11 Cara Kemas Rumah Paling Asas


Meh k.fiezz nak kongsi cara kemas rumah. Ewah. Macam lah rumah k.fiezz kemas benor. Haha, Nak kata kemas sangat tu tak lah. Tapi boleh lah boleh lah. Kemas pun nak ada cara meh?Ada..untuk korang yang tak tahu nak mula dari mana untuk  kemas rumah. Terutama rumah yang sepah dengan macam-macam barang. Bakul kain kat setiap ceruk ada..Dalam bakul, kain tak berlipat atau barang-barang yang entah apa bendanya. Barang-barang yang tak pakai lagi. Nak dibuang sayang sebab kononnya takut berguna nanti. Konon je lah. Tapi percaya lah sampai rosak barang tu tak berpakai. Sayang je lebih. Dah semak dengan barang-barang tak berguna.
Automatik rumah pun bersepah lah weiii Macam k.fiezz sejenis tak suka rumah bersepah. So kalau korang satu geng dengan k.fiezz, sep sikit. Yang mana tak berapa nak geng tu, meh k.fiezz nak bagi cara kemas rumah paling asas. 
Ni cara kemas rumah paling asas. Cara ni bukan untuk korang je. Untuk k.fiezz juga. Kadang bila rumah dah bersepah, tak tau nak mula dari mana dulu. Jadi cara kemas rumah ni untuk k.fiezz juga, tau. Bukan nak perli atau sindir korang pula tau. #nohurtfeeling. ;)

Sapu / Vakum lantai - First sapu / vakum lantai. Kalau malas nak sapu, ambil vakum. Sedutkan je. Setel. Rumah k.fiezz ada karpet bagai. Jadi k.fiezz akan pilih vakum. Lebih senang dan mudah. Sebab vakum, untuk elakkan pijak lantai atau karpet  yang macam berpasir atau ada menda asing. Selain untuk mengelakkan habuk/berpasir kat sana kat sini merata atas lantai atau karpet tu. Perasan tak bila rumah dah lama tak bersapu, lantai akan berpasir. Tak selesa sangat. Kalau karpet pula, terutama jenis karpet yang nampak segala kekotoran dia. Aih sakit mata k.fiezz ni tengok. Rasa nak tolong vakum kan je. Tu yang kat rumah k.fiezz, seminggu atau 2x minggu sekali k.fiezz akan vakum.Lipat Kain - Lepas dah basuh, jangan biar kain berhari-hari tak berlipat. Kalau bior, hah tu yang makin beranak kain-kain dalam bakul tu. Cara k.fiezz, lepas je angkat. Terus lipat. Sambil-sambil tengok tv tu, terus lipat. Handphone letak ke tepi sat. Kalau melayan handphone memang tak jadi kerja.Kemas Meja Makan - Atas meja pastikan tak ada barang yang tak berkaitan macam sos, kicap atau jajan. Sebab meja makan untuk kita letak makanan macam lauk pauk dan yang seangkatan. Untuk letak sos ke kicap ke, jajan2 ke buat satu tempat atau sudut di dapur untuk letak segala barangan ni. Pernah tak terbaca, orang cakap nak tahu tuan rumah tu kemas ke tak tengok atas meja makan dia. Kalau kemas atas meja tu, kemas lah rumahnya. Ni ada kawan k.fiezz yang bitau. Mula k.fiezz tak percaya juga lepas tu baru perasan, k.fiezz antara yang tak suka semak atas meja. So betul la yang kawan k.fiezz cakap ni. hehe. #angkatbakulmasuksendiri la pulak..heheMop Lantai - Seminggu sekali mop lantai untuk elakkan lantai melekit-lekit terutama yang ada anak kecil atau ada bela haiwan peliharaan kat rumah tu. Kalau ada anak kecil ni faham lah, takut anak tu ada terbuang susu atau makanan/minuman manis atas lantai. Sebab boleh jadi punca lantai melekit. Kalau bela haiwan peliharaan, mungkin kucing/anjing/arnab atau apa pun lah haiwan peliharaan masing-masing tu ada terkencing atau terbuang air besar di lantai. Kita duk lalu lalang kat situ. Lepas tu kita masuk pula ke bilik atau kawasan lain, udah najis tu merata dalam rumah. Lagi pula kita nak ambil wudhu, tak nak lah terpijak bekas-bekas  najis yang dah merata rumah tu. Mungkin ada tuan rumah yang jenis pakai selipar dalam rumah tapi cuba letakkan diri kat tetamu yang datang ke rumah. Tetamu tak pakai selipar/sandal macam tuan rumah. Boleh bayang tak perasan tetamu pijak lantai berpasir. Tak selesa weiii... Jadi lebih elok rasanya ambil masa seminggu sekali untuk mop dalam rumah. Lagipun elok pun kita cuci / mop lantai sebab tak nak haiwan peliharaan kita ulang membuang di kawasan yang sama. Sebab macam kucing dia kan akan tanda tempat pembuangan dia. Jadi bila dia dah mark kat kawasan tu, kalau kita sekadar lap-lap gitu je, memang tempat tu jadi tempat pembuangan tetap dia lah sampai bila-bila. Mop tu kalau boleh guna lah pencuci lantai yang ada pewangi sekali tu. Jangan lah mop dengan air je. Memang bau tak hilang la der..melekat sampai bila-bila. Jangan bising lah kalau kucing kesayangan jadikan port yang sama tempat pembuangan dia walaupun dah ada sangkar. Kemas Bilik Tidur - Kemas tempat tidur & basuh cadar/sarung bantal seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Terutama yang ada haiwan peliharaan macam kucing kat rumah. Bila dah bela kucing ni, faham lah merata diaorang berjalan dalam rumah kita. Habis dia golek atas cadar kita. Mungkin ada melekat apa-apa bakteria yang dipindahkan dari badan dia ke cadar/sarung bantal kita. Kalau yang mana alergik, boleh jadi alahan atau gatal-gatal. Selain tu, pakaian yang kita letak dalam bilik tidur pun biar elok kemas dan tersusun. Nak ambil pun mudah. Mata pun tak sakit nengoknya.Basuh bilik air - Untuk elakkan bilik air berbau. Tak susah pun ambil masa 1x seminggu basuh bilik air. Bukan suruh basuh hari-hari. Melainkan kalau korang suri rumah dan boleh basuh hari-hari, terpulang lah pada tahap kelaratan masing-masing. Sental lah dinding bilik air tu bagi elok sikit. Berus lantai supaya tak berlendir. Basuh Peralatan Memasak Selepas Guna - Lepas masak, terus basuh segala perkakas yang digunakan. Style k.fiezz, sambil masak sambil membasuh segala peralatan yang dah digunakan. Termasuklah pinggan mangkuk, cawan yang dah digunakan selepas makan. Sekalilah pakej menyental sinki. Buang - Segala barang yang tak diperlukan, sila lah buang. Yang ni k.fiezz tahu ramai ada masalah suka menyimpan. K.fiezz pun salah seorang macam tu. Tapi konsep k.fiezz, pejam mata ambil je barang nak dibuang tu. Terus masuk dalam plastik sampah. Tak payah lah disimpan sangat dengan alasan, berguna nanti. Percaya lah, memang sampai rosak barang tu terbiar tak ada guna pun.Susun atur barang - Supaya nampak lebih kemas dan tersusun. Nak guna pun senang nak cari dan di ambil. Contoh macam bahan untuk memasak letak di dapur & mengikut label. Bekas-bekas yang kita letak bahan-bahan tu sekali sekala lap supaya tak berhabuk dan nampak bersih. Tak lah geli nak guna barang kat dalam dia. Haha. Common sense kan. Bila nampak bekas dah berhabuk, kita pun tak confidence nak guna betul tak?Dalam peti ais pun kalau boleh susun atur bagi kemas. Barulah semangat nak masak. Nak ambil pun senang. Lap habuk pada kipas - Kalau pasang kipas, angin dah tak berapa nak rasa tu, rajinkan lah tengok pada bilah kipas siling atau kipas bawah. Memang habuk dah menebal la tu maksudnya. Kalau gitu, sila lap atau basuh kipas untuk keluarkan segala habuk yang dah melekat pada bilah kipas.Buang sampah - Sediakan tong sampah yang saiz besar kalau isi rumah ramai. Dan buang lah sampah setiap hari. Jangan sampai dah berlonggok-longgok plastik sampah kat dapur tak berbuang. 

