Cara Meletakkan Jenazah Di Dalam Rumah



Soalan:
Salah seorang ahli keluarga saya telah meninggal dunia. Persoalannya, bagaimana cara kami meletakkan jenazahnya ketika masih di dalam rumah?

Jawapan:
Pertamanya, kami sarankan agar kesabaran menghiasi diri anda dan keluarga. Hal ini adalah bertepatan dengan nas Ilahi. Begitu juga, hendaklah bersikap redha dengan takdir serta qadha’ Ilahi di samping mengucapkan istirja’. Firman Allah SWT:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (iaitu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [Surah al-Baqarah (155-156)]

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) kemudian istirja’. Ini berdasarkan hadith di mana Allah SWT bertanya kepada Malaikat yang mengambil nyawa anak kesayangan hamba-Nya:

مَاذَا قَالَ عَبْدِي فَيَقُوْلُوْنَ حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ
“Apa yang disebut oleh hamba-Ku.” Maka jawab para Malaikat: “Dia memuji-Mu dan beristirja’.” [Riwayat al-Tirmidzi (1021)]

Begitu juga, hendaklah bersabar dalam menerima berita. Ini kerana ganjaran pahala yang besar diberi kepada orang yang bersabar. Seterusnya berdoa seperti yang diajar oleh Baginda SAW:

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
“Ya Allah, kurniakanlah aku ganjaran atas musibahku dan gantikanlah yang lebih baik daripadanya.” [Riwayat Muslim (918)]

Menjawab persoalan di atas, para ulama’ telah khilaf kepada dua pendapat:

Pertama, dilentangkan dengan meninggikan sedikit kepalanya dan kedua kakinya ke arah kiblat.

Kedua, mengiring atas lambung kanan dengan menghadap kiblat seperti di dalam liang lahad. Inilah pendapat ulama’ Iraq dan ditashihkan oleh kebanyakan ulama’. (Lihat Raudhah al-Talibin, 1/160)

Kami tarjihkan pendapat yang kedua iaitu dengan cara mengiringkan atas lambung kanan dengan menghadap kiblat.

Berkenaan menghadap kiblat, terdapat nas Nabawi menyebut berkenaannya serta ia juga adalah amalan salafus soleh. Daripada Abi Hurairah R.A, secara marfu’:

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَيِّدًا، وَإِنَّ سَيِّدَ الْمَجَالِسِ قُبَالَةَ الْقِبْلَةِ
“Segala sesuatu itu ada pemimpinnya, dan pemimpin majlis adalah yang menghadap kiblat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (2375)]


Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ شَرَفًا وَإِنَّ أَشْرَفَ الْمَجَالِسِ مَا اسْتُقْبِلَ بِهِ الْقِبْلَةَ
“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemuliaannya, dan semulia-mulia majlis adalah yang menghadap kiblat.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (7706)]

Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah (4/76) menyebut: “Para fuqaha’ telah mentaqrirkan bahawa arah kiblat ialah semulia-mulia arah. Justeru disunatkan memelihara ke arahnya ketika duduk.” Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

إِنَّ سَيِّدَ الْمَجَالِسِ قُبَالَةَ الْقِبْلَةِ
“Sesungguhnya pemimpin majlis adalah yang menghadap kiblat.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (2375)]

Para salafus soleh juga memerintahkan keluarga atau muridnya supaya menghadap kiblat termasuklah mereka dari kalangan para sahabat. Antaranya:

Daripada Abi Qatadah, daripada datuknya bahawa Nabi SAW tatkala tiba di kota Madinah, beliau bertanya tentang sahabatnya bernama al-Bara' bin Ma'rur. Lantas mereka menjawab, beliau telah meninggal dunia dan mewasiatkan sepertiga hartanya untuk Baginda dan mewasiatkan untuk dihadapkannya ke arah kiblat apabila berada dalam sakaratul maut. Lantas Rasulullah SAW bersabda:

أَصَابَ الْفِطْرَةَ وَقَدْ رَدَدْتُ ثُلُثَهُ عَلَى وَلَدِهِ
“Dia telah menepati fitrah. Dan aku telah mengembalikan sepertiga hartanya kepada anaknya.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (6843)]

Huzaifah R.A ketika hampir meninggal dunia berkata: “Hadapkanlah aku ke arah kiblat.”
Daripada Umair bin Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda berkenaan Bait al-Haram:

