Amalkan 10 Tips Ini Jika Nak Jimat Bayar Bil Air Tips No 7 Paling Rare



Cara Jimat Air. Air bersih adalah salah satu keperluan harian kita. Nak tak nak kita sememangnya akan menggunakan air setiap hari. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna kita boleh menggunakan sesuka hati kerana anda sendiri yang akan menanggung padahnya sekiranya tidak pandai menjimatkan air

Untuk orang yang berjimat, setiap titisan air adalah sama dengan membuang setiap sen dalam simpanan kita. Jadi kita perlu hargai setiap titisan air untuk memastikan kita tidak membazir air dan duit kita

Berikut adalah 10 tips jimat air yang perlu anda amalkan setiap hari:
Tips Jimat Air 1Semasa anda menggunakan sinki untuk mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur, jangan biarkan air paip mengalir. Ini adalah kerana walaupun anda hanya membiarkan air mengalir beberapa minit, air yang terbuang mungkin mencapai hingga beberapa liter air. Itu jika anda seorang. Jika semua ahli keluarga anda perangai sama macam tu, harapannya hujung bulan duit habis bayar bil air sahaja. Nasihat juga ahli keluarga untuk sama-sama menjimatkan air

Tips Jimat Air 2Gunakan pancuran air semasa mandi. Menggunakan pancuran air akan memudahkan air diratakan keseluruhan badan berbanding menggunakan pencedok atau gayung. Selain itu anda juga dinasihatkan untuk mematikan pancuran air semasa bersabun atau bersyampu untuk mengelakkan berlaku pembaziran pengaliran air yang tidak digunakan

Tips Jimat Air 3Sekiranya air paip anda mengalir tidak sekuat biasa, pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan ke atas sistem perpaipan di rumah anda. Ini adalah untuk memastikan tiada kebocoran air berlaku. Tahukah anda bahawa jika kebocoran berlaku pada paip selepas meter air, ianya adalah tanggungan tuan rumah sendiri. Pihak syarikat air tidak akan bertanggungjawab ke atas kelalaian anda tidak memeriksa sistem perpaipan rumah anda

Tips Jimat Air 4Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan kapasiti baju adalah berada pada tahap maksimum berat yang mampu diisi. Jika hanya terdapat baju kotor yang sedikit, lebih baik basuh menggunakan tangan.  Cara ini bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan air, malah ia juga mampu menjimatkan bil elektrik rumah anda

Tips Jimat Air 5Gunakan besen berisi air atau takungkan air di dalam sinki semasa anda nak mencuci buah buahan atau sayur-sayuran. Matikan air paip untuk mengelakkan pengaliran air tanpa penggunaan yang menyebabkan pembaziran

Tips Jimat Air 6Pastikan paip air ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis. Ini sangat penting untuk diambil perhatian terutamanya jika anda mempunyai anak-anak kecil di rumah. Kanak-kanak biasanya tidak dapat mengunci paip air dengan ketat dan boleh menyebabkan air terus menitis tanpa disedari. 
Tips Jimat Air 7Letakkan botol berisi air dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman. Tahukah anda sebenarnya kita boleh mengepam dengan menggunakan separuh daripada air tangki pengepam? Caranya adalah dengan masukkan botol berisi air ke dalam tangki pengepam. Ini akan mengeurangkan kuantiti air untuk di isi ke dalam tangki dan seterusnya menjimatkan penggunaan air anda. 
Tips Jimat Air 8Gunakan baldi semasa mencuci kenderaan. Salah satu cara untuk berjimat adalah dengan mencuci kereta sendiri. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak mengikut cara ini, boleh jadi anda akan membazir banyak air semasa mencuci kenderaan anda. Menggunakan baldi akan mengurangkan kadar air yang mengalir tanpa digunakan

Tips Jimat Air 9Jika anda seorang yang minat bercucuk tanam sama ada pokok bunga atau sayuran, pastikan anda menyiram tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang. Ini akan mengurangkan kadar penyejatan air dari tanah dan pokok anda mendapat lebih banyak manfaat daripada setiap titisan air. 
Selain itu, gunakan juga baldi untuk membuat siraman pokok. Ini akan lebih menjimatkan

Tips Jimat Air 10Pastikan anda membuat tadahan air hujan. Ramai yang tidak memanfaatkan air percuma yang diberikan setiap kali hujan. Air hujan yang ditadah boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga dan sayuran serta boleh juga digunakan untuk mencuci kenderaan. Kadar taburan hujan di Malaysia agak tinggi dan kita perlu mengambil peluang ini untuk menggunakan air hujan. 
Cuma satu perkara yang perlu diambil berat adalah apabila membuat tadahan air, pastikan air tersebut dimasukkan dengan ubat jentik-jentik untuk mengelakkan daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk

Ok. 
Cukup dengan 10 tips ini dulu, saya yakin sekiranya kita mengamalkan tips-tips di atas secara konsisten, kita akan dapat menjimatkan bil air kita sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai bil biasa kita

Nampak macam leceh, tetapi jika ia dah diamalkan, ia akan menjadi satu tabiat yang dapat menjimatkan duit anda untuk jangka masa panjang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://simpanuntukkaya.blogspot.com/2017/04/amalkan-10-tips-ini-jika-nak-jimat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tips Jimat Elektrik Di Rumah Untuk Mengelakkan Bil Melambung No 10 Wajib Amalkan

10 Tips Jimat Elektrik Di Rumah Untuk Mengelakkan Bil Melambung No 10 Wajib Amalkan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 244 hits
Tips Jimat Elektrik Tenaga Elektrik adalah satu keperluan untuk setiap rumah Dengan elektriklah perkara perkara lain dapat dilakukan seperti memasak menjahit dan lain lain lagi Walau bagaimanapun ramai juga yang mengambil ringan tentang kep...
Perghhh Tudia Cedera Kemalangan Gadis Sanggup Lelong Dara Untuk Bayar Bil Rawatan Hospital

Perghhh Tudia Cedera Kemalangan Gadis Sanggup Lelong Dara Untuk Bayar Bil Rawatan Hospital

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 521 hits
Cedera kemalangan gadis sanggup lelong dara untuk bayar bil rawatan hospital Isnin 17 Februari 2020 7 30 AM Amanda melelong keperawanannya pada harga 50 000 pound sterling SEORANG gadis yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan kere...
Bagi Anak Protein Lebih Sikit Bebola Ikan Sayur Kucai Ni Paling Mudah Nak Buat

Bagi Anak Protein Lebih Sikit Bebola Ikan Sayur Kucai Ni Paling Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 375 hits
Anak anak kecil kita yang sedang membesar biasakan akan menolak mentah mentah sebarang makanan yang dirasakan pelik oleh mereka Suapan mama pun boleh diluahkan anak anak gara gara terasa ada makanan yang pelik pada mereka Ikan goreng halus ...
Cara Semak Dan Pembayaran Bil Air Melaka Secara Online 2018

Cara Semak Dan Pembayaran Bil Air Melaka Secara Online 2018

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 1318 hits
Masih punya masalah untuk semak dan pembayaran bil air melaka disini kami sediakan beberapa cara untuk menyemak atau membuat pembayaran bil air melaka kepada Syarikat Air Melaka Moga artikel ini dapat membantu anda untuk membuat semakan ata...
Tips Kereta Yang Ditenggelami Air Banjir

Tips Kereta Yang Ditenggelami Air Banjir

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 351 hits
Setiap kali banjir melanda setiap kali la abam kie terpaksa mengharung air untuk ke jalan besar Setakat ni kereta masih belum tenggelam tapi takutlah juga jika banjir tu jadi luar biasa seperti bah kuning 2014 dulu Mujurlah masa tu abam kie...
Senarai 30 Model Kereta Yang Paling Jimat Minyak Di Malaysia

Senarai 30 Model Kereta Yang Paling Jimat Minyak Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 544 hits
Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia Tengah berkira kira nak beli kereta Jadi apakah jenis kereta yang paling jimat minyak di Malaysia Jika di tanya secara direct begitu jawapanku adalah kereta kereta keluaran Perodua ...
Staf Ptptn Pun Terkejut Lelaki Ini Dedah Cara Bayar Hutang Dengan Lebih Jimat Berbaloi

Staf Ptptn Pun Terkejut Lelaki Ini Dedah Cara Bayar Hutang Dengan Lebih Jimat Berbaloi

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 705 hits
Baru tahu boleh pakai cara ni small Cover image via Azmy Mokhtar Facebook Jakarta Globe small Rata rata individu yang melanjutkan pelajaran sama ada di institusi milik swasta mahupun kerajaan akan memilih untuk membuat pinjaman daripada Per...
Ikuti 10 Tips Jimat Ini Semasa Berbelanja Secara Online

Ikuti 10 Tips Jimat Ini Semasa Berbelanja Secara Online

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 331 hits
Membeli barang secara online sememangnya telah menjadi sesuatu yang biasa pada zaman sekarang Ini juga bermakna kita boleh berbelanja tanpa keluar daripada rumah Pelbagai ecommerce muncul untuk memenuhi keperluan dan kemahuan pembelian onli...
Cara Nak Cuci Tilam Kena Air Kencing Supaya Suci Dari Najis Dikongsikan Mufti

Cara Nak Cuci Tilam Kena Air Kencing Supaya Suci Dari Najis Dikongsikan Mufti

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 407 hits
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil kejadian anak membasahi tilam pasti sukar dielakkan Keadaan ini terjadi disebabkan beberapa antaranya genetik ketidakstabilan hormon stress atau masalah kesihatan yang lain Anak terkencing atas tilam ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa