Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah Dan Bacaan Doa



Tujuan utama melakukan Solat Sunat Istikharah adalah untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT. Sebagai Muslim, jika anda berkehendakkan sesuatu namun berada dalam dilema untuk menentukan pilihan itu sama ada benar dan tepat, atau merasa ragu-ragu, seeloknya anda melakukan solat ini.

Semoga dengan melakukan solat tersebut, perkara yang anda hajati itu akan diberi petunjuk oleh Allah SWT samada ianya membawa kepada kebaikan atau keburukan jika anda memilihnya. Solat Sunat Istikharah dipraktikkan oleh sebahagian besar masyarakat Muslim.

Antara tujuan Solat Istikharah adalah dalam bab memilih jodoh

HUKUM SOLAT SUNAT ISTIKHARAHPada dasarnya mengerjakan Solat Istikharah ini adalah sunat mu’akkad bagi yang mempunyai hajat kepada petunjuk itu. Nabi SAW menggalakkan solat ini sesuai dengan sabda baginda yang bermaksud:

“Tidak akan kecewa orang yang melaksanakan solat istikharah, dan tidak akan menyesal hati orang yang suka bermusyawarah dan tidak akan berkurangan lagi orang yang suka berhemat”.Menurut hadith daripada Jabir bin A’bdillah r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah ajarkan Solat Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah-surah dari Al-Quran. Baginda SAW bersabda yang bermaksud:




“Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa”

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud:Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya – Kitab Al-Jumu’ah, no: 1162).

Solat Istikharah mesti beserta dengan hajatnyaWAKTU MENGERJAKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAHWaktu yang terbaik bagi anda untuk mengerjakan solat ini adalah pada dua per tiga malam terakhir sepertimana waktu melakukan Solat Tahajjud dan dilakukan sekurang-kurangnya 2 raka’at. Lakukan dengan penuh khusyuk dan tawadduk agar hajat kita diperkenankan oleh Allah SWT .Sesudah selesai mengerjakan solat dengan sempurna, teruskan berdoa dengan Doa Istikharah. Selesai sahaja berdoa hendaklah memilih dalam hati yang mana lebih cenderung dalam hati diantara kedua perkara yang dihajati.
NIAT SOLAT SUNAT ISTIKHARAH“USOLLI SUNNATA ISTIKHOOROTI RAK’ATAINI LILLAAHI TA’ALA“Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah dua raka’at kerana Allah Taala”

Mengerjakan solat Istikharah tidak susah dan tidak dihadkan berapa kali untuk anda melakukannya.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAHCara mengerjakan solat ini adalah tidak jauh bezanya dengan mengerjakan solat-solat sunat yang lain. Sewaktu sujud yang terakhir ketika solat, minta dalam hati kepada Allah tanpa perlu berkata-kata zahir tentang perkara yang dihajati.Ini bermakna sujud terakhir itu mungkin agak panjang berbanding ketika anda mengerjakan solat sunat yang lain. Selesai memberi salam, berdoa lah dengan Doa Istikharah dan semasa berdoa ini, lafaz lah secara zahir hajat anda.

SURAH YANG HARUS DIBACAKitab Iaanatut Talibin : 257 ada dinyatakan, “Barangsiapa yang mempunyai hasrat akan sesuatu dan ia bimbang akan akibatnya, dan tidak mengetahui bagaimana gambaran apabila ditinggalkannya maksud itu, maka dinyatakan bahawa Nabi SAW telah memerintahkan agar solat dua raka’at.

Pada raka’at pertama selepas membaca Surah al-Fatihah hendaklah dibaca Surah al-Kafirun. 

Manakala pada raka’at kedua selepas membaca Surah al-Fatihah hendaklah dibaca Surah al-Ikhlas. Selepas solat pula dibaca doa. (HR Jabir bin Abdullah)
Yakinlah bahawa setiap permintaan anda akan dikabulkan oleh Allah SWT

PERINGATANSebelum mengerjakan solat, sila pastikan bahawa anda bebas dari perkara-perkara yang membatalkan solat. Pakailah pakaian yang suci dan bersih dan paling utama jangan lupa berwudhu’.Selesai solat, baca lah doa seperti di bawah.
DOABerikut adalah Doa Istikharah yang perlu dibaca selepas mengerjakan Solat Sunat Istikharah. Doa di bawah adalah isinya, maka anda haruslah membacanya mengikut tatacara membaca doa. Dimulai dengan Bismillah dan ikutilah tatacara membaca doa.

Doa Istikharah

Maksudnya:“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku.Kemudian, berikan keberkatan kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku ( atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang), maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
Berdoa hendaklah mengikut adab atau tatacaranyaADAB KETIKA BERDOASemasa membaca doa, hendaklah mengikut tatacara atau adab berdoa agar doa kita atau apa yang kita pohon dikabulkan oleh Allah SWT. Antara perkara-perkara yang perlu dipehatikan adalah seperti berikut.

Berdoa Dengan Rendah Diri Sampaikan doa kita kepada Allah dalam keadaan yang sangat rendah diri dengan suara yang lemah lembut. Firman Allah dalam Surah Al-A’raf : 55 yang bermaksud:“Bedoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”.

Yakin Doanya Akan DikabulHendaklah yakin bahawa doa itu akan kabulkan. Ini kerana, untuk berdoa memerlukan keyakinan dan mesti datangnya dari hati bahawa Tuhan itu akan membantu hambanya. Melainkan jika seseorang itu adalah lalai dan hatinya kosong daripada mengingati Allah.Berdoalah dengan rendah diri dan suara yang lemah lembut

Memuji-Muji Allah dan Selawat Ke Atas Nabi SAWSetiap kali membaca doa, mulai dengan puji-pujian kepada Allah dan membaca selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda yang bermaksud:“Apabila salah seorang daripada kamu sekalian berdoa, maka mulailah dengan membaca Tahmid serta memuji Allah SWT, kemudiannya membaca selawat ke atas Nabi, baru kemudian kamu berdoa dengan apa yang kamu kehendaki”.

Berselawat Di Tengah Dan Akhir DoaKetika dipertengahan dan akhir doa, bacalah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sepertimana sabda Baginda yang bermaksud:“Setiap doa terhalang (tidak dikabulkan) sehingga dibaca atas selawat kepada Nab Muhammad SAW”.

Membaca AmiinWalaupun berdoa secara sendirian, akhirilah doa dengan membaca Amiin! Menurut sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Apabila salah seorang daripada kamu berdoa, maka aminkanlah atas doanya sendiri”.Tadah tangan ketika berdoa dan berkata Amiin

Menadah Tangan Ketika BerdoaAngkatlah kedua tangan ketika berdoa sepertimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Pemurah dan berasa malu kepada hambanya. Apabila dia mengangkat kedua tangannya berdoa kepadaNya, kemudian Allah mengembalikannya (menolak doanya) tanpa hasil”.

Menyapu WajahSelepas berdoa, sapulah wajah anda dengan kedua tapak tangan. Sahabat Umar r.a berkata:“Rasulullah SAW apabila mengangkat kedua tangannya dalam berdoa, tidak akan melepaskan dan mengembalikannya sehingga menyapu wajahnya dengan kedua tangannya”.

Tadah dan Telungkup Tapak Tangan Mengikut SituasiKetika berdoa, kedua tapak tangan ditadahkan jika memohon perkara positif manakala ditelungkupkan jika memohon untuk menolak perkara negatif.Nabi SAW apabila memohon perkara positif, akan mendahkan kedua tangannya ke langit. Manakala jika memohon perlindungan dari perkara negatif akan telungkupkan kedua tapak tangan daripada langit (ke bawah).
PENUTUPSemoga artikel ini sedikit sebanyak membantu kepada mereka yang memerlukan. Diharapkan ianya memberi manfaat kepada semua. Jika anda mendapati masih banyak kelemahan dan perlu ditambahbaik, sila maklumkan kepada admin. Wallahua’lam.






Active Search Results Search Engine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/08/cara-mengerjakan-solat-sunat-istikharah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 976 hits
Cara Solat Sunat Witir Witir bermaksud ganjil iaitu tidak genap rakaatnya Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad iaitu sangat sangat dituntut melakukannya Rasulullah SAW be...
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSolat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji d...
Sujud Syukur Bacaan Tata Cara Dan Hikmahnya

Sujud Syukur Bacaan Tata Cara Dan Hikmahnya

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 562 hits
Sujud syukur adalah salah satu cara bersyukur atas nikmat Allah Bagaimana tata cara bacaan dan hikmahnya Berikut ini pembahasannya Mayoritas ulama berpendapat sujud ini hukumnya sunnah Terutama para ulama madzhab Syafi i dan Hambali Menurut...
Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Ringkas

Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Ringkas

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2039 hits
Apabila berlakunya kematian dalam kalangan saudara seislam kita dituntut untuk melaksanakan solat jenazah setelah selesai menguruskannya Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah dan menjadi sunnah untuk kita meramaikan solat ke atas jenaza...
Puasa Sunat Senarai Doa Hari Arafah

Puasa Sunat Senarai Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 726 hits
Puasa Sunat Senarai Doa Hari Arafah Hari Wukuf atau Hari Arafah adalah kemuncak bagi ibadat Haji Disyariatkan bagi kita yang tidak melakukan Wukuf supaya berpuasa kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh bagi mereka yang mengerjakanya Har...
Solat Sunat Isyraq Pahalanya Haji Dan Umrah

Solat Sunat Isyraq Pahalanya Haji Dan Umrah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2139 hits
Adakah solat sunat Isyraq sama dengan solat sunat Dhuha Ada pendapat ulama mengatakan ianya adalah sama namun ada juga pendapat yang menyatakan ianya adalah berbeza Perbezaannya solat isyraq lebih menjurus kepada hadis Rasullullah seperti d...
Bacaan Doa Ketika Terjadi Gempa Bumi

Bacaan Doa Ketika Terjadi Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 287 hits
Bacalah doa ini ketika terjadi gempa bumi atau mendengar kabar tentang bencana alam lainnya
Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 437 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 904 hits
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019Ketetapan waktu solat sunat hari raya Aidiladha 2019 bagi seluruh negeri Terengganu ialah pada jam 8 00 pagiSelamat Hari Raya Aidil Adha
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game