Cara Daftar Partner Foodpanda
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Anda pemilik kedai makan atau restoran dan ingin menambah pendapatan di Foodpanda, berikut adalah cara-cara mendaftar sebagai partner Foodpanda.
Sebelum itu, jom kita kenal dulu dengan Foodpanda. Foodpanda merupakan sebuah laman membeli makanan secara atas talian yang popular, dimana pelbagai jenis makanan, banyak restoran dan kedai makan menjadi sebahagian daripada partner Foodpanda
Lebih ramai pelanggan dan rakyat Malaysia terutamanya yang berada di bandar memilih untuk membeli makanan secara online kerana ia lebih mudah dan senang. Cara pembayaran pun pelbagai dan penghantaran yang pantas juga salah satu sebab membeli makanan melalui Foodpanda adalah pilihan utama
Pelbagai jenis perniagaan makanan telah bekerjasama dengan Foodpanda sama ada warung, kedai makan dan sebagainya. Foodpanda juga bekerjasama dengan rangkaian restoran makanan segera (fastfood) yang popular seperti McDonald's, KFC, Texas Chicken, Subway, Pizza Hut, dan pelbagai lagi!
MENJADI PARTNER FOODPANDA
Sekiranya anda mempunyai perniagaan makanan, tidak kiralah restoran, gerai mahupun warung, anda disarankan untuk mendaftar sebagai partner Foodpanda
Sebagai partner Foodpanda, apa yang anda perlukan hanya menyiapkan pesanan yang telah dipesan oleh pelanggan dan kemudiannya rider Foodpanda akan datang ambil pesanan tersebut dan hantar kepada pelanggan sehingga ke depan pintu rumah mereka berdasarkan alamat yang diberi.
Bila anda sudah mendaftar dengan Foodpanda sebagai partner, anda bolehlah menjana pendapatan yang lebih dengan Foodpanda bahkan mungkin lebih banyak berbanding sebelum menjadi partner Foodpanda!
Berminat nak menjadi partner Foodpanda, mudah sahaja! Berikut adalah cara-caranya
CARA DAFTAR FOODPANDA (RESTORAN & KEDAI MAKAN)
👉Layari laman web Foodpanda yang disediakan khas untuk restoran dan kedai makan di https://www.restaurant.foodpanda.my/ .
👉Scroll ke bahagian bawah dan anda bolehlah mula mengisi borang yang terdapat disitu
👉Di bahagian Business Type, sekiranya anda pemilik restoran atau kedai makan, anda bolehlah memilih butang Restaurant
👉Di ruangan Cuisine - Jenis Masakan, anda boleh pilih makanan yang anda jual berada di kategori mana, sama ada Asian, Burgers, Cakes & Bakery, Halal dan sebagainya
👉Kemudian dibahagian seterusnya masukkan nama restoran atau kedai makan anda dengan betul
👉Seterusnya dibahagian City - Bandar, pilih bandar tempat restoran atau kedai makan anda beroperasi
👉Masukkan alamat kedai perniagaan anda dengan betul dan tepat
👉Di bahagian First Name/ Nama Pertama dan Last Name/Nama Keluarga, anda bolehlah meletakkan nama anda diruangan ini.
👉Kemudian masukkan nombor telefon anda yang aktif dan yang dapat dihubungi
👉Masukkan alamat emel anda yang betul pada ruangan Email
👉Di bahagian purata hidangan makanan, anda bolehlah memilih purata yang tepat mengikut petunjuk yang telah diberi ($ kurang daripada RM15, $$ antara RM15 - RM30, $$$ lebih daripada RM30)
👉Kemudian anda perlu mengupload salinan menu anda dalam bentuk soft copy. (Format fail tersebut hanya boleh dalam bentuk Microsoft Word, Excel sheet dan PDF sahaja). Ada link yang disertakan memberikan penerangan lebih lanjut tentang apa yang perlu diletakkan dalam fail menu tersebut
👉Anda juga boleh mengikut format yang disediakan oleh Foodpanda dengan hanya menekan bahagian menu template
👉Dah siap semuanya, anda bolehlah menekan butang Submit Form
👉Siap! Anda dah berjaya dalam pendaftaran anda
KEMUDIAN, APA SETERUSNYA ?
Berikut adalah langkah-langkah dalam menjadi partner Foodpanda
✅Mendaftar dan mengisi borang online
✅Menunggu kelulusan✅Pihak Foodpanda akan menghantar kontrak kepada partner
✅Kontrak ditandatangani
✅Partner akan menghantar preview menu kepada Foodpanda
✅Foodpanda akan terima dan mereview menu yang diberi oleh partner.✅Partner akan menerima peranti Foodpanda
✅Partner akan menerima latihan melalui panggilan telefon
✅Restoran dan kedai makan partner akan dipamerkan LIVE di applikasi Foodpanda
Setelah anda berjaya dalam pendaftaran, seterusnya pihak Foodpanda akan mereview sama ada perniagaan anda diberi kelulusan atau tidak. Jika lulus, seterusnya, pihak Foodpanda akan menghantar kontrak untuk anda tandatangani
Kemudian anda akan menerima preview menu anda yang akan dipamerkan di applikasi Foodpanda. Anda juga akan menerima peranti daripada Foodpanda untuk digunakan nanti. Seterusnya sesi latihan akan dijalankan