Apa Itu Kutu Babi Dan Ketahui 9 Cara Untuk Cabut Kutu Babi Dengan Mudah
Apa Itu Kutu Babi Dan Ketahui 9 Cara Untuk Cabut Kutu Babi Dengan Mudah || Salam semua, dengar nama kutu babi, rasa geli pulak. Kutu babi atau nama lain tempiras, cengkenit, kalau orang Kelantan sini dah panggil "pirah". Kita dulu masa budak - budak geram tengok tempiras ni kat lembu atok haaa.
Biasalah budak kampung kan, gigih pergi cabut kat telinga lembu banyak sangat kena gigit kat situ, kasihan tengok lembu. Ganas time budak - budak ke lembu pun tak takut :D.
Dah lah binatang tu lepas hisap darah, jadi besar dan gemuk. Geram sangat. Masa tu tak terlintas langsung dah kot ada yang terlepas pandang, kutu babi ni merayap masa kita tak perasan mana lah tahu. Budak - budak kan.
Apa itu Kutu Babi ?
Kutu babi atau sengkenit adalah binatang parasit yang biasa ditemui di persekitaran kita. Kutu babi adalah arakanid kecil dalam keluarga Ixodoidea dalam kelompok hama. Ia merupakan ektoparasit ( parasit luaran ) yang hidup dengan menghisap darah pada mamalia burung dan juga manusia.
Pengalaman Sendiri Digigit Kutu Babi
Sebelum ni, dengar cerita orang jer yang mana pernah gigit kutu babi. Macam tak sangka pulak diri sendiri pun terkena jugak digigit kutu babi.
Buat kali yang pertama kena, biasanya kalau digigit kutu babi ni kita memang tak akan perasan, mesti ingat sakit lain, memang tak terlintas langsung rupanya ada kutu babi tengah gigit.
Sebelum ni kan adik yang terkena, dia sendiri cakap memang tak terlintas langsung dalam kepala, dia cakap ada berasa sakit, bila tidur baring sakit jer bahagian belakang. Rupa - rupanya ada kutu babi.
Kutu babi ni memang jenis spesis leper kalau tak kenyang lagi, halus sangat kalau nak nampak pun. Boleh bergerak dengan angin, tapi sekali ia jumpa mangsa dan gigit di kulit memang melekat susah nak cabut melainkan ada caranya.
Bercakap tentang pengalaman sendiri terkena dengan gigitan kutu babi. Tak pernah seumur hidup kena gigit dengan kutu babi. Mungkin faktor persekitaran di rumah kot, dikelilingi hutan sikit, jiran sebelah rumah tu jauh jugak tapi ada bela kambing.
Memang tak terlintas langsung sebab sakit kat bahagian atas siku sikit, semasa mandi sentuh - sentuh berasa pelik kenapa sakit, ingat takut jerawat badan, malam nak tidur tu, terlintas nak tengok betul - betul.
Oii rupanya kutu babi. Kutu babi ni halus sangat, sekali dah gigit kat tempat dia nak, memang melekat kat situ, kita pun tak perasan, bila badan dia dah nampak gemuk sikit, baru kita perasan.
Terus gelabah, takkan nak tidur sekali dengan kutu babi huu. Kita ambil minyak panas, sapu kat tempat kutu babi gigit. Ingat tak lama kutu babi tu nak jatuh, tapi tak jatuh - jatuh lagi. Degil sungguh ya.
Ambil keputusan tarik terus, entah mana lah datang berani tu, orang kata kutu babi tak boleh cabut terus sebab, dia dah gigit mencengkam masuk dalam kulit dah, kalau tarik cabut, nanti taring dan giginya tu tercabut dan tertinggal bawah kulit.
Tapi kita cabut jugak dah terpaksa rela huu. Tarik terus, terus ambil lenyek, suka hati nak hisap darah orang kan.
Kesan Lepas Digigit Kutu Babi
Lepas cabut buang, jangan kata tak ada kesan ya, lepas gigit. Ada kesannya, bekas tempat digigit tu seminggu rasa macam kebas macam kena cucuk.
Lenguh semacam jerr. Memang lama berasa sakit dan juga rasa gatal - gatal asyik nak menggaru jer. Bisa tak bisa kutu babi ni.
Kalau ada yang lebih teruk sampai ada yang demam digigit kutu babi ni. Kutu babi ni biasanya tempat yang dia suka gigit di celah - celah, contoh dalam telinga, tepi bahagian mata sikit, tempat - tempat tersorok.
Itu sebab orang tak perasan kan, tak terlintas langsung sakit apa, rupanya kena gigit kutu babi.Kena gigit hari tu nasib atas kat lengan sikit. Andai kata tak perasan sakit celah mana - mana lagi haru huu,
Ketahui 9 Cara Untuk Cabut Kutu Babi Dengan Mudah
Sebenarnya ada 9 cara mudah untuk cabut kutu babi. Ingat ya, kutu babi ni sekali dia gigit memang mencengkam kuat.
Dan ada cara dengan mudah nak cabut kutu babi ni. Sekiranya dah tak ada jalan lain, kutu babi tu degil sangat, boleh jumpa doktor ya. Jom kita baca apa cara yang mudah. Harap - harap salah satu item yang disebut di bawah ada kat rumah korang ya.
Point utama nak bagi kutu babi tu melepaskan gigitan dari kulit. Kena tunggu sehingga ia jatuh atau boleh juga cuba kita kuis sikit, kot tertanggal dengan mudah. Tapi kena perhati jugak sebaik saja jatuh terus bunuh kutu babi jangan bagi hidup.
Kena hati - hati sekiranya bahagian kutu babi gigit tu di celah - celah seperti dalam telinga, tepi mata ke. Tidak kira orang dewasa ataupun kanak - kanak. Kalau tak pun, boleh jumpa doktor.
1. Tembakau
Ambil sedikit tembakau dan lembapkan dengan sedikit air kemudian tekapkan pada tempiras atau kutu tersebut lebih kurang 20 saat hingga tempiras tertanggal atau mati. Boleh juga rendam tembakau dan titiskan air tembakau pada tempiras.
2. Minyak cap kapak
Letak sedikit minyak cap kapak pada kapas kemudian sapukan pada badan tempiras tersebut dan apabila tempiras tersebut rasa panas dia akan keluar atau mati.
3. Minyak gamat
Letak sedikit minyak gamat pada kapas kemudian sapukan pada badan tempiras tersebut.
4. Penyembur racun serangga
Sembur racun serangga seperti Ridsect/Shiedtox pada putik kapas kemudian letakkan pada kutu tersebut.
5. Minyak Tanah
Sapukan minyak tanah pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.
6. Cuka makan
Sapukan cuka pada tempiras dan tunggu sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.
7. Air Garam
Rendam bahagian yang digigit tempiras dalam air garam sehingga serangga tersebut melepaskan gigitannya.
8. Kapur sireh
Sapukan kapur sireh di tempat bahagian yang digigit kutu babi dan tunggu sehingga ia jatuh.
9. Bawa ke klinik atau hospital
Ini adalah cara terakhir jika keadaan terlalu kritikal. Kebiasaannya pihak hospital akan merujuk pada pakar telinga dalam masalah tempiras di dalam telinga. Doktor akan sembur sejenis cecair kedalam telinga dan menarik keluar tempiras tersebut.
Biasanya kalau dengar cerita jenis yang tak perasan, dah seminggu sakit, baru jumpa doktor.
Ibu bapa yang ada anak - anak, kena berhati - hati sentiasa pantau keadaan anak, sekiranya ada gejala seperti anak mengadu tak selesa di bahagian tertentu di badan, selalu asyik garu - garu, sakit bila sentuh. Sila lah tengok - tengok kot ada yang melekat.
Selalunya mesti rasa gatal - gatal, tapi kita dulu kena tak berasa gatal pun pelik huu, tiba - tiba jer rasa sakit.
Dan jangan lama - lama di badan, takut nanti kutu babi tu beranak pinak pulak. Maaf tau kalau gambar - gambar di atas nampak menggelikan. Lepas ni kena aware, kalau berasa gatal - gatal, first tengok check kot kutu babi huu.
Harap tak kena dah, seram pulak bila dah terkena sekali ni. :(
Baca sini >>> 5 Tips Cucian Muka Yang Berkesan
Baca sini >>> 9 Ciri - Ciri Krim Muka Yang Mengandungi Merkuri
Baca sini >>> Sakit Bunion || 7 Sebab Kenapa Rawatan Awal Perlu Dilakukan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/07/apa-itu-kutu-babi-dan-ketahui-9-cara-untuk-cabut-kutu-babi-dengan-mudah.html