Cara Mudah Buat Serunding Ikan Utara
Serunding Ikan ni agak popular di negeri Kedah. Sebab Orang Kedah suka makan pulut bersama serunding ikan. Bukan sahaja pulut, serunding ikan juga dihidangkan bersama ketupat palas di hari raya. Haa memang sedap tau serunding ikan ni sebab rasa dan tekture dia lembut sahaja berbanding serunding daging atau ayam dimana tekturenya agak kasar. Kalau nak tahu serunding ni nampak je macam susah tapi bahan dan cara masaknya tak lah susah mana. Cuma masa nak keringkan tu kena betul betul lama supaya serunding lebih kering, tahan lama dan sedap.
Serunding Ikan Utara Kalau nak buat Serunding ni mesti kena buat banyak kan. Sebab nak masak tu lama. Jadi berbaloi buat banyak sekaligus dan simpan. Kalau nak tahu serunding ni banyak kegunaan dan cara makan dia selain makan dengan ketupat. Jom tengok apa kita boleh buat dengan Serunding Ikan Utara. Boleh juga bagi tip busines produk makan kalau hangpa nak cuba
Pulut Sambal Serunding IkanPernah makan Pulut Sambal?. Kalau sini di Kedah ada Pulut Sambal dan Pulut Inti. Beza keduanya pulut inti rasanya manis sebab guna inti kelapa gula merah. Manakala pulut pedas menggunakan serunding ikan. Haa! sini kalau breakfast banyak dijual dibungkus dalam daun pisang kecik-kecik je
BACA SINI : PULUT INTI Dan PULUT SAMBAL
Ketupat Palas Serunding IkanDan semestinya serunding ikan sedap dimakan dengan ketupat palas. Aduh terbayang raya hari tu sebab PKP maka kami masak serunding ikan dan ketupat sahajalah. Nak balik kampung pun tak boleh. Pagi pagi raya layan ketupat ni cicah serunding, dengan air kopi dan layan movie
Resepi dan Tutorial KETUPAT PALAS KLIK SINI
Pulut Kosong Atau Pulut Lemak Bersama Serunding IkanAda juga dihidangkan bersama pulut tanak / kukus kosong atau pulut lemak. Puut lemak ni pulut kosong tadi selalunya kukus, disiram santan biar berlemak sikit. Sedap ya amat la makan dengan serunding ikan ni
Bubur Nasi Serunding IkanSerunding ni juga sedap dimakan bersama bubur nasi kosong. Memang terangkat habis bermangkuk-mangkuk bubur nasi lah kalau tabur serunding ni di dalam
Pulut Kuning Serunding IkanSerunding Ikan ni juga sesuai dihidangkan bersama pulut kuning atau dibuat sebagai laisan dalam pulut kuning berhias berlapis. Terkture halus kering serunding ni buatkan pulut dan lapisan tu nampak kemas je berbanding jika guna serunding ayam atau daging
Banyaklah hidangan lain kita boleh guna Serunding Ikan ni. Kena pandai dan kreatif sahaja. Ok lah jom tengok resepi Serunding Ikan Utara ni
Resepi Serunding Ikan
Bahan-bahan Serunding Ikan1 1/2 cawan cili kering5 batang serai10 ulas bawang merah5 ulas bawang putih2 inci halia2 sudu besar ketumbar2 sudu besar jintan manis2 sudu besar jintan putih2kg ikan sardin, kembung atau tongkol, direbus bersama asam keping dan garam. Buang tulang dan kisar atau tumbuk500gm santan pekat
Cara Penyediaan Serunding Ikan
Cara penyediaan ni nak mudah boleh rujuk video di bawah ya. Mudah Sangat
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.enyabdullah.com/2020/11/resepi-serunding.html