Cara Hapuskan Broken Link Di Blog
Cara Hapuskan Broken Link Di Blog | Anda ada sebuah blog tetapi adakah anda tahu berkaitan "Broken Link" ini. Saya rasa ramai yang tidak mempedulikan atau tidak ambil kisah dengan istilah ini. Apa pun alasannya, anda sebagai blogger seharusnya mengetahui berkaitan "Broken Link" atau "Pautan Rosak"
Broken Link
Cara Hapuskan Broken Link Di BlogAnda sebagai seorang blogger yang memiliki blog seharusnya kena tahu istilah berkaitan "Broken Link" atau "Pautan Rosak" yang ada di blog anda. Apa itu sebenarnya broken link dan bagaimana "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog" anda. Jangan biarkan broken link berada di dalam blog anda. Lakukan pemeriksaan dengan segera dan membuangnya sekerap yang mungkin
Boleh Baca Entri Berkaitan SEOEntri Terpantas Diindex Oleh Googlebot
Apa Itu Broken LinkBroken Link adalah pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda. Broken bermaksud mati, rosak, pecah dan link pula bermaksud pautan, tautan, jaringan, laluan. Pasti ada banyak link rosak ini berada di dalam blog anda dan ini akan menjejaskan SEO di blog anda. Biasanya kita jumpa dengan link ini dengan mendapat masej seperti berikut "Page Not Found", "Error 404 Not Found". Kalau dalam istilah bahasa Melayu ialah sejenis pautan yang rosak "Ralat", "404-Halaman Tidak Dijumpai"
A broken link is a link that doesn't work, often resulting in an error page. A broken link happens when the link points to a web page that has been deleted or moved. Why is it important to fix a broken link?Links that are broken will effectively stop search engines from completely indexing your website. Sumber.
Bagaimana Terjadinya Broken LinkBanyak terjadinya Broken Link yang boleh kita jumpai. Ia disebabkan oleh link tersebut telah berpindah ke blog lain, link terbabit telah delete/dihapuskan atau telah ditukar permalink kepada custom link atau blog mereka sudah tidak wujud lagi di arkib/database google search/engin carian Google
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghapuskan broken tersebut. Anda boleh menggunakan "Broken Link Checker Tool"
Cara Hapuskan Broken LinkAnda perlu membuang atau menghapuskan link rosak tersebut dengan menggunakan "Broken Link Checker Tool". Tool inilah yang paling terbaik dan ramai yang menggunakannya untuk menghapuskan link mati tersebut di blog mereka
Buka URL Broken Link Checker Tool.
Broken Link Checker Tool
Masukan URL Blog Anda di kotak seperti di atas "Enter your below (e.g www.example.com). atau Contoh: http://example.com.
Cara Masukan URL Blog di Broken Link Checker Tool
Masukan Security Code yang telah diberikan. Boleh lihat foto di atas. Kemudian klik di "Find broken links now!.
Tunggu sehingga siap. Dianggarkan 3 minit akan siap proses mencari link rosak di blog anda. Ia mengikut sebanyak mana entri anda yang berada di blog. Makin banyak entri/artikel semakin lama proses tersebut berjalan.
Broken Link Yang Siap Diproses
Jika dilihat kepada foto di atas, kita dapati ada 7 Broken Link yang ada semasa proses tersebut. Anda boleh tekan src untuk melihat link yang mata itu dan boleh membuangnya dengan cara edit balik entri tersebut di blog anda. Tajuk entri tersebut boleh dapat di atas pautan link tersebut setelah anda klik src (berwarna biru).
Keadaan Broken Link (ralat) Di Blog Anda
Apa yang perlu anda lakukan adalah lihat dahulu adakah ia tersenarai di artikel blog atau di bahagian komen blog anda. Jika di bahagian komen tidak perlu edit entri tersebut, cuma hapuskan komen yang ada error Broken Link tersebut. (boleh lihat di foto "Broken Link Yang Siap Diproses) dan jika ada di artikel blog, bolehlah edit balik tajuk entri terbabit yang menunjukkan ada Broken Link.
Tajuk Entri Ada Broken Link
Nak tahu boleh tengok dan baca error tersebut sepintas lalu adakah ia berkaitan komen atau link rosak yang ada di dalam blog anda. Biasanya ia berkaitan link atau backlink daripada anchor link, internal link, external link dan sebagainya.Bolehlah hapuskan apa yang error di mana-mana entri yang ada Broken Link. Ia perlu dilakukan satu persatu. Ia agak rumit dan memenatkan namun ia memberikan blog anda lebih mesra SEO dan jika tidak sukar entri anda berada di halaman google carian kerana terlampau banyak sangat link yang rosak tersebut.Setelah link mati tadi telah dihapuskan, cuba ulang kembali proses di "Broken Link Checker Tool".
Kesimpulan
Apa yang saya cubakan tunjukan tutorial ini adalah yang terbaik untuk memudahkan anda lakukan. Ini dikhaskan untuk pengguna blogspot. Bagi yang menggunakan Wordpress, pasti ada cara lain mereka lakukan. Mereka ada plugin untuk install/pasang di blog mereka. Kita sebagai pengguna platform Blogspot seharusnya menggunakan teknik ini
Semoga sedikit sebanyak dapat membuatkan blog anda bersih daripada "Broken Link" atau "Link Rosak" atau "ralat". Tidak faham boleh bertanya di menerusi Gmel:
[email protected]Jika tutorial ini "Cara Hapuskan Broken Link Di Blog" bermanfaat, bolehlah berkongsi ke rakan-rakan anda nanti. Semoga blog anda bebas link yang mati.
Jangan lupa baca "Istilah Berkaitan Blog Dan SEO", supaya lebih memahami lagi sitilah-istilah yang ada pada blog dan SEO
Sekian, terima kasih sudi membaca artikel ini sehingga habis. Jumpa lagi di lain entri. Semoga berjaya.....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://topseofriendly.blogspot.com/2016/01/cara-hapuskan-broken-link-di-blog.html