Susahnya Macam Nak Berperang Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat


Tidak dinafikan sekarang musim demam, banyak anak-anak kita yang tidak sihat. Demam disertakan dengan batuk dan selesema, tak sampai hati bila lihat keadaan mereka.
Untuk mengurangkan suhu panas badan serta melegakan batuk selesema anak-anak, sudah tentulah kita terpaksa memberikan mereka ubat yang dibekalkan oleh doktor. Masalahnya, susah betul nak disuapkan ubat!
Ini perkongsian dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara-cara untuk memberi anak ubat tanpa perlu berperang:
Nak beri makan ubat je pun, tapi dah macam mahu berperang! Ramai parent yang terpaksa lalui hal ni. Anak tak sihat, dah mula lembik tapi tetap jugak bergelut masa nak makan ubat.

Ada yang meronta-ronta, ada yang terjerit-jerit sambil menangis, siap menendang-nendang keliling. Sampaikan yang lari menyorok pun ada bila nampak ubat.
Sekiranya kalian berdepan cabaran yang sama, 7 tips ni mungkin boleh membantu:
1. Usaha jadikan waktu makan ubat sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Usah memaksa atau takut-takutkan anak, sebaliknya kalian terangkan sebab kenapa dia kena makan ubat sebaiknya.
“Adik kan tengah sakit ni. Bila makan ubat, nanti Tuhan beri lekas sembuh. Barulah boleh berlari-lari dengan kawan-kawan lain seperti biasa”.
Mudah dapat kerjasama bila mereka faham apa yang berlaku.
Artikel Menarik: [Tidur Lepas Kena Marah. Menangis Dalam Tidur, Efek Emosi Anak!]
2. Dudukkan anak dalam posisi yang betul. Jangan beri ubat sambil dia terbaring menelentang. Susah nanti nak telan ubat tu, bahkan selalunya boleh jadi tersedak. Akibatnya anak jadi trauma, terus enggan makan ubat lain kali.
3. Tak kira samada gunakan picagari atau sudu, apa kata kalian galakkan anak pegang kemudian suap sendiri ke mulut. Minda mereka akan terdorong rasa lebih ‘berkuasa’ dan ‘bertanggungjawab’ bila berjaya lakukan dengan kerelaan.
4. Jangan tutup hidung anak masa nak beri ubat!
Ia seolah-olah seperti mendera dan boleh menyebabkan tersedak. Elakkan juga dari picit kedua-dua pipi. Kesian, sakit anak tu.
Artikel Menarik: [Luka Akan Cepat Sembuh Jika Terdedah Dengan Udara, Antara Mitos Merawat Anak]
Perlahan-lahan, bukakan mulut anak dengan cara menarik dagu ke bawah. Lakukan dengan lemah lembut. Waktu dia sakitlah, mak ayah boleh pamerkan lebih banyak kasih sayang.
5. Jika gunakan picagari, masukkan diantara gigi atau ke tepi bahagian mulut. Elakkan picagari tu masuk terlalu dalam, tak pasal-pasal tersedak dan muntah nanti.
6. Dekat market sekarang, terdapat banyak ubat dengan flavour pelbagai. Rasanya pun boleh tahan sedap. Cuma sekiranya terpaksa juga berikan ubat yang pahit, kalian sediakan dulu minuman yang anak suka. Ribena ke, milo ke, air laici ke.

Waktu suapkan ubat, selang selikanlah dengan air tadi. Boleh juga jika kalian nak gunakan madu untuk kurangkan rasa pahit ubat.
7. Akhir sekali, hadiahkanlah pujian pada mereka setiap kali berjaya habiskan ubat. Beri penghargaan, mungkin dengan cara tepuk tangan dan peluk mereka erat-erat. Ucapkan juga terima kasih sebab beri kerjasama. Lekas-lekas buat mereka lupakan rasa pahit ubat tadi.
Sekiranya kita berterusan amalkan cara yang betul, insyaAllah anak akan rasa enjoy dan tak trauma lagi nak makan ubat. Tiada lagi perang dan anak pun akan lebih cepat sembuh. Hehe.
Ada sesetengah anak kecil, tidak kisah langsung jika disuruh makan ubat. Tapi ada juga yang susah betul nak dibawa berbincang. Sejenis dua ubat yang mahu diberi, tapi sampai berjam-jam tidak selesai. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi idea bagaimana ibu ayah mahu memberikan ubat kepada anak-anak.
#kempensihatpama
The post Susahnya, Macam Nak Berperang! Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Pujuk Anak Makan Ubat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susahnya-macam-nak-berperang-doktor-ini-kongsi-cara-mudah-pujuk-anak-makan-ubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

Sunat Anak Lelaki Masa Bayi Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 639 hits
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak anak bagi orang Muslim Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak anak bila mereka dah mula bersekola...
Dari Anak Susah Makan Sekarang Semua Nak Teknik Pujuk Cara Ibu Ini Berkesan

Dari Anak Susah Makan Sekarang Semua Nak Teknik Pujuk Cara Ibu Ini Berkesan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 438 hits
Rasanya normal untuk anak membesar lalui fasa tak berselera makan tolak makanan dan tiba tiba jadi picky eater Ya NORMAL Tapi kena cepat cepat cari jalan untuk dia berselera dan suka makan Tak mudah tapi tak mustahil Jangan kita pula biarka...
Anak Buang Air Kecil Atas Tilam Berat Besar Mufti Kongsi Cara Nak Bersihkan Dan Sucikan Dari Najis

Anak Buang Air Kecil Atas Tilam Berat Besar Mufti Kongsi Cara Nak Bersihkan Dan Sucikan Dari Najis

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 541 hits
Ada anak kecil dan sering terkucil atas tilam waktu tengah malam itu perkara yang biasa bagi sesetengah ibu bapa Kencing malam atau betwetting terjadi apabila kanak kanak berusia 5 tahun dan ke atas tidak dapat mengawal kencing mereka semas...
Pada Yang Menyesal Letak Nama Anak Panjang Panjang Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ubah Nama

Pada Yang Menyesal Letak Nama Anak Panjang Panjang Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ubah Nama

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 571 hits
Seorang ibu berkongsi pengalaman memendekkan nama anak anaknya kerana terlalu panjang dan sukar untuk dieja oleh anaknya Keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan suaminya turut berkongsi di facebook miliknya bagaimana pengalaman ...
Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

Tak Perlu Suruh Dengar Azan Terus Gerak Ibu Ini Kongsi Cara Didik Anak Suka Solat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 387 hits
Kata orang sejuk perut ibu mengandung jika anak anak mempunyai keperibadian yang baik Seawal usia yang masih kecil ibu ayah perlu mendidik mereka untuk menjadi anak yang baik Seperti yang dikongsikan ibu ini dia bersyukur kerana anaknya tid...
Macam Bagi Kucing Makan Ibu Terkejut Lihat Hidangan Anak Di Taska

Macam Bagi Kucing Makan Ibu Terkejut Lihat Hidangan Anak Di Taska

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 458 hits
Mesti ramai di kalangan pembaca Ohmedia ini dah bergelar seorang ayah dan ibu kan Sebagai ibu bapa mestilah mahukan yang terbaik untuk anak anak tak kira lah dari segi apapun Bagi ibu bapa yang tidak ada masa untuk menjaga anak semestinya m...
Ibu Terkejut Dakwa Taska Bagi Anak Makan Nasi Kicap Dan 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6 Orang

Ibu Terkejut Dakwa Taska Bagi Anak Makan Nasi Kicap Dan 2 Ketul Leher Ayam Kongsi 6 Orang

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 635 hits
Sebagai ibu bapa harapan kita hanya untuk melakukan yang terbaik untuk anak anak Kerana kesibukan bekerja sebagai ibu bapa terpaksa hantar anak anak ke taska atau tempat asuhan untuk dijaga dengan baik sementera mereka bekerja Banyak taska ...
Bagi Anak Protein Lebih Sikit Bebola Ikan Sayur Kucai Ni Paling Mudah Nak Buat

Bagi Anak Protein Lebih Sikit Bebola Ikan Sayur Kucai Ni Paling Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 375 hits
Anak anak kecil kita yang sedang membesar biasakan akan menolak mentah mentah sebarang makanan yang dirasakan pelik oleh mereka Suapan mama pun boleh diluahkan anak anak gara gara terasa ada makanan yang pelik pada mereka Ikan goreng halus ...
Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

Video Bertuah Punya Anak Macam Mana Papa Nak Turun Anak Alih Tangga Masa Buat Kerja

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 473 hits
Telatah anak yang comel dan melucukan boleh menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja Apabila melihat senyuman anak di rumah semua kekusutan dan kesibukan kerja boleh dilupakan Namun satu kisah kelakar yang dikongsikan oleh lelaki i...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord