Cara Mudah Untuk Menyambung Lipstick Patah Senang Sangat Rupanya
Cara Mudah Untuk Menyambung Lipstick Patah, Senang Sangat Rupanya | Salam semua, lipstick dan wanita tidak dapat dipisahkan. Tapi kalau lipstick patah mahu tak meroyan hii. Siapa ada pengalaman lipstick patah ada tak, Korang buang terus ke kalau lipstick patah ? Kalau beli pun yang mahal - mahal lepas tu patah tetiba, kalau tak pun anak yang sibuk main dengan lisptick pun boleh jadi kemungkinan juga ya. Sayang la beli mahal tapi nak buang sebab patah.
Orang perempuan tak ada lipstick tak boleh, bibir pucat hihi. Memang wajib ada dalam dunia make up.
Banyak faktor kalau lipstick patah ni, kadang - kadang kecuaian kita kan. Kadang - kadang anak - anak yang ambil buat main. Kalau yang belum tahu lagi macam mana nak sambung balik lipstick yang patah, jom tengok gambar di bawah. Nak tunjuk langkah demi langkah. Lipstick ini patah tiba - tiba. Bahan yang diperlukan untuk sambungan lipstick ini hanya lilin sahaja.
Baca sini : 5 Langkah Untuk Cucian Muka Yang Berkesan
Cara Mudah Untuk Menyambung Lipstick Patah, Senang Sangat Rupanya
Ikut langkah bergambar di bawah ya. Caranya senang sahaja tak payah risau. Guna bahan pun tak banyak. Daripada menangis saja tengok lipstick korang patah tu, baik sambungkan balik. Jimat duit tak payah nak beli lipstick lain.
Gambar atas : Nasib baik ia patah dalam macam tu, kalau tak risau juga nak sambung macam mana. Jadi jangan usik apa - apa tempat ia patah.
Gambar atas : Itu lah tempat yang patah dalam
Nyalakan sebatang lilin. Nak tak nak terpaksa tunjuk lipstick yang dah disambung. Tak ada orang nak tolong snap kan gambar, masa tengah penyambungan tu, sebab buat seorang diri hihi. Tapi berhati- hati nak cairkan bahagian lipstick yang patah tu.
Cairkan sekejap, terus sambung dan berhati - hati juga semasa nak sambung, cantumkan elok -elok bahagian yang patah.
Sifat lipstick yang jenis melekit sikit, itu yang senang nak sambung.
Baca sini : Ketahui 9 Ciri - Ciri Krim Muka Yang Mengandungi Merkuri. Nombor 8 Lagi Bahaya
Sambungan lipstick yang dah siap, ia macam kena gam jerr la
Sejukkan dalam peti sekejap dalam 2 jam ke 3 jam, tapi yang ni pergi tinggal seharian sebab tak ingat :D. Ok jerr tak ada apa yang pelik berlaku.
Inilah rupa yang dah siap sambung, sekali tengok macam tak patah kan. Nasib baik kemas elok, sambungan tu sebab lipstick ni patah dalam.
Macam mana, senang kan DIY sendiri nak sambung lipstick, harap korang jangan terus buang kalau ada koleksi lipstick yang patah. Kalau korang ada cara yang lain nak sambung lipstick ni, boleh
komen di bawah. Ada tak ?. Yang ini buat eksperimen sebab lipstick sendiri yang patah.
Baca sini : Safi Shayla | Tips Penjagaan Rambut Untuk Wanita Bertudung
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2018/03/tips-mudah-untuk-menyambung-lipstick.html