Cara Hilangkan Lidas Nenas
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Hilangkan Lidas Nenas | Sejak dok Johor, senang betul nak dapatkan nenas. Maklumlah di Johor ada satu tempat yang memang pengelur nenas sehinggakan diberikan nama tempat iaitu Pekan Nenas.
MF sejak dah boleh makan nenas.. Huii.. Hari-hari nak makan je.. Tapi nenas ni ada jenis juga... Ada yang jenis tak lidas... Memang sebiji boleh habis.. Tapi kalau kena jenis lidas... Fuhh.. Perit nak telan. Sakit lidah dibuatnya.
Tapi katanya ada cara nak hilangkan lidas ni nenas. Iaitu masa nak potong tu...
Cara hilangkan lidas nenas.
1. Basuh buah nenas.
2. Potong melintang bahagian tangkai nenas tu biar sampai 1/2 inci isi nenas. Agak-agak je la kan..
3. Kemudian pusing dan gosok bahagian yang kita potong melintang tu di bahagian buah yang kita dah potong tu. Macam kita potong kepala buah timun tu..
4. Buat beberapa kali sampai keluar lendir dan getahnya.
5. Dikatakan kalau nak lebih mujarab tambah garam pada bahagian yang kita pusing-pusing tu.
6. Kemudian barulah dibasuh lendir dan getah itu dan bolehlah dipotong kulit dan potong makan.
7. Kata orang lama, lepas potong lumur lagi dengan air garam.
Lendir yang keluar itulah sebenarnya rasa lidas itu timbul bila makan nenas.
MF ada buat juga la.. Tapi kurang la sikit. Tapi rendam dengan air garam dalam 15 ke 20 minit sebelum dimakan tu boleh juga kurangkan lidas.
Tapi kalau dah lidas kat lidah tu... Cara nak legakannya dengan kemam gula... Ambil je secalit gula.. Dan kemam sampai gula tu cair dalam mulut.
Nenas memang bagus sebenarnya... Ubat batuk dan Sakit Tekak yang mujarab. Kalau sakit tekak atau batuk tak berhenti... Makan aje nenas cicah dengan garam... Insha Allah... Dengan izin Allah... Boleh sembuh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mariafirdz.com/2019/04/cara-hilangkan-lidas-nenas.html