قِبْلَتِكُمْ أَحْيَاءً وَأَمْوَاتًا
“Ia adalah kiblat kamu sama ada ketika hidup atau mati.” [Riwayat Abu Daud (2874)]

Semoga Allah jadikan kita sentiasa dipandukan dengan syariat dan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/cara-meletakkan-jenazah-di-dalam-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Cara Mudah Dan Sederhana Yang Bisa Dicoba Di Rumah Untuk Obati Sariawan

6 Cara Mudah Dan Sederhana Yang Bisa Dicoba Di Rumah Untuk Obati Sariawan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 386 hits
Munculnya sariawan ini bisa terjadi karena beberapa faktor seperti stres luka di mulut alergi makanan siklus haid terlalu banyak antibiotik atau minuman asam
Cara Mudah Dan Jimat Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah

Cara Mudah Dan Jimat Buat Nasi Impit Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 621 hits
Sebenarnya tak susah kalau tahu cara buat nasi impit sendiri Kami tertarik dengan perkongsian super jimat daripada melalui salah satu post Facebook beliau Saja nak share cara saya buat nasi impit super jimat 2 3hari lepas Terjadinya nasi im...
Cara Halau Tikus Dalam Rumah Atas Siling Paling Berkesan

Cara Halau Tikus Dalam Rumah Atas Siling Paling Berkesan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 5614 hits
Tikus adalah haiwan pengotor dan boleh menjadi punca penyakit Haiwan ini juga menjadi satu gangguan di rumah jika tidak halau dengan segera Foto juga mampu merosakkan perkakas serta alatan rumah terutama yang diletakkan di kawasan lembap se...
Tangis Ahy Dan Ibas Pecah Saat Gotong Peti Jenazah Ani Yudhoyono Masuk Rumah Cikeas

Tangis Ahy Dan Ibas Pecah Saat Gotong Peti Jenazah Ani Yudhoyono Masuk Rumah Cikeas

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 369 hits
Di belakang menyusul SBY yang juga tak mampu menahan derai air mata sambil menerima ucapan bela sungkawa dari kerabat
Jenazah Ani Yudhoyono Tiba Di Rumah Duka

Jenazah Ani Yudhoyono Tiba Di Rumah Duka

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 379 hits
Jenazah Ani Yudhoyono Tiba di Rumah Duka Jenazah langsung dibawa ke dalam rumah Pelayat yang sudah lebih dahulu berdatangan tak henti hentinya melantunkan doa
Cara Adab Masuk Rumah Kosong

Cara Adab Masuk Rumah Kosong

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1666 hits
Islam adalah agama yang sangat menyeluruh sehinggakan bab memberi salam ketika hendak masuk ke dalam rumah juga disebutkan di dalam al Quran seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud Wahai orang orang yang beriman janganla...
Adab Beraya Rumah Mertua Layan Seperti Mak Ayah Sendiri Buat Apa Yang Patut Barulah Seronok

Adab Beraya Rumah Mertua Layan Seperti Mak Ayah Sendiri Buat Apa Yang Patut Barulah Seronok

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 472 hits
Setiap tahun pasti kebanyakan keluarga akan memilih beraya di kampung jika masih ada ibu bapa Sama ada di kampung suami atau isteri sudah semestinya salah seorang akan menjadi menantu Perkara ini nampak mudah Takkan beraya pun nak kena ada ...
Rumah Keluarga Saya Tiada Kaitan Dengan 1mdb Kata Jho Low

Rumah Keluarga Saya Tiada Kaitan Dengan 1mdb Kata Jho Low

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 264 hits
Rumah keluarga saya tiada kaitan dengan 1MDB kata Jho Low Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 May 2019 10 13
5 Trik Hadapi Mertua Galak Demi Suasana Rumah Tetap Adem Dan Kamu Bisa Jadi Mantu Kesayangan

5 Trik Hadapi Mertua Galak Demi Suasana Rumah Tetap Adem Dan Kamu Bisa Jadi Mantu Kesayangan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 251 hits
Sebelum keburu ngecap galak sudah introspeksi diri belum nih kakak kakak Siapa tahu cuma belum 1 frekuensi aja
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Nahas Ngeri Melaka 6 Maut Kemalangan Mpv Bas Persiaran Dan Treler

Sampai Nak Kena Bagitahu Anak Cacat Edry Kru Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024