Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera


Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) | Perhatian dan berita baik kepada belia-belia di seluruh negara, program TUBE telah mula dan boleh membuat permohonan bermula dari 15 Oktober 2020.





Latar Belakang Program Tunas Usahawan Belia BumiputeraProgram Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia tercetus sewaktu Kongres Usahawan Muda Bumiputera pada 27 - 29 Mac 2014. Semasa Majlis Penutup Kongres pada 29 Mac 2014, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada SME Corp. Malaysia bagi melaksanakan Program Tunas Usahawan Bumiputera pada tahun 2014.
Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan.


Maklumat Program Tunas Usahawan Belia BumiputeraProgram ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:

memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan beliaanjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; sertamembentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri
Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar. Ini dilaksanakan menerusi tiga (3) Fasa pelaksanaan, iaitu :
Fasa Pertama
Peserta yang layak akan mengikuti latihan fizikal asas ala ketenteraan berkonsepkan bootcamp untuk menguji kecekalan minda, mempelajari cara membuat keputusan strategik, keberanian, penonjolan ciri kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Ini sebagai persediaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa menjalankan perniagaan.
Fasa Kedua
Peserta akan didedahkan dengan lanskap perniagaan terkini; termasuk maklumat mengenai jenis bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh pelbagai Kementerian dan Agensi untuk memulakan perniagaan. Peserta juga akan mempelajari pelbagai acumen perniagaan termasuk perakaunan asas, pemasaran produk dan perkhidmatan, serta pembentangan idea dan Rancangan Perniagaan (RP) atau business plan.
Fasa Ketiga
Peserta yang melepasi Fasa 1 dan Fasa 2 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa di Fasa 2. Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau menerusi Sistem Buddy oleh Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia. Tempoh bimbingan dan pemantauan ini yang mengambil masa selama 12 bulan bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi, supaya perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan.


Kriteria & Syarat Kelayakan PermohonanKriteria kelayakan yang perlu dipenuhi adalah :
1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN;
2. Telah mendaftarkan perniagaan kurang 12 bulan / telah menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan dan tidak melebihi 12 bulan.

Hanya mengambil kira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kiraBagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan. Sekiranya terpilih, surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dibawa semasa Sesi Temuduga.
3. Sihat tubuh badan / tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian
4. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis / senaraihitam oleh bank;

Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
5. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia.

Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan suami/isteri dan anak-anak.
6. Bagi pemohon pasangan suami isteri, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan

Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri untuk setiap pengambilan.
7. Pemohon tidak bekerja / telah diberhentikan kerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
8. Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya.
9. Keutamaan akan diberikan kepada

Pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran / telah diberhentikan kerja, namun mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) @ PENJANA1. Pemohon mesti membaca serta memahami konsep pelaksanaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera sebelum mengemukakan permohonan
2. Permohonan dalam talian dibuka mulai 15 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020 sahaja. Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.
3. Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
4. Tarikh-tarikh penting (tertakluk kepada pindaan) adalah :-

Permohonan dalam Talian - 15 Oktober 2020 - 25 Oktober 2020Saringan Permohonan - November 2020Sesi Temuduga - November 2020Latihan Dalam Talian - Januari - Mac 2021 (secara berperingkat)Pelaksanaan Perniagaan & Pemantauan (Fasa 3) - Mei 2021 - April 2022 (mengikut batch latihan dalam talian)Sila pastikan emel yang digunakan semasa Pendaftaran ID adalah aktif dan sah.
5. Sila lengkapkan semua soalan di setiap Seksyen dengan maklumat yang tepat dan betul sebelum menekan butang "Sah & Hantar"
6. Sebarang pengemaskinian maklumat tidak boleh dilakukan setelah anda menekan butang "Sah & Hantar".
7. Bukti penerimaan permohonan adalah melalui emel yang telah didaftarkan.
Berdasarkan kepada dasar dan prosedur yang diterima pakai, SME Corp. Malaysia berhak untuk meminda, mengganti, membatal atau mengubah mana-mana terma dan syarat permohonan ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan penilaian permohonan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Maklumat lanjut, layari >>> https://tube.smecorp.gov.my/
Semoga membantu Usahawan Belia Bumiputera kita!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rujukanniaga.com/2020/10/cara-menyertai-program-tunas-usahawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Buat Duit Sebagai Usahawan Buku Dengan Program Dropship Bookcafe

Jom Buat Duit Sebagai Usahawan Buku Dengan Program Dropship Bookcafe

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 429 hits
Semasa saya sedang asyik membaca status update kenalan saya di facebook pandangan saya tertumpu pada satu iklan dari pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd yang agak menarik perhatian saya Iklan yang saya maksudkan adalah iklan mengenai peluang untuk b...
5964 Dpmm Laksana Program Pemudah Cara Keberhutangan Mudahkan Urusan Masyarakat Bernama 03 10 2020

5964 Dpmm Laksana Program Pemudah Cara Keberhutangan Mudahkan Urusan Masyarakat Bernama 03 10 2020

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR 3 Okt Dewan Perniagaan Melayu Malaysia memperkenalkan Program Pemudah Cara Keberhutangan bagi memudah dan mengurangkan beban tanggungan hutang masyarakat Presidennya Dr Abd Halim Husin berkata melalui program itu antaranya disa...
11 Cara Kemas Rumah Paling Asas

11 Cara Kemas Rumah Paling Asas

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 450 hits
Meh k fiezz nak kongsi cara kemas rumah Ewah Macam lah rumah k fiezz kemas benor Haha Nak kata kemas sangat tu tak lah Tapi boleh lah boleh lah Kemas pun nak ada cara meh Ada untuk korang yang tak tahu nak mula dari mana untuk kemas rumah T...
Ini Cara Cara Nak Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Melalui Spa9 Yang Baharu

Ini Cara Cara Nak Mohon Jawatan Perkhidmatan Awam Melalui Spa9 Yang Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 335 hits
Seperti semua sedia maklum sebelum ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan melancarkan laman web baharu iaitu SPA9 pada 5 Oktober 2020 yang menggantikan SPA8i untuk orang awam memohon jawatan kosong dalam perkidmatan awam Nak tahu Cara Nak M...
Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak Siti Elizad Dan Suami Belajar Cara Suntik In Vitro Fertilization Di Rumah

Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak Siti Elizad Dan Suami Belajar Cara Suntik In Vitro Fertilization Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 482 hits
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad dilaporkan telah meneruskan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization pada rabu lalu setelah beberapa kali tertangguh atas alasan kerja Dia turut memberitahu media bahawa pada hari pertama rawatan ters...
Cara Masak Asam Pedas Tenggiri Berempah Stail Orang Melaka

Cara Masak Asam Pedas Tenggiri Berempah Stail Orang Melaka

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 347 hits
Sedapnya menu Asam Pedas Tenggiri ni Bagi yang teringin nak makan Asam Pedas yang sedap tak perlu lagi pergi jauh ke Melaka Anda boleh masak sendiri di rumah ikut resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni Asam Pedas Melaka ni ada macam macam...
Cara Mudah Buka Akaun Perniagaan Current Account Di Maybank Tanpa Perlu Introducer

Cara Mudah Buka Akaun Perniagaan Current Account Di Maybank Tanpa Perlu Introducer

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 375 hits
CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN DI MAYBANK TANPA PERLU INTRODUCER Ramai yang bermasalah untuk mencari introducer sebagai syarat wajib yang di tetapkan untuk membuka akaun perniagaan pada sebelum ini Alhamdulillah Maybank kini telah memecah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025