Cara Halang Blog Dari Kena Copy Paste Oleh Pembaca
Cara halang blog dari kena copy paste - Nak block blog dari kena copy paste? Boleh je, ada caranya. Terutama kepada peniaga di luar sana di mana artikel blog masing-masing ada hakcipta terhadap produk dan juga content. Kalau setakat blogger picisan yang berkongsi info biasa dan berita bersumberkan website rasmi berita, rasanya tak payah kot nak block orang nak copy paste. Biarlah depa nak kongsi berita-berita yang betul demi info kepada orang lain pula.
Tetapi citarasa dan hak setiap orang samada nak buat benda ni atau tidak. Terpulanglah
Bagi saya yang tak ada apa nak di block, terpulang kepada pembaca nak copy pastr entri dan sebagainya. Kerana, blog saya pun sekadar tulis info dan inspirasi. Jika rasa berguna.. boleh je nak copy paste dan sebarkan. Semoga lebih ramai yang boleh mendapat manfaatnya.
Cara Halang Blog Dari Kena Copy Paste Oleh Pembaca
Nak stop pembaca atau pengguna blog dari copy paste blog anda atau artikel anda senang je.
Salin code di bawah, dan salin di atas kode skin dalam template blog
Ini code nya yang anda kena salin
.post { -webkit-touch-callout:none; -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -ms-user-select:none; -moz-user-select:none; }.post blockquote,.post pre,.post code { -webkit-touch-callout:text; -webkit-user-select:text; -khtml-user-select:text; -ms-user-select:text; -moz-user-select:text; }
Contoh:
Masuk kat template blog
Cari code,
Salin code di atas betul-betul di atas ]]></b:skin> tersebut
Kemudian PREVIEW BLOG
Lihat hasilnya. Jika tiada sebarang error, boleh teruskan SAVE
Selamat mencuba.
Tapi saya tak buat kepada blog sebab blog saya memang public dan terbuka. Sesiapa nak copy paste boleh je, tak kisah lah korang inform saya atau tidak. Cuma jangan nak hack code blog saya dan kemudian spread virus ke apa ... itu memang saya marah!!
Template blog saya ni memang percuma, tetapi saya dah customize ikut style saya. So, harap tak ada yang kacau macam dulu hingga blog saya tak boleh buka. Hmm.. pengalaman yang amat perit tapi mendewasakan kita dalam berblog.
Bye😊😊Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2019/07/cara-halang-blog-dari-kena-copy-paste.html