Foto : telegraph.co.uk
Tikus juga mampu merosakkan perkakas serta alatan rumah, terutama yang diletakkan di kawasan lembap seperti di dapur dan sebagainya.
Foto : id.aliexpress.com
Taburkan kapur barus yang sudah dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian kecil di kawasan menjadi tumpuan tikus. Ini biasanya amat berkesan kerana tikus sangat tidak suka kepada bau kapur barus. Bau kapur barus itu sendiri memang menyucuk hidung.
Foto : malaysianfruits.wordpress.com
Daun Durian Belanda juga satu lagi bahan alami yang dapat digunakan bagi menghalau tikus. Caranya ialah letakkan beberapa helai daun ini di tempat yang biasa tikus lalu atau berkeliaran.
Foto : www.keluarga.my
Aroma wangi pada daun pandan amat tidak disukai tikus. Justeru, untuk mengelak tikus lalu atau berkeliaran, letakkan daun ini di kawasan yang biasa didatangi haiwan ini.
Foto : merdeka.com
Ini juga satu lagi tumbuhan yang sangat tidak digemari tikus. Sama juga. Letakkan beberapa helai daun ini di kawasan laluan tikus. Nescaya haiwan itu tidak akan mendatangi kawasan berkenaan lagi.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |