْسَ عَلَى الْأَجْوَافِ
Maksudnya : “Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, racun tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak). (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/600)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Cara Nak Cuci Tilam Kena Air Kencing Supaya Suci Dari Najis Dikongsikan Mufti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/12/cara-nak-cuci-tilam-kena-air-kencing-supaya-suci-dari-najis-dikongsikan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Buang Air Kecil Atas Tilam Berat Besar Mufti Kongsi Cara Nak Bersihkan Dan Sucikan Dari Najis

Anak Buang Air Kecil Atas Tilam Berat Besar Mufti Kongsi Cara Nak Bersihkan Dan Sucikan Dari Najis

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 542 hits
Ada anak kecil dan sering terkucil atas tilam waktu tengah malam itu perkara yang biasa bagi sesetengah ibu bapa Kencing malam atau betwetting terjadi apabila kanak kanak berusia 5 tahun dan ke atas tidak dapat mengawal kencing mereka semas...
Amalkan 10 Tips Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Air Tips No 7 Paling Rare

Amalkan 10 Tips Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Air Tips No 7 Paling Rare

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 468 hits
Cara Jimat Air Air bersih adalah salah satu keperluan harian kita Nak tak nak kita sememangnya akan menggunakan air setiap hari Walau bagaimanapun ini bukan bermakna kita boleh menggunakan sesuka hati kerana anda sendiri yang akan menanggun...
Nak Kurus Kena Ada Strategi Baru Kurus Diet Kalau Salah Cara Memang Tak Kurus Lah

Nak Kurus Kena Ada Strategi Baru Kurus Diet Kalau Salah Cara Memang Tak Kurus Lah

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 315 hits
Anda boleh mengawal pemakanan melalui jumlah porsi makanan yang diletakkan di dalam pinggan Bagi melatih diri ambil sehelai kertas lukiskan bulatan mengikut saiz pinggan Kemudian bahagikan kepada empat bahagian Tuliskan empat perkara iaitu ...
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 640 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci Louisa Chong Kongsi Pengalaman Sebagai Saudara Baru

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 1152 hits
Lama kita tidak melihat pelakon dan pelawak Louisa Chong di kaca televisyen atau di layar perak Ramai yang tidak tahu sebenarnya dia sudah memeluk agama Islam dan kini dikenali sebagai Louisa Alissa Chong Abdullah Baru baru ini dia turut be...
Susahnya Macam Nak Berperang Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat

Susahnya Macam Nak Berperang Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 585 hits
Tidak dinafikan sekarang musim demam banyak anak anak kita yang tidak sihat Demam disertakan dengan batuk dan selesema tak sampai hati bila lihat keadaan mereka Untuk mengurangkan suhu panas badan serta melegakan batuk selesema anak anak su...
Payah Nak Bergaya Kalau Pakai Tudung A Aida Dedahkan Selesa Buka Hijab Supaya Senang Nak Berfesyen

Payah Nak Bergaya Kalau Pakai Tudung A Aida Dedahkan Selesa Buka Hijab Supaya Senang Nak Berfesyen

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 1002 hits
Selain mic Siti lupa nak on persembahan lain macam Aina Abdul dan persembahan kontr0versi dari Drama Band nama penerbit terkenal A Aida juga turut disebut sebut oleh warganet bila dia tampil dengan penampilan terbaru tanpa hijab di malam AJ...
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 443 hits
Nak dapat kesan awet muda memang macam macam petua boleh kita ikuti Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur Doktor Perubatan Blogger Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan Dr Zu...
Tata Cara Menghilangkan Najis Berdasarkan Macamnya

Tata Cara Menghilangkan Najis Berdasarkan Macamnya

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 240 hits
Tata cara menghilangkan najis pun dapat dibersihkan berdasarkan jenis najisnya dan tidak dilakukan sembarangan Sebagai umat muslim alangkah baiknya mengetahui segala hal tentang najis demi mendapatkan diri yang suci ketika berhadapan dengan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut