Jom Buat Duit Sebagai Usahawan Buku Dengan Program Dropship Bookcafe


Semasa saya sedang asyik membaca status update kenalan saya di facebook, pandangan saya tertumpu pada satu iklan dari pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd yang agak menarik perhatian saya.
 
Iklan yang saya maksudkan adalah iklan mengenai peluang untuk bina pendapatan sampingan sebagai ejen dropship yang mempromosikan dan menjual buku-buku yang diterbitkan oleh pihak PTS Bookcafe.

Bagi mereka yang minat membaca, sukakan buku, dan ada rasa keinginan nak mencuba bina perniagaan berdasarkan kepada minat kepada buku yang ada pada diri anda tu, mungkin bolehlah pertimbangkan untuk sertai program dropship ini.
 
Saya menjangkakan, tawaran sebagai ejen dropship ini tidak akan dibuka selama-lamanya. Sampai satu masa, pihak syarikat pasti akan menutup pendaftaran dan hanya mereka yang sempat daftar sebagai ejen dalam tempoh masa tertentu sahaja yang akan layak meneruskan program ini.
 
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekiranya anda berminat menyertai program ini, ada bayaran yuran yang perlu dijelaskan. Tapi tak perlu bimbang, sebabnya bayarannya sangatlah minima. Saya percaya buat anda yang mungkin minat nak join program ini, pasti mampu untuk menyediakan bayaran tersebut.
 
Setakat ini, ada dua pakej yang ditawarkan. Maklumat adalah seperti pada screenshot dibawah.


Pakej Basic bayarannya adalah RM20 manakala kalau pilih Pakej Advance, kita cuma perlu tambah RM10 sahaja lagi. Saya syorkan anda pilih pakej advance untuk lebih manfaat yang ditawarkan oleh syarikat.
 
Untuk buat pendaftaran sebagai ejen dropship, boleh terus ke halaman ini.
 
Saya yakin, anda pasti tidak akan menyesal menyertai program dropship ini sebabnya pihak PTS Bookcafe ini menyediakan banyak judul buku yang anda boleh promosikan.
 
Saya tertarik dengan sistem dropship yang disediakan oleh pihak syarikat kepada para ejennya. Sistem yang disediakan memang sangat teratur, dan kita sebagai ejen dropship boleh lihat sendiri, berapakah stok buku yang masih berbaki sebelum kita nak mula mempromosikan sesuatu buku.
 
Mari saya tunjukkan contoh sistem yang anda bakal perolehi setelah daftar sebagai ejen dropship nanti.
 
Dalam contoh ini, saya akan gunakan contoh produk yang dijual oleh pihak PTS iaitu Tafsir Al Azhar Set Lengkap 30 juzuk.

Menerusi sistem ejen yang kita perolehi tu, kita boleh mengetahui maklumat berikut tanpa perlu susah payah nak bertanya kepada pihak penyedia program dropship.
 
Kita boleh tahu,
(1) Berapa stok produk yang masih tinggal (12 unit)
(2) Berapa jumlah berat bagi menentukan kos penghantaran yang perlu dikenakan kepada pembeli (13.71KG)
(3) Berapa harga pasaran untuk produk ini. (Jawapannya RM750.00)
 
Sistem yang sangat bagus seperti ini memudahkan kita sebagai ejen dan juga kepada penyedia program. Saya tahu, ada banyak juga program dropship diluar sana yang mana penganjurnya tak mampu nak sediakan sistem seumpama ini. Mungkin sebab tak nampak keperluan, ataupun mungkin sebab tiada kepakaran.
 
Sebenarnya kalau tak ada kepakaran, benda ni boleh outsource kepada programmer atau web developer untuk bantu. Programmer seperti Kedai Onlinez juga boleh bantu anda untuk sediakan sistem seumpama ini. Anda hanya perlu sediakan bajet sahaja.
 
Ok sambung mengenai program dropship Bookcafe ini. Apabila kita sebagai ejen, dibekalkan dengan sistem seumpama ini, ia memudahkan kita untuk membuat kerja-kerja jualan dan promosi. Kita tak perlu nak terlalu bergantung kepada penyedia program, semata-mata untuk cek stok.
 
Dalam situasi buku koleksi tafsir Al Azhar ni, kita sedia maklum, stoknya hanya ada 12 unit sahaja, jadi berpada-padalah dalam kerja pemasaran. Melainkan kalau stok ada beribu-ribu lagi.
 
Sesetengah pengendali program dropship, sudahlah tak menyediakan sistem yang profesional, malahan pada masa yang sama, lambat menjawab pertanyaan bila kita tanya pasal stok. Ini sangat menyusahkan dan kita sebagai ejen dropship, ada kemungkinan untuk kehilangan sales sebab lambat menjawab pertanyaan dari bakal pelanggan.
 
Sistem tempahan juga sangat senang digunakan.
 
Kita hanya perlu buat pembelian seperti kita yang nak beli produk ini, dan untuk alamat penghantaran, kita hanya perlu masukkan alamat pelanggan kita. Seterusnya buat bayaran. Pihak Bookcafe akan uruskan dari segi pembungkusan dan juga penghantaran produk.
 
Dibawah ini adalah penerangan dalam bentuk bergambar bagi program dropship.

Mungkin anda rasa… erm… nantilah dulu. Nak tengok-tengok dulu, apa istimewanya kalau join sebagai ejen dropship. Anda mungkin nak tengok-tengok dulu, senarai buku yang boleh dipromosikan kelak apabila join program dropship ini.
 
Untuk itu, anda boleh terus ke halaman berikut >> https://bco.com.my
 
Bagi mereka yang belum menjadi ahli, atau ejen dropship, anda hanya akan dapat lihat harga pasaran atau harga biasa sahaja. Ini contohnya

Lihat pada paparan diatas. Kalau anda belum jadi ejen, harga yang anda bakal lihat ialah harga biasa, iaitu RM750. Anda juga boleh terus buat pembelian, cuma harganya agak mahal.
 
Bandingkan dengan harga ejen, iaitu RM525 sahaja. Anda boleh jimat RM225 atau buat untung RM225 jika berjaya jual dengan harga pasaran seperti yang dicadangkan.
 
Jadi, berbaloi ke tidak daftar jadi ejen dropship ni? Kalau anda rasa berbaloi dan nampak potensi, daftar je terus disini. Kalau tak berjaya jual buku sekalipun, at least anda boleh beli buku untuk kegunaan sendiri dan famili dengan harga diskaun. In Shaa Allah pasti ada kegunaan nanti dimasa akan datang.
 
Sebelum ini saya lebih aktif mempromosikan produk-produk keluaran PTS Bookcafe sebagai ejen affiliate. Kemudian pada satu hari, saya dapati pihak Bookcafe membuat perubahan pada program affiliate dan menangguhkan program ini kepada satu masa yang akan diberitahu kelak. Saya juga kurang pasti, sampai bila agaknya.
 
Saya rasa agak frust juga, maklumlah salah satu sumber komisen saya adalah dari program Bookcafe. Saya juga beberapa kali menulis review buku dalam blog saya, dan mempromosikan buku-buku keluaran mereka.
 
Tapi walaupun mereka tangguhkan dulu program affiliate, saya masih lagi dapat mempromosikan produk mereka melalui Lazada dan juga Shopee.
 
Bookcafe juga ada membuka kedai online di platform Lazada dan Shopee.
Ini kedai online yang Bookcafe buka melalui platform Lazada. Boleh klik pada pautan ini.

Manakala dibawah ini pula adalah kedai online yang bookcafe buka menerusi platform Shopee.

Syarikat buku yang besar seperti Bookcafe ini juga mempelbagaikan channel untuk tujuan mendapatkan jualan. Ini satu contoh baik yang pada saya patut kita tiru!
 
Secara peribadi saya sebenarnya lebih suka untuk buat duit sebagai ejen affiliate berbanding sebagai ejen dropship. Pada saya, jadi ejen affiliate ini lebih mudah dan lebih fleksibel. Saya hanya perlu hasilkan beberapa artikel promosi, dan seterusnya saya cuma perlu tunggu sahaja sales berlaku dengan sendirinya.
 
Cukup haribulan, tunggu sahaja pihak bookcafe ini buat bayaran komisen. Tapi itu saya cerita pasal diri saya sendiri. Saya tak kata yang program dropship ini tak bagus. Ia juga bagus. Kalau anda minat, patut ambillah peluang ini untuk jadi ejen ya. Peluang seperti ini agak jarang dibuka.
 
Saya nak sambung sikit lagi perkara yang agak teknikal mengenai program dropship buku dari Bookcafe ini. Kali ini saya nak sentuh mengenai caj penghantaran.
 
Wajar ataupun tidak, kita berikan penghantaran percuma kepada pelanggan yang beli buku dari kita? Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu rujuk kepada jadual caj penghantaran yang dibekalkan oleh pihak syarikat.
 
Bagi produk seperti buku, lagi banyak jumlah buku yang dibeli, maka makin berat buku tersebut. Ini akan membuatkan kos penghantaran akan jadi semakin mahal.
 
Sekali lagi saya ambil contoh, set lengkap Tafsir Al Azhar, yang beratnya 13.71KG. Berikut adalah caj penghantaran yang bakal dikenakan kepada anda.
Ninja Van – RM19
J&T – RM19
KTMD – RM15
Pos Laju Sabah/Sarawak – RM137 (WOW sangat MAHAL)
 
Jika dengan menyerap kos penghantaran, menjadikan produk tersebut tiada untung, saya rasa lebih baik anda buat pendekatan seperti serap separuh sahaja kos penghantaran, ataupun ikut sahaja kebiasaan, iaitu anda beritahu secara jelas kepada pelanggan bahawa mereka kena bayar caj penghantaran.
 
Sesetengah pelanggan memang tak suka apabila kena bayar caj penghantaran. Tapi kalau kita fikir secara logik, kalau kita beli sendiri buku dekat kedai buku, kita tetap akan perlu bayar kos-kos sampingan.
 
Antara kos sampingan yang boleh muncul ialah seperti
(1) Petrol
(2) Tol
(3) Parking
(4) Kos untuk makan kalau tiba-tiba rasa lapar masa shopping
(5) Kos luar jangka seperti shopping benda lain yang tak perlu
 
Kesemua ini, jika dicampurkan, ia mungkin lebih mahal berbanding dengan kos RM19 untuk penghantaran. (ini dengan andaian pelanggan tadi beli buku seberat 13KG. Kalau setakat 1kg, cajnya hanya RM7 sahaja)
 
Bagaimana cara menghasilkan jualan apabila menyertai program dropship buku? Sebagai ejen dropship, tugas kita sebenarnya tidaklah begitu sukar. Kita hanya perlu fokuskan kepada kerja-kerja pemasaran dan tempahan sahaja.
 
Apabila ada pelanggan yang minat untuk membuat belian, kita perlu bersedia untuk menerima bayaran dari pelanggan tersebut dan terus buat tempahan dilaman web Bookcafe menggunakan harga ejen. Perbezaan harga itu nanti adalah keuntungan yang bakal kita simpan.
 
Saya akan sentuh sedikit mengenai strategi untuk hasilkan jualan disini. Ada beberapa kaedah yang saya boleh syorkan, antaranya ialah
 
Menggunakan laman blog peribadi Strategi yang sesuai digunakan jika menggunakan blog peribadi adalah dengan menghasilkan artikel review. Ya, ini bermakna, anda perlu baca buku yang hendak dipromosikan tersebut. Selepas dah habis baca, barulah senang nak hasilkan artikel jenis review.
 
Kalau anda memang minat buku, saya rasa ini bukan satu masalah yang besar, untuk baca buku. Untung orang yang suka baca buku ni. Boleh dapat ilmu baru, dan boleh dapat idea macam mana nak hasilkan review yang lebih berkesan.
 
Kemudian apabila ada pembaca yang membaca review yang anda hasilkan dan minat untuk beli, dia boleh terus hubungi anda untuk buat tempahan.
 
Menggunakan akaun sosial media Strategi yang lebih kurang sama dengan strategi menggunakan blog boleh digunapakai untuk kempen disosial media. Anda kongsikan review dan komen anda mengenai konten buku yang hendak anda dapatkan jualan.
 
Satu yang bagus dengan pemasaran di social media ialah, anda mampu untuk dapatkan perhatian dari bakal pelanggan anda dengan pantas. Ya, anda perlu alert dengan peristiwa dan isu yang sedang viral.
 
Andai kata pada satu-satu masa, isu mengenai perebutan harta pusaka sedang hangat diperkatakan, anda boleh gunakan peluang ini untuk mempromosikan buku berkaitan dengan faraid.

Kalau dari hasil review yang anda buat tu, ada 10 ribu orang yang baca, tak kan tak ada seorang pun yang akan beli buku ini dari anda? Lagipun bukan mahal sangat pun harga buku ini. Setakat RM18 – RM30 sahaja.
 
Buat jualan melalui Shopee Berita baik untuk anda, anda juga dibenarkan untuk menggunakan Shopee untuk dapatkan jualan. Pihak PTS tidak melarang anda untuk buat jualan menggunakan Shopee.

Cuma ada beberapa buku yang pihak PTS sarankan untuk anda tidak menggunakan Shopee. Buku yang dimaksudkan adalah buku-buku yang tidak mempunyai stok yang banyak.
 
Kalau anda sudah mempunyai Shopee Store anda sendiri, boleh tambahkan list barang yang dijual dengan memasukkan buku-buku yang ditawarkan melalui program dropship ini.
 
Tapi kalau anda belum ada shopee store anda sendiri, boleh daftar sekarang dengan mengikuti panduan yang ada disini.
 
Sebaik-baiknya, janganlah hadkan medium atau platform jualan anda. Luaskan lagi platform jualan supaya anda dapat peluang yang lebih besar untuk dapatkan lebih ramai pelanggan yang membeli buku-buku anda.
 
Laman web e-commerce Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang sudah memiliki laman web ecommerce anda sendiri. Apa kata anda tambahkan juga kategori baru di laman web ecommerce milik anda, iaitu kategori buku.
 
Itupun kalau sesuai. Kalau kurang sesuai, saya kira lebih baik anda kekalkan kepada konsep bisnes ecommerce sedia ada anda.
 
Baiklah, saya harap peluang yang jarang ada seperti ini, anda dapat ambil dan boleh dapat manfaat darinya. Saya juga sebenarnya dah join sebagai ejen, cuma belum pernah buat sales lagi.
 
Saya pun tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk buat jualan. Sebaliknya saya berpandangan, satu hari nanti saya akan beli buku-buku yang dijual disini untuk kegunaan sendiri. Selepas itu saya akan buat review, dan kalau dari review yang saya buat tu nanti, ada yang minat nak beli, saya akan belikan untuk mereka.
 
Dari situ bolehlah dapat sedikit keuntungan.

Oleh yang demikian, kalau anda rasa minat nak jadi ejen seperti saya, bolehlah daftar di halaman berikut ya.
 
 
The post Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/buat-duit-dengan-program-dropship-bookcafe/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan 10 Tahun Sebagai Usahawan Vivy Yusof Luah Rasa Mahu Tulis Buku Kongsi Jatuh Bangun Berniaga

Hiburan 10 Tahun Sebagai Usahawan Vivy Yusof Luah Rasa Mahu Tulis Buku Kongsi Jatuh Bangun Berniaga

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 305 hits
Tak sangka dalam diam FashionValet yang diusahakan oleh usahawan wanita terkenal iaitu Vivy Yusof sudah pun menjangkau usia 10 tahun Cepat betul masa berlalu Bukan sahaja FashionValet yang mencapai perjalanan sejauh itu namun ia juga menand...
Rahsia Buat Duit Dari Rumah Sebagai Penjual Ebook

Rahsia Buat Duit Dari Rumah Sebagai Penjual Ebook

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 362 hits
Rahsia Buat Duit Dari Rumah Sebagai Penjual Ebook Artikel ini berkongsi kepada anda bagaimana rahsia untuk buat duit dari rumah The post appeared first on
Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 389 hits
Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Perhatian dan berita baik kepada belia belia di seluruh negara program TUBE telah mula dan boleh membuat permohonan bermula dari 15 Oktober 2020 Latar Belakang Program Tunas Usahawan Be...
Dana Dipercaya Sebagai Mitra Penyalur Insentif Program Prakerja

Dana Dipercaya Sebagai Mitra Penyalur Insentif Program Prakerja

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 210 hits
Dompet digital DANA memang dikenal andal sebagai solusi yang memudahkan terselenggaranya transaksi nontunai digital dalam hal ini semakin mendapat kepercayaan dari pelaksanaan program Kartu Prakerja
Teknik Rm5 Wanita Kongsi Rutinnya Simpan Duit Sebagai Suri Rumah Hasilnya Akhir Tahun Dapat Beli Emas

Teknik Rm5 Wanita Kongsi Rutinnya Simpan Duit Sebagai Suri Rumah Hasilnya Akhir Tahun Dapat Beli Emas

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 377 hits
Tidak dinafikan ramai kaum wanita menyimpan niat untuk membeli emas Emas diibarat sebagai kawan baik dan menjadi aksesori wajib ada pada setiap wanita Malah nilai emas yang sentiasa meningkat menjadi satu pelaburan terbaik jika terdesak Per...
Anwar Sebagai Pm 9 Perlumbaan Yang Hampir Ke Garisan Penamat

Anwar Sebagai Pm 9 Perlumbaan Yang Hampir Ke Garisan Penamat

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 367 hits
TATKALA gelombang ketiga koronavirus ketika ini semakin kuat membadai Malaysia timbul pula satu polemik politik yang menggemparkan rakyat sejak tiga minggu lalu Dua hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 diadakan Ketua...
Implora Cosmetics Tunjuk Aur Lie Moeremans Sebagai Brand Ambassador Yang Pertama

Implora Cosmetics Tunjuk Aur Lie Moeremans Sebagai Brand Ambassador Yang Pertama

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 254 hits
Aurelie Moeremans sebagai brand ambassador diharapkan dapat membawa energi positif dan inspirasi kecantikan bagi perempuan Indonesia
Nak Berjaya Jadikan Anak Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu Ayah Riz Amin

Nak Berjaya Jadikan Anak Isteri Sebagai Kekuatan Termasuk Family Ibu Ayah Riz Amin

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 888 hits
Kejayaan seorang suami pastinya dibelakangnya berdiri seorang isteri yang menyokongnya cukup kuat Pelakon yang sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakkan drama Riz Amin mengakui kekuatan harinya setiap hari kini datangnya daripada ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui