Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILADHA
1.  Niat:
اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى
Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala


2.  Pada rakaat pertama:
> Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:
سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung

> Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
> Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa

3.  Rakaat ke-dua:
> Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ
Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung


> Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
> Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua


KHUTBAH AIDILADHA
Khatib membacakan dua Khutbah Hari Raya Korban selepas solat Aidiladha yang mengandungi pengertian sambutan Aidiladha, pengajaran penyembelihan korban dan ibadat Haji

Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir ( اَلله ُ اَكْبَرُ )  manakala pada permulaan khutbah ke-dua 7 kali takbir dan pada kedua-dua takbir itu diikuti dengan bacaan:
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُTiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian

TAKBIRSuasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu

Takbir adalah slogan seluruh umat Islam. Umat Islam boleh bersatu jika mereka benar-benar mengamalkan apa yang terkandung dalam takbir ini. Mereka disatukan oleh kalimah tauhid. Dengan takbir (Allahuakbar), dapat membina keagungan dan kehidupan. Slogan ‘Allahuakbar’. turut dapat menakutkan musuh dan kaum Muslimin telah mencapai kemenangan dalam peperangan Badar

Ketika mula menyembelih binatang atau berkorban disunat mengucapkan juga ‘Allahuakbar’

Pada Hari Raya Haji terutamanya disunatkan bertakbir setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada 13 Zulhijjah


TAKBIR RAYA
اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ اَللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ  –  × 5/3اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ   Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh

Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:
لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَTiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya

ADAB SOLAT SUNAT HARI RAYA
1.  Pada Aidil Adha, disunatkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai Solat Aidil Adha

2. Pada Hari Raya Aidil Adha, boleh dikumandangkan takbir  sejak Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah ) hingga akhir hari Tasyriq ( 13 Zulhijjah )

3.  Makmum yang ‘masbuq’ harus menyempurnakan sendiri solatnya sesuai sifat Solat Hari Raya itu. Iaitu bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati jemaah sedang solat, ia jangan pulang pula, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal

4.  Apabila mereka mendapati jemaah telah selesai solat, maka kerjakanlah Solat Hari Raya Aidil Adha sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai.  Bila selesai Solat Hari Raya Aidil Adha, duduklah dan dengarlah khutbah dengan khusyuk

5. Disunatkan mendengar khutbah dengan penuh minat dan jangan meninggalkan lapangan masjid sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa

6.  Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah Aidil Adha, demi syiarnya Islam

7.  Apabila hari raya bertepatan jatuh pada hari Jumaat, kewajipan solat Jumaat gugur bagi yang telah Solat Hari Raya dengan syarat mereka tinggal jauh dari masjid sehingga menyukarkan untuk datang semula dan mereka cukup mendirikan Solat Zuhur sahaja

8.  Adapun imam dan orang yang tidak Solat Hari Raya diharuskan solat Jumaat

Baca Juga : [ 5 Keistimewaan Bulan Zulhijjah ]
Sekian
Sumber : Shafiqolbu | Google Image

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/08/cara-menunaikan-solat-sunat-aidiladha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

Hari Raya Aidiladha Sultan Johor Menunaikan Solat Sunat

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 437 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tyt Pulau Pinang Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Negeri

Tyt Pulau Pinang Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Negeri

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 339 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 903 hits
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha 2019Ketetapan waktu solat sunat hari raya Aidiladha 2019 bagi seluruh negeri Terengganu ialah pada jam 8 00 pagiSelamat Hari Raya Aidil Adha
Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

Panduan Mudah Cara Solat Sunat Witir Serta Doa

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 976 hits
Cara Solat Sunat Witir Witir bermaksud ganjil iaitu tidak genap rakaatnya Solat yang boleh dilakukan secara berseorangan atau berjamaah Hukum Solat Sunat Witir adalah sunat muakkad iaitu sangat sangat dituntut melakukannya Rasulullah SAW be...
Aidiladha Raja Muda Perlis Sekluarga Solat Sunat Aidiladha Sertai Ibadah Korban

Aidiladha Raja Muda Perlis Sekluarga Solat Sunat Aidiladha Sertai Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 285 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah Dan Bacaan Doa

Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah Dan Bacaan Doa

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 368 hits
Tujuan utama melakukan Solat Sunat Istikharah adalah untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT Sebagai Muslim jika anda berkehendakkan sesuatu namun berada dalam dilema untuk menentukan pilihan itu sama ada benar dan tepat atau merasa ragu ...
Raja Muda Kedah Berangkat Menunaikan Solat Sunat

Raja Muda Kedah Berangkat Menunaikan Solat Sunat

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 266 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Ringkas

Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Ringkas

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2038 hits
Apabila berlakunya kematian dalam kalangan saudara seislam kita dituntut untuk melaksanakan solat jenazah setelah selesai menguruskannya Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah dan menjadi sunnah untuk kita meramaikan solat ke atas jenaza...
Tun M Sertai Ribuan Jemaah Solat Aidiladha

Tun M Sertai Ribuan Jemaah Solat Aidiladha

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini Solat sunat itu diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Loading Ma...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik