Tips Blog Cara Buat Entri Personal Laku Keras Sampai Beribu Pageviews
Tips blog: cara buat entri personal laku keras sampai beribu pageviews! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Disebabkan ada blogger yang menulis entri personal; termasuk saya (walaupun bukan selalu) so harini saya nak share tips 'sikit' how to attract people to read entries yang 'genre' nya adalah lebih kepada berbentuk personal.
Personal ni sebenarnya ada banyak cabang. jangan ingat personal ni hanya 'kaku' dan terikat pada satu tempat je. jangan ingat personal ni pasal diri sendiri buat aktiviti harian sahaja. jangan ingat kalau entri personal je.. mesti bosan, boring, bosan, boring, bosan dan boring. nope.
Kita kena buang mindset bahawa entri personal ni "hmmm confirm lah tak ramai orang nak baca!". nope. buang buang fikiran begitu.
In fact, entri personal ni ada kekuatan dia yang tersendiri. its just we have to know and learn how to takle it.
how to make it powerful?macam mana cara nak bagi orang klik baca?macam mana cara nak bagi melekat di Google?macam mana nak jadikan ianya sentiasa dicari orang ramai?apa caranya untuk buatkan entri personal cecah more than 100 or lebih 1,000 views?
Cuma .. suka untuk saya ingatkan.. benda ni take time. Tapi, kalau nak kesan yang cepat, sangat digalakkan untuk share di banyak banyak group Facebook (FB).
Kalau malas atau sibuk sangat sangat sampai takde masa nak share kat FB, its okay. just let it be. dan kena sabar lah untuk keyword entri tu naik di Google. hahaha.
tips blog cara buat entri personal hits! | image: GoogleMungkin ada yang macam "eleh dia ni. banyak cakap. dia pun tak banyak entri personal". Ada ke yang nak tanya macam tu kat saya? hahhaa. Kalau ada, my answer is.. first of all, blog saya ni adalah lifestyle blog. So mesti la campur-campur hahaha.
Second, saya TAKKAN share tips blog yang saya tak buat sendiri. Disebabkan ada entri personal saya yang hits & dapat ribu riban views lah, saya nak kongsi sedikit tips kepada semua.
Antara entri personal saya yang sudah cecah beribu views (PV):
TEST JPJ KU GAGAL SEMALAM! (PV 44,164) LINK
hajat di hati nak buka akaun Maybank tapi tidak kesampaian~ (PV 42,465) LINK
Yeayy Lesen Memandu P dah siap buat! (PV 36,725) LINK
Pengalaman Praktikal di Bank Rakyat Seremban (PV 6,748) LINK
Duit BSH Fasa 2 2019 (RM150) dah masuk akaun CIMB (PV 6,582) LINK
Study di Matrikulasi.. senang ke susah? (PV 5,979) LINK
nervous nak interview di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) (PV 2,104) LINK
"kalau jumpa telur lipas, pecahkan dia" (PV 1,888) LINK
melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PV 1,456) LINK
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
tips blog entri personal
Tips blog: cara buat entri personal laku keras sampai beribu pageviews!
Entri personal ni sangat banyak cabang dan ranting nya
- pengalaman, cerita apa yang kita buat seharian, tips atau 'rahsia' yang kita amalkan, benda yang baru sahaja terjadi kat diri sendiri, cerita kita pergi trip/travel/melancong, cerita seram/pelik yang pernah kita lalui dan macam macam lagi.
'RESEPI' (TIPS):
'Bahan-bahan' dan 'perencah' (point):
1. kena kreatif dan bijak selitkan content entri personal dengan tips, info yang tengah hot atau berita semasa yang sedang ramai orang bualkan.
2. tajuk pun kena catchy, menarik, tertarik, kau memang dabom! ehh lagu Ruffedge pula haha. (yang penting, tajuk jangan lebih 12 patah perkataan tauuu - for good SEO)
3. banyakkan keyword - boleh tengok di 'related search Google'.
CONTOH KEYWORD4. WAJIB letak gambar. (jangan lupa kecilkan gambar di Compress Image sebelum upload di blog. supaya blog tak berat)
5. digalakkan untuk tulis panjang-panjang. nak tulis pendek pun boleh tapi kalau boleh jangan lah pendek sangat (except wordless entri) & banyakkan masuk keyword yang 'mengena'.
Cara-cara 'menggoreng' (penerangan lebih jelas untuk pointss di atas):
Okay point 1 & 2 tu saya gabungkan explaination ye. Susah saya nak terangkan sebenarnya hahaha so..
saya bagi idea tajuk dan isi apa yang boleh masukkan jela eh supaya nampak gambaran apa yang saya cuba nak sampaikan.
CONTOH tajuk entri personal (idea tajuk ni 100% ori datang dari kepala saya ye haha) yang ada kaitan dengan cerita semasa atau kisah viral yang boleh anda buat:
1. ramai dah dapat duit BSH, akaun maybank saya belum lagi!
Okay entri ni contoh lah kalau kita buat time duit fasa 2 BSH sudah diagihkan dulu.. dan share di group-group FB.. percayalah. Mesti laku keras! Lagi-lagi orang yang sama nasib dengan kita.. lagi lah ramai yang klik.
2. 10 kali gagal temuduga kerja, akhirnya lulus!
Entri ni boleh ceritakan 10 temuduga tu kat mana, kerja apa. Kenapa boleh gagal. Selitkan juga tips lulus temuduga, apa do & don't semasa interview. Suggest website yang boleh dipercayai untuk orang ramai cari kerja atau jawatan kosong. Yelah sekarang kan memang ramai orang yang sedang mencari kerja terutamanya lepasan graduasi (fresh graduate).
3. 'senang' je jawab 100 soalan ujian PTD!
'senang' means senang in sarcasm. Sarkastik senang = susah atau senang sebab main tembak je hahaha.
Orang yang pernah jawab soalan PTD je faham betapa menipunya statement tu hahaha. okay entri ni kita cerita lah pengalaman kita ambil test PTD. susah ke tak. kalau susah, kenapa susah? apa contoh soalan susah? kalau senang dan lancar jee jawab, apa yang senang? contoh soalan senang? ada tips atau persediaan apa apa ke sebelum ujian PTD tu?
Jangan terkejut kalau entri personal yang menceritakan pengalaman kita sendiri boleh hot di Google. as we know, memang ramai orang yang ambil test berkomputer PTD. and mereka mungkin search 'tips jawab soalan PTD' or something like that. kalau kena dengan keyword, tak mustahil boleh hits!
4. pengalaman pernah kena curang selama 5 kali!
Maybe entri ni boleh 'meletop' ketika selebriti terkenal dicurangi suaminya? Dalam entri ni selain dari share pengalaman kena curang, boleh selitkan juga cara untuk move on atau tips move on dengan mudah.
Tak cukup dengan tu, masukkan juga tanda-tanda pasangan curang, tanda-tanda lelaki ada 'pasang' lain atau cara detect pasangan tiada 'hati' lagi dengan kita. And beri nasihat ke, dorongan ke. Quotes. Ayat Quran, hadis atau kata hikmah untuk menenangkan orang yang sedang frust selepas break up.
Nampak tak? Entri personal boleh selit macam-macam benda. Padahal topiknya satu sahaja - curang. Asalnya cerita sedih nak cerita pasal kita kena curang, tapi kita panjangkan lagi dengan tips, pengajaran dan kata-kata semangat akhirnya.
Percayalah.. entri macam ni lah orang ramai suka search kat Google tau. pasal hati dan perasaan. pasal relationship antara lelaki dan perempuan.
5. tak pandai semasa di sekolah, tapi sekarang gaji lebih 4K!6. lepas SPM, sambung matrikulasi.. dapat pointer tinggi!7. tak sangka dapat pointer 3.5 semasa di Universiti8. selalu kena buli dan perli, sekarang saya berjaya!9. gagal di sekolah, tak bermakna gagal selama-lamanya10. dapat pointer rendah, tapi sekarang kerja gaji beribu11. sambung belajar dalam bidang tak minat tapi......12. menyesal tak sambung belajar!13. cara saya study di Universiti sehingga dapat pointer tinggi14. tak hebat pelajaran di sekolah? sama lah kita tapi.....15. diploma tak perform tapi berjaya dapat kerja best!
5-15 tu CONTOH tajuk je tau haahha. Actually semuaaaa tajuk dan isi no.1 hingga 15 ni adalah just contoh idea dalam otak saya sendiri. Just from my imagination and suggestion. Just nak bagi idea dan 'jalan' yang jelas pada korang macam mana cara nak tackle entri personal supaya ramai orang cari.
Macam idea no.5-15 tu. student sekarang kan ada sesetengahnya ada yang kureng pandai dan ada setengahnya dah pandai tapi tak tahu cara nak survive belajar selepas sekolah menengah.
Cuba bayangkan mereka macam unsecure and don't know what to do in their future. Nak jadi apa? Nak kerja apa? Lepas habis SPM, nak buat apa? Kat matrik, macam mana nak jadi hebat? Life as a student Universiti, apa yang perlu dititikberatkan supaya jadi pelajar yang boleh skor dalam course mereka.
So, bila mereka search di Google untuk dapatkan idea apa yang perlu mereka buat... akan jumpa lah entri entri yang sebegitu. Entri-entri tu adalah berbentuk personal; menceritakan pengalaman kita sendiri tapi dalam pengalaman tu, kita share seberapa banyak cara, tips, info, fakta, nasihat dan apa saja yang kita nak 'adik-adik' generasi masa hadapan tahu.
Senang cerita.. entri macam tu tak lapuk dek zaman lew hehe.
16. cara bezakan lelaki sejati dan lelaki yang........... ehem!
Okayyyyyyyy mungkin sensitif sikit la topik ni sebab melibatkan seksualiti orang lelaki (gay, bi). Tapi truthfully, idea ni kan dah lama saya fikirkan tau hahaha. Disebabkan saya tak tahu apa caranya untuk bezakan. Dan sebab saya bukan lelaki HAHAHAH so I don't know.
Tapi I think topik ni mungkin orang yang ada 'ilmu' atau sense macam mana nak bezakan.. boleh la buat. Atau orang yang ada pengalaman sekeliling? Boleh la share kot. Demi agama, bangsa dan negara. Ehh. haha
17. mencuba cendol durian viral RM100.. sedap ke tak?18. cuba resepi Azlina Ina.. ramai puji sedap!19. anak bawa bekal makanan sedap dan menyihatkan!20. 20 menu makanan popular yang saya selalu jumpa di rumah terbuka! [KOLEKSI]
No.17-20 ni contoh untuk mereka yang suka memasak, suka makan dan suka mencuba sesuatu yang baru.
Okay.. kalau nak list idea tajuk sebenarnya memang banyak, sampai esok tak habis hahaha. Yang saya terangkan atas ni untuk point 1 & 2 je tau haha.
BACA JUGA:macam mana nak kembangkan isi sesuatu content entri blog? try these tips...
Conclusionnya.. entri personal ni kita boleh gain views yang banyak tapi tu lah yang tadi tu. Yang saya terangkan kat atas tu haha.
And..
Lagi sekali saya nak tekankan dan ingatkan.. benda ni take time.
Tapi, kalau nak kesan yang cepat, sangat digalakkan untuk share di banyak banyak group FB.
Kalau malas atau sibuk sangat sangat sampai takde masa nak share kat FB, its okay. just let it be. dan kena sabar lah untuk keyword entri tu naik di Google. hahaha.
Teruskan usaha, usaha, usaha dan usaha. Cuba update setiap hari satu entri (lebih banyak lebih baguih), kalau ada masa share entri di group FB, doa dan tawakkal tu 'ala ALLAH.
Don't give up! Chaiyok! Fighting! Hehehe.
Okay itu sahaja.
Moga bermanfaat! Sharing is caring!
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:Tips blog: macam mana cara nak dapat pageviews blog berjuta-juta?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/07/tips-blog-cara-buat-entri-personal-laku.html