Cara Daftar Spa9 Cara Mohon Kerajaan Kerajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam



Disini kami akan tunjuk bagaimana cara daftar SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dengan langkah beserta gambar yang anda boleh ikut pada tahun 2024 ini. Supaya anda juga boleh mendaftar dan memohon pekerjaan dengan betul mengikut ruang dan format yang disediakan oleh pihak SPA.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menerbitkan portal rasmi bagi rakyat Malaysia lebih mudah memohon pekerjaan di dalam sektor Kerajaan.
Erti kata lain, jika anda mahu bekerja di dalam sektor Kerajaan, anda mestilah memohon pekerjaan tersebut melalui portal rasmi SPA sahaja. Semuanya hanya berlaku secara online.
Jadi kepada mereka yang mula mahu membuat pendaftaran di portal rasmi SPA, disini kami akan tunjukkan cara untuk melakukannya.
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menyediakan platform khas bagi permohonan kerja di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9). Disini segala maklumat yang diperlukan, anda harus isi dengan lengkap.

Platform SPA9 ini juga tempat untuk anda memohon pekerjaan Kerajaan. Caranya sedikit berbeza dengan cara permohonan di pautan-pautan lain.
Baca Juga : Pengalaman UKJK PTD 2019
Setiap pemohon hanya dikehendaki mengisi dengan teliti dan sempurna semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan iaitu secara online sahaja.
Sesiapa sahaja layak untuk mendaftar akaun SPA selagi mereka warganegara Malaysia. Bukan Ijazah sahaja yang layak, Diploma, SPM, STPM, PMR, PT3, SRP juga layak untuk membuat permohonan dan pendaftaran SPA.
Bagi sesiapa buat pertama kali ingin membuat pendaftaran di pautan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9), disini kami akan tunjukkan caranya.
Selain itu, kami juga akan tunjukkan panduan bagaimana mahu membuat permohonan pekerjaan SPA dengan cara yang betul juga di dalam pautan SPA9 yang sama. 
Cara Membuat pendaftaran SPA9 Tahun 2024  Cadangan 
Pihak SPA mensarankan kepada semua pemohon supaya hanya menggunakan browser Google Chrome atau Internet Explorer 10 ke atas sahaja untuk membuat Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)
 Langkah 1 
Pergi ke laman web terbaru SPA9 di asdsd
Kemudian pilih dan tekan Daftar MYID Baru

 Langkah 2 
Dibahagian ini, anda diminta untuk masukkan maklumat asas pemohon, soalan keselamatan dan maklumat kata laluan. Pastikan semua maklumat adalah betul.
Pastikan alamat emel yang digunakan aktif setiap masa. Ini kerana segala keputusan permohonan akan dihantar melalui emel yang anda daftar tersebut. No kad pengenalan dan kata laluan (password) akan digunakan setiap kali anda mahu log in portal SPA9 ini.
Setelah siap, tekan butang DAFTAR

 Langkah 3 
Selepas itu anda akan dibawa ke bahagian Maklumat Pemohon (pemohon).
Disini anda diminta melengkapkan borang pemohon dengan lengkap dan maklumatnya mestilah tepat dan betul berkaitan diri anda. Ikut sahaja arahan yang diberi. Ingat! jangan memberi maklumat palsu ketika anda mengisi borang pendaftaran SPA9.
Setelah siap, klik butang SIMPAN

 Langkah 4 
Kemudian pergi ke bahagian Maklumat Akademik.
Disini anda diminta untuk masukkan semua maklumat akademik anda bermula daripada PT3 atau PMR sehingga ke tahap pendidikan anda yang paling tinggi. Jika anda mempunyai sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Mudah atau Ijazah sehingga tertinggi ke PhD. Sila masukkan maklumat tersebut.
Selain itu jika anda ada sijil profesional pun, anda boleh masukkan di bahagian yang disediakan.
Setelah siap, klik butang SIMPAN


 Langkah 5 
Langkah seterusnya adalah di bahagian Maklumat Ko-Kokurikulum.
Disini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian Sukan dan Persatuan/Kepimpinan. Anda boleh masukkan semua maklumat daripada peringkat sekolah sehinggalah peringkat tertinggi iaitu antarabangsa.
Sebaiknya segala maklumat yang diisi dibahagian Ko-Kokurikulum, anda mempunyai sijil daripada aktiviti tersebut. Ini memudahkan jika temuduga diadakan kelak.
Setelah siap, klik butang SIMPAN

 Langkah 6 
Kemudian pergi ke bahagian Maklumat Tambahan. Disini akan memberi nilai tambah kepada pemohon jika mereka mempunyai apa-apa maklumat tambahan diri.
Bahagian ini, anda boleh masukkan maklumat seperti Bakat, Kebolehan Bahasan, Bekas Tentera/Polis dan Penerima Bantuan/Kurang Upaya. Jika tiada maklumat tambahan yang ingin diisi, anda boleh pergi ke bahagian Tiada Maklumat Tambahan dan tekan butang disitu.
Setelah siap, klik butang SIMPAN

Cara Memohon Jawatan SPA8i Peringatan Awal 
Sila baca dan fahami Pengumuman Penting Mengenai Permohonan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9)
Jumlah keseluruhan JAWATAN SPA yang dipilih mestilah tidak melebihi 15 jawatan. CONTOH : Jika kelayakan akademik adalah SPM, jawatan SPM + SEPARA + BAKAT = 15 jawatan sahaja
Anda boleh pecah-pecah mengikut taraf akademik anda dengan hanya mengikut taraf one step down. Contoh : Jika kelayakan tertinggi akademik adalah Ijazah, jawatan yang layak memohon adalah Ijazah dan juga Diploma/Matrik/STPM sahaja.
Sila baca Maklumat Jawatan IJAZAH di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan tuan/puan memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
 Langkah 7 
Pergi ke bahagian Jawatan Dimohon (Jawatan SPA) dan klik.
Sebagai contoh disini, jika kelayakan tertinggi anda adalah Ijazah, hanya diberikan kolum, Ijazah, Diploma dan juga bakat. Disini anda boleh pilih 15 jawatan (campur-campur) dengan cara pilih mana-mana jawatan klik anak panah ke kanan. Jika anda mahu buang jawatan tersebut, klik anak panah ke kiri.
Selepas selesai, anda perlu memilih pusat termu duga yang berhampiran dengan anda. Sebagai pertukaran pusat temu duga tidak akan dilayan oleh pihak SPA jika anda dipanggil kelak.
Sudah selesai, anda klik SIMPAN

Langkah 8 
Selesai membuat permohonan, anda perlu pergi ke bahagian Pengakuan Pemohon
Sinilah langkah terakhir sebelum anda hantar permohonan anda. Disini juga akan dipaparkan semua maklumat asas diri dan juga semua senarai jawatan yang anda pohon di  Langkah 7 . Anda perlu semak semua maklumat seperti nama dan no kad pengenalan, pastikan maklumat tersebut betul.
Jika semua maklumat itu betul, akhirnya anda perlu tandakan SAYA SETUJU di bahagian bawah dan klik butang HANTAR.
Permohonan anda telah berjaya.

 Semakan Permohonan 
Langkah akhir ini hanya semakan permohonan sahaja. Segala maklumat berkaitan jawatan tersebut akan dipaparkan disini.
Dibahagian inilah anda perlu semak setiap masa anda log in portal SPA8i. Disini juga akan dipaparkan adakah anda layak untuk melalui proses temu duga jika ada jawatan kosong diiklankan. Jika tidak layak, juga diberi tahu sebabnya.

Cara Ketahui Iklan Jawatan Kosong SPA Jika pada tahun 2009 yang lalu, iklan jawatan kosong SPA hanya disiarkan di akhbar, tetapi kini tidak lagi. Bagi tahun 2024 dan seterusnya, segala iklan kekosongan jawatan anda boleh semak di portal rasmi SPA di :
Portal Rasmi SPA : Iklan Peluang Kerjaya 
Laman Facebook Rasmi SPA :  Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Segala maklumat dan butiran iklan kekosongan jawatan, anda boleh lihat di pautan tersebut. Semua permohonan jawatan tersebut hanya valid selama setahun sahaja. Jadi selepas setahun anda perlu memohon jawatan itu semula.
Selamat memohon kepada mereka yang baru sahaja mendaftar di portal SPA8i. Diharap panduan ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada pemohon dan calon.
Jangan lupa kongsikan panduan ini kepada rakan anda serta dimana-mana platfom media sosial seperti Facebook dan Twitter. Agar bermanfaat kepada orang lain juga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2019/10/cara-daftar-spa-dan-spa8i.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Biaya Kos Rawatan Penjawat Awam Pesara Negeri Di Sasmec Iium

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Biaya Kos Rawatan Penjawat Awam Pesara Negeri Di Sasmec Iium

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 77 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersetuju membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri di Sultan Ahmad Shah Medical Centre Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini berkuat kuasa mulai bulan ini Menteri Besar Datuk S...
Panduan Dan Cara Daftar Cidb Online Serta Cara Renew Cidb Online

Panduan Dan Cara Daftar Cidb Online Serta Cara Renew Cidb Online

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 98 hits
pastinya sentiasa dicari cari oleh mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang binaan Anda perlu mendapatkan kad hijau CIDB terlebih dahulu sebelum meneruskan pekerjaan Sebelum mereka dibenarkan mengikut undang undang Malaysia untuk b...
Kerajaan Madani Bagi Duit Untuk Bayar Gaji Kakitangan Negeri Lepas Tu Habis

Kerajaan Madani Bagi Duit Untuk Bayar Gaji Kakitangan Negeri Lepas Tu Habis

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 87 hits
Sham Ghaz Kerajaan Madani bagi Terengganu RM276 3 juta dan Kelantan dapat RM58 6 juta antaranya untuk Kerajaan Negeri bayar gaji kakitangan Bulan 4 dah habis duit dah Kerajaan Negeri
Kerajaan Leka Dan Seronok Lagi Ya Relax Ja

Kerajaan Leka Dan Seronok Lagi Ya Relax Ja

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 117 hits
Mohd Fairul Al Qasas Agenda ghuluw dan khawarij pihak tertentu semakin berjaya Pakej pertikaikan YDPA sekali Mudahnya bertanya siapa tuhan kamu Orang tu jelaskan panjang lebar sebab tali tu halus bila dicetak nampak terputus walhal tidak De...
Sengetnya Pemikiran Takkan Dah Siap Nak Runtuh Ianya Diputuskan Oleh Kerajaan Madani

Sengetnya Pemikiran Takkan Dah Siap Nak Runtuh Ianya Diputuskan Oleh Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 112 hits
PMX merasmikan TRXAbu MiskatJika kita baca komen warganet di portal Awani ini kita dapat melihat kroniknya pemikiran rakyat yang tercandu dengan politaik Mereka menyindir dan memperli PMX yang pergi merasmikan mercu tanda baru negara itu sa...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free