Nak Kurus Kena Ada Strategi Baru Kurus Diet Kalau Salah Cara Memang Tak Kurus Lah


Anda boleh mengawal pemakanan melalui jumlah porsi makanan yang diletakkan di dalam pinggan. Bagi melatih diri, ambil sehelai kertas, lukiskan bulatan mengikut saiz pinggan. Kemudian bahagikan kepada empat bahagian. Tuliskan empat perkara iaitu Karbohidrat, Protein, Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Berikut ialah penerangan terperinci tentang empat bahagian atau porsi diet sihat tersebut.

Nasi (karbohidrat) Karbohidrat adalah perlu dalam menu harian. Ambillah nasi sebagai sebahagian daripada diet anda. Ada pelbagai jenis beras boleh diperoleh di pasaran. Ramai pengamal diet sihat memilih beras perang untuk menggantikan beras putih. Malah anda boleh mengambil roti berprotein tinggi atau kentang sebagai ganti. Terpulang pada keupayaan dan keinginan. Paling penting anda mengambilnya kerana ia mampu membuatkan anda rasa kenyang. Karbohidrat kompleks bersifat slow release, sehingga metabolisme tidak memerlukan hormon insulin yang terlalu banyak.
Ikan atau ayam (protein) Daripada mengambil protein daripada daging merah, lebih baik pilih daging ayam atau ikan kerana kandungan lemaknya lebih rendah. Orang yang sering makan ikan boleh menurunkan kadar hormon leptin dalam tubuhnya. Tingginya hormon ini membuat metabolisme tubuh menjadi lambat, sehingga boleh menimbulkan obesiti. Salmon, tuna, makerel adalah ikan yang disarankan pengambilannya minimum seminggu sekali.
Sayur Sayur dan ikan bukan pilihan walau pun ia mengandungi protein. Sayur merupakan makanan ruji yang perlu ada dalam setiap hidangan dan diambil hampir sama banyak dengan ikan. Sayur mengandungi zat mineral dan vitamin serta serat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan.
Buah segar Buah segar sama penting dengan sayur. Ambil pada jumlah yang hampir sama dengan sayur. Ambillah buah dalam bentuk segar berbanding jus. Buah-buahan yang dibuat jus akan kehilangan serat yang diperlukan tubuh. Apatah lagi jika anda membeli jus dari kedai. Selalunya ia akan tinggi kalori kerana ditambah gula atau susu pekat.
Setelah anda ketahui empat porsi makanan sihat ini, maka bayangkan anda meletakkannya di dalam pinggan. Ingat, porsi hendaklah dibahagikan dengan empat iaitu satu porsi nasi (karbohidrat), satu porsi ikan (protein haiwan), satu porsi sayur (zat dan mineral) dan satu lagi porsi buah-buahan (serat).
Bila nak makan?
Berdasarkan porsi yang diberikan di atas, kini anda perlu tahu pula bila waktu yang sesuai untuk menikmati hidangan tersebut berdasarkan waktu makan. Umumnya waktu makan ada tiga iaitu:
Sarapan Makanan yang diambil pada waktu pagi biasanya mengandungi karbohidrat kerana anda perlukan tenaga sepanjang hari. Bagaimanapun, corak pekerjaan sudah berubah. Kerja di dalam pejabat tidak memerlukan tenaga yang banyak berbanding buruh binaan atau pekerja ladang. Usah makan nasi lemak sepinggan penuh. Imbangkan dengan porsi yang disarankan di atas. Tambahkan ulam-ulaman dan buah-buahan. Contohnya sedikit nasi kerabu dengan ikan atau ayam dan ulam yang banyak. Mulakan dengan dua gelas air masak sebelum bersarapan. Ia akan mencuci usus sebelum menyambung tugas berat mencerna makanan anda seterusnya.
Makan tengah hari Makan tengah hari lebih mudah untuk mengikut porsi sihat yang dicadangkan. Letakkan setiap jenis makanan mengikut empat porsi yang dicadangkan. Pilih nasi atau kentang, kemudian ambil ikan atau ayam dan sayur yang segar atau tidak terlalu masak serta buah-buahan. Jika anda makan di luar, pastikan anda boleh mendapatkan semua itu di situ atau anda bawa bekal buah. Jika di rumah, memang lebih mudah kerana anda tidak perlu gusar. Semuanya mudah dicapai. Jangan lupa, minum dulu segelas air masak sebelum makan. Ia akan membantu penghadaman anda.
Makan malam
Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, hindari karbohidrat saat makan malam. Gantikan dengan memperbanyakkan buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran yang berserat. Anda tidak perlukan bekalan tenaga yang tinggi kerana aktiviti pada malam hari tidak seberat pagi dan siang hari. Tenaga yang tidak diguna akan bertukar menjadi lemak dalam badan. Ingat, tidur selepas dua jam makan malam. Strategi saat makan
Dengan menjaga pola diet yang sihat, usaha untuk menurunkan berat badan akan berhasil. Berikut ialah strategi yang perlu diatur saat makan:
Kurangkan makan. Cuba usahakan makan dua kali sehari. Puasa! Makan sahur jam 5.00 pagi dan berbuka jam 7.00 petang. Jika tidak berpuasa, boleh cuba sarapan lewat sedikit (brunch) iaitu pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Manakala makan petang jam 4.00 hingga 5.00 petang. Untuk snek malam, cukup minum segelas susu. Bagaimanapun, pada yang tidak berpuasa, minumlah air masak sebanyak mungkin sepanjang hari. Makan sayur dan buah dahulu sebelum nasi atau ikan. Perut anda akan cepat kenyang dan kebarangkalian untuk menambah hidangan akan kurang. Usah makan terlalu kenyang. Kunyah makanan sehingga hancur kerana makanan yang hancur akan membuatkan perut anda lebih kenyang. Buang air dengan lancar. Elakkan daripada masalah sembelit. Banyakkan makan buah betik, pisang, mangga atau nanas jika anda kurang buang air besar. Berjalan 10 kilometer sehari. Jika tidak mampu atau tidak ada masa, eloklah bersenam di rumah atau gim, joging, berenang atau berbasikal. Elakkan snek dan makanan ringan. Jika lapar ambillah kekacang yang kurang garam, buah segar atau kering seperti kurma dan aprikot. Usah fikirkan sangat tentang berat hingga membuatkan anda berasa terdesak atau stres. Stres boleh mengundang padah. Anda mungkin akan berasa lapar yang luar biasa sedangkan anda sebenarnya tidak lapar. Jadi, cuba relaks dan buat kerja seperti biasa. Biarlah berat badan anda turun secara semula jadi. Sebuah kajian di University of Adelaide, Australia, mendapati wanita membakar lemak tubuhnya 30% lebih banyak ketika masa ovulasi (jika kitaran haid anda 28 hari, dikira bermula dari hari ke-13  atau ke-14 setelah hari pertama haid) hingga dua hari sebelum haid. Pada masa itu, peluang anda untuk menurunkan berat badan lebih besar berbanding masa lainnya. Manfaatkan masa itu dengan berolahraga agar proses pembakaran lemak lebih maksimum. Minum air masak atau mineral. Elakkan minuman berkarbonat atau air bergula yang sangat tinggi kalori – 200 kal. Bagi penggemar teh, minumlah teh hijau tanpa gula. Menurut The American Journal of Clinical Nutrition 1999, kafein dalam teh hijau mampu meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak empat peratus, jika ekstrak teh hijau diminum tiga kali sehari.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-kurus-kena-ada-strategi-baru-kurus-diet-kalau-salah-cara-memang-tak-kurus-lah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

Nak Didik Anak Memang Perlu Kesabaran Yang Tinggi Kalau Boleh Ajar Berdikari Sejak Kecil Baru Mudah Kerja Mama Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 320 hits
Anak yang pandai berdikari tentu menjadi kebanggaan ibu bapa Persoalannya bagaimana untuk memupuk sikap berdikari sejak dari kecil Jawapannya ada ditangan anda sendiri Jadikan ia rutin yang diajar sejak dari kecil pasti ia dapat menjadikan ...
Heboh Nak Tubuh Parti Baru

Heboh Nak Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 377 hits
mohd faizal wahiHeboh kata Tun nk tubuh kerajaan baru bersama UMNO PAS dan sebahagian MP BERSATU dan meninggalkan PKR DAP dan AMANAH Zahid pulak skg tgh berusaha dptkan sokongan drp Ketua2 Bahagian UMNO diseluruh negara kununnya Ulasan ana ...
Cara Tukar Kad Debit Cimb Baru

Cara Tukar Kad Debit Cimb Baru

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 2591 hits
Tukar Kad Debit CIMB baru okay Disebabkan perlaksanaan sistem yang baru di mana semua kad debit yang lama perlu ditukar kepada yang baru Disebabkan hari ini mempunyai masa terluang aku pun memaksakan diri aku ini yang tidak berapa rajin ini...
Wudhu Salah Satu Cara Mencegah Tertular Virus Corona

Wudhu Salah Satu Cara Mencegah Tertular Virus Corona

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 369 hits
Korban terbanyak terdapat di Wuhan Provinsi Hubei China yang merupakan tempat asal munculnya virus mematikan itu Kini virus corona sudah menyebar ke belasan negara di dunia termasuk ke sejumlah negara di Asia Tenggara Para ahli kesehatan me...
Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020

Mengubah Cara Berfikir Untuk Meningkatkan Potensi Diri Nak Ubah Hidup 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Hai korang Seminggu dua minggu lepas masa semua orang sedang sibuk bercuti ke kampung dan sebagainya kerana cuti perayaan Tahun Baru Cina Kaklong dan beberapa orang rakan blogger yang lain telah diberi peluang untuk menyerta...
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel

5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 367 hits
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel Cikza percaya ramai yang tengah seronok travel hasil dari tabungan setahun yang korang buat Namun buat mereka yang suka travel tu ada yang seronok mendengar tapi punya kekangan kewangan lain ...
Cara Tukar Kad Debit Baru Bank Islam

Cara Tukar Kad Debit Baru Bank Islam

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 2863 hits
Disebabkan perlaksanaan sistem yang baru di mana semua kad debit perlu dibuat baru Jadi setelah selesai membuat perjalanan aku diteruskan lagi untuk pergi ke Bank Islam Jarak Cimb Bank dengan Bank Islam tidaklah jauh mana Sampai saja ke ban...
Setelah Sekian Lama Jadi Anak Tunggal Tiba Tiba Dapat Adik Memang Susah Dia Nak Terima

Setelah Sekian Lama Jadi Anak Tunggal Tiba Tiba Dapat Adik Memang Susah Dia Nak Terima

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 400 hits
Husna taknak adik pastinya merupakan antara ungkapan daripada anak sulung yang mendatangkan debaran kepada setiap ibu bapa Apatah lagi memikirkan tentang anak kedua yang bakal lahir dalam tempoh beberapa bulan lagi Anugerah terindah Mempuny...
Cara Kemaskini No Pin Cimb Kwik Yang Baru

Cara Kemaskini No Pin Cimb Kwik Yang Baru

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 577 hits
Sebagai pengguna kad debit CIMB aku juga mempuyai kad CIMB kwik Sebelum ini aku ada kongsikan cara membuat Untuk pengetahuan anda bagi yang sudah mempunyai kad Cimb Kwik anda perlu buat yang baru juga Cara Membuat Kad Cimb Kwik Yang Baru Se...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut