10 Cara Kawal Stress Tips Mudah Untuk Hilangkan Stress


10 CARA KAWAL STRESS,  TIPS MUDAH UNTUK HILANGKAN STRESS. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres. Ianya tidak mengenal usia. 
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.Stress atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi.
Stress boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.
Stress yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, stress yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stress. Stress boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B. Apa pula kaedah 10B ni? Kenapa nak ikut kaedah-kaedah ni? Bertambah stress pula nanti. hihi. Relax.. Jangan terburu-buru. Jom kita ketahui apakah kaedah 10B dalam cara mengawal stress. 








Kaedah 10B ini adalah :-
bertenangbernafas dengan dalamberkata `rilakslah’/ tak mengapaberibadatbercakap dengan seseorangberurutberehat dan mendengar muzikberiadahbersenamberfikiran positif

Bertenang.

Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan,  bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.


Bernafas dengan dalam

Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida  dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.


Berkata, ` Relakslah’.

Cuba katakan pada diri sendiri,  saya ni stress, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu .  Bawalah bersabar.  Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stress.


Beribadat. 

Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat  seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.


Berkongsi perasaan dengan seseorang

Bercakaplah dengan ahli keluarga atau  kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda .  Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.  Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.


Berurut. 

Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.  Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.


Berehat dan mendengar muzik.

Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang  lembut.  Muzik  dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta  pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda   berasa tenang.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.


Beriadah.

Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

Bersenam. 

Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan  bersenam  ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.


Berfikiran positif.

Stres  juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.  Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba  melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri.  Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.


Dengan melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stress seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.
Stress mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda
Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stress untuk jangka masa pendek.
Punca stress perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stress tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stress anda.


Sumber : http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/


Hal stress ni jangan dibuat main!Dari perasaan celaru fikiran, boleh merebak ke masalah kesihatan lain. Sakit kepala, tekanan darah tinggi, jnatung dan lain-lain. Bila dengar memang jadi takut. Tapi, kalau dah alami baru tahu. 


Cik Rose pernah rasa stress, sakit kepala. Denyutan jantung berdegup laju, dada rasa panas. Badan rasa panas. Nak marah aje rasa. Tapi, tak terluah. Sungguh Cik Rose tak kuat. 


Tapi, kena ambil tahu cara untuk hilangkannya. Rehat sebentar. Minum air masak, istigfar dan zikir dalam hati. Duduk bersandar sambil pejamkan mata. Cuba kosongkan fikiran. Kalau tak boleh, paksa diri berfikiran nasional. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Air mata memang ubat mujarab juga. Bila kita menangis, akan rasa sedikit lega. 


Cuma nak pesan, jangan melayan stress tu. Cuba kawal. Cuba. Memang sukar, tapi cuba. 


Stay safe :)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/10/10-cara-kawal-stress-tips-mudah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Cuba Sendiri 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sel Kulit Mati Di Muka

Jom Cuba Sendiri 5 Cara Mudah Untuk Hilangkan Sel Kulit Mati Di Muka

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 599 hits
Tak kira tua ataupun muda kalau tak jaga muka secara rutin regiman yang lengkap tanda tanda penuaan tu tetap akan muncul Amat penting untuk kita buang sel kulit mati yang mungkin dah bertimbun di kulit muka Cara nak hilangkan sel kulit mati...
Tips Bebas Jerawat 3 Hari Cara Mudah Dan Praktikal

Tips Bebas Jerawat 3 Hari Cara Mudah Dan Praktikal

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 419 hits
Tips Bebas Jerawat 3 Hari Assalamualaikum dan salam sayang Kulit ciktom memang jenis kulit berminyak dan mudah naik jerawat
Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini

Cara Mudah Menghasilkan Blog Mesra Seo Ikuti 4 Tips Mudah Ini

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 427 hits
Salam to all readers Sebenarnya kan dah lama sangat aku godek godek cari gali berkenaan SEO ini SEO ini singkatan bagi Search Engine Optimization dalam melayu dia dipanggil Pengoptimuman Enjin Carian Rata rata blogger sekarang memang dah mu...
5 Cara Mudah Membuat Shake Yang Sehat Untuk Menurunkan Berat Badan

5 Cara Mudah Membuat Shake Yang Sehat Untuk Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 445 hits
Semua orang tentu ingin mendapatkan penampilan terbaiknya Namun menurunkan berat badan bukanlah tugas yang mudah Hal itu membutuhkan komitmen dan upaya yang konsisten untuk mengikuti rencana diet olahraga yang teratur dan menghindari makana...
Tips Mudah Untuk Tinggalkan Ikan Laga Dan Ikan Gapi Untuk Bercuti Atau Balik Kampung

Tips Mudah Untuk Tinggalkan Ikan Laga Dan Ikan Gapi Untuk Bercuti Atau Balik Kampung

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 915 hits
Tinggal Ikam Lama Di Rumah Hobi memelihara ikan bukan sesuatu yang asing Apalagi memelihara ikan hiasan yang cantik warnanya Tips Tinggal Ikan LamaRamai sudah mula menceburi bidang ini sebagai hobi dan akhirnya menjadi sumber pendapatan Ika...
Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air

Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 370 hits
Cara Mudah Pembiakan Pokok Lidah Mak Mentua Menggunakan Air Cerita masa PKP lama sangat kan terperuk di rumah jadi macam macam aktiviti dibuat Antaranya macam biasalah membelek Ummi Ilham s Mini Garden Ummi lupa sebenarnya bila mula Ummi po...
7 Tips Mudah Rancang Percutian Dengan Lebih Jimat Selepas Pkpb

7 Tips Mudah Rancang Percutian Dengan Lebih Jimat Selepas Pkpb

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 426 hits
Dalam tempoh PKPB di beberapa tempat sekarang ini pasti ramai yang rindu sangat untuk melancong Ye la kan asyik terkurung di dalam rumah atau kawasan
Resepi Corn Dog Cheese Mozarella Mudah Sedap Cara Buat Step By Step

Resepi Corn Dog Cheese Mozarella Mudah Sedap Cara Buat Step By Step

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 2427 hits
Resepi Corn Dog Mozzarella Mudah Sedap Cara Buat Step By Step Bila sebut tentang corn dog anak anak yang paling teruja sekali Tak hanya anak anak daku sendiri suka dengan rasa corn dog cheese ini Cuma nak membelinya tu boleh tahan mahal jug...
Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 473 hits
Cara Hilangkan Jerawat Dalam 3 Hari Dengan Cosmoderm Tea Tree Oil l Assalamualaikum Kulit yang cantik ialah kulit yang sihat Sihat dari segala cela termasuklah jerawat Siapa tak nak kulit yang sihat dan cantik kan Ada orang beruntung sebab ...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Biomedical Science University In Malaysia What To Consider

5 Pelajaran Penting Dari Mad Unicorn Untuk Usahawan Baru

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Why Full Arch Implants Are The Future Of Complete Tooth Replacement

Seni Berdamai Dengan Takdir Refleksi Dari Lagu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


One Step Close

Jus Alpukat Creamy Nyummy

Rajin Rajinlah Tengok Status Story Kawan Anda

Benzooloo Gtt Chord

Valdy Nyonk Hanya Kau Yang Ku Sayang Chord

Gentleman S Daily A 1979 Harley Electra Glide Bobber From Japan