Kekerapan Mengemas Untuk kekerapan mengemas rumah ni, terpulang pada tahap rajin masing-masing. Kalau k.fiezz cakap buat hari-hari ada yang mengadu sakit kaki, sakit belakang. Segala tempat lah sakit,kan. Haha. Jadi ikut lah pada tahap kelaratan masing-masing. Kat bawah ni kekerapan yang k.fiezz buat untuk senarai tugasan di atas ni.
Sapu Lantai / Vakum - 2x seminggu. Kadang tengok ada je sampah/kotor kat karpet, k.fiezz terus buat je tak kira berapa hari pun.
Basuh / Lipat Kain - 1x seminggu
Kemas Meja Makan - Setiap hari lepas makan. Kalau ada apa2 yang tak berkenaan atas meja pun, k.fiezz akan kemas. 
Mop Lantai - 1 atau 2x seminggu. Tengok pada keperluan. Memandangkan rumah k.fiezz tak ada budak tecit dan haiwan peliharaan macam kucing. Jadi mengemop ni tengok pada tahap kekotoran. Selalunya 1-2x seminggu mop di ruang masak saja sebab percikan minyak dan masakan yang terkeluar dari periuk/kuali ke lantai.
Kemas Bilik Tidur - Setiap hari. Basuh cadar / sarung bantal setiap 2 minggu sekali. Vakum karpet dalam bilik, 1-2x seminggu.
Basuh Bilik Air - 1x seminggu. Berus lantai, gosok mangkuk tandas & menyental dinding bilik air
Basuh Peralatan Memasak & pinggan mangkuk - Setiap hari. Sebab hari-hari makan & hari-hari memasak. hehe
Buang -  Tengok pada keperluan. Kalau barang tu tak perlu dan memang tak guna, k.fiezz terus buang tanpa was-was.
Susun Atur Barang - Tengok pada tahap ke'semak'an. Kalau k.fiezz rasa semak pada mata k.fiezz tengok barang-barang tak tersusun, k.fiezz terus buat.
Lap Habuk Pada Kipas - 2x seminggu atau sebulan sekali. 
Buang Sampah - 3x semingguRUMAH UNTUK REHATKAN BADAN & MINDARumah ni tempat kita berehat melepaskan lelah lepas penat bekerja, jadi bila balik ke rumah tu kita nak lah tengok rumah yang kemas, bersih & teratur dari segala segi. Nak lagi best, pasang diffuser untuk bagi rumah wangi. Lagiii walaaaa. Seronok bila duk rumah yang kemas bersih & teratur ni. Jadikan suka mengemas ni satu tabiat. Mungkin mula-mula kita tak suka sebab penat, sakit kaki, sakit badan. Tapi bila dah tengok hasil dia, mesti puas hati. Berbaloi. Nak ajak orang datang rumah pun tak segan sebab rumah dah cantik, kemas, bersih & wangii...
Entry berkaitan << Diffuser >>
Kat atas ni antara perkara asas untuk mengemas rumah mengikut cara k.fiezz. Macam kucing dan budak kecil tu k.fiezz tambah mengikut pengalaman yang k.fiezz perhatikan dari rumah orang lain. k.fiezz simpulkan di sini untuk cara kemas rumah yang paling asas mengikut logik dari pemerhatian k.fiezz. Mungkin ada banyak lagi cara kemas rumah ikut pada rumah masing-masing. Kalau ada yang lain & nak berkongsi boleh komen di bawah ni. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2020/10/11-Cara-Kemas-Rumah-Paling-Asas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Merajuk Tak Mahu Buka Pintu Suami Terus Buat Cara Rare Sebab Nak Pujuk Sekali Habis Rumah Terbakar

Isteri Merajuk Tak Mahu Buka Pintu Suami Terus Buat Cara Rare Sebab Nak Pujuk Sekali Habis Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 516 hits
Istilah niat tidak menghaIalkan cara mungkin sesuai digunakan dalam kjadian yang berlaku di Kota Kinabalu ini Niat baik seorang suami cuba memujuk isterinya yang mengunci diri dalam bilik dengan melakukan tindakan luar jangkaan telah membaw...
Cara Memilih Servis Tukang Cat Rumah Terbaik Di Kawasan Anda

Cara Memilih Servis Tukang Cat Rumah Terbaik Di Kawasan Anda

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 405 hits
Rumah yang dicat dengan baik akan selalu kelihatan cantik dan menarik Dengan ini anda akan berasa selesa dan senang ketika tinggal di sana Walaubagaimanapun proses mendapatkan perkhidmatan cat dalam rumah terbaik di Lembah Klang adalah sedi...
Cara Yang Paling Selamat Untuk Simpan Dan Kumpul Ethereum Di Forsage

Cara Yang Paling Selamat Untuk Simpan Dan Kumpul Ethereum Di Forsage

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 408 hits
Bisnes Matawang Digital Dengan Forsage Malaysia Peluang Kumpul Dan Gandakan Ethereum Dengan Cara Yang Paling Selamat Dari Meja Kerja Di RumahPaksu aka Zulkifli Harun012 7092198 September 7 2020 10 04 am forsage malaysiaAlhamdulillah hari in...
Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda

Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 444 hits
Assalamualaikum wbt Idea Ruang Kerja Paling Ringkas Dan Cantik Di Rumah Anda Bekerja dari rumah juga memerlukan ruang kerja yang lebih selesa dan cantik supaya mood bekerja anda tidak terjejas Sebagai seorang bisnes builder ruang bekerja ya...
Baru Tahu Begini Cara Lipat Pakaian Paling Rapi Apakah Caramu Sudah Benar

Baru Tahu Begini Cara Lipat Pakaian Paling Rapi Apakah Caramu Sudah Benar

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 409 hits
Melipat baju adalah kegiatan yang hampir kita lakukan tiap harinya Tiap orang memiliki cara tersendiri melipat baju celana hingga jaket Namun apakah cara melipat baju yang selama ini kamu gunakan sudah tepat dan rapi Mungkin kamu bisa tonto...
Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak Siti Elizad Dan Suami Belajar Cara Suntik In Vitro Fertilization Di Rumah

Susahnya Nak Dapat Awak Ni Anak Siti Elizad Dan Suami Belajar Cara Suntik In Vitro Fertilization Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 482 hits
Pelakon dan penyampai radio Siti Elizad dilaporkan telah meneruskan rawatan kesuburan In Vitro Fertilization pada rabu lalu setelah beberapa kali tertangguh atas alasan kerja Dia turut memberitahu media bahawa pada hari pertama rawatan ters...
Kalau Tanam Anak Pokok Durian Di Rumah Ikut Cara Penjagaan Ini Supaya Pokok Hidup Subur Amp Berbuah

Kalau Tanam Anak Pokok Durian Di Rumah Ikut Cara Penjagaan Ini Supaya Pokok Hidup Subur Amp Berbuah

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 616 hits
nbsp Disebabkan harganya yang mahal ramai yang dah mula menanam atau membeli anak pokok durian Walaupun lambat lagi akan menikmati hasilnya tapi tak mengapa Kalau kita tak dapat makan anak cucu dapat nikmati hasilnya pun dah ok Tapi selepas...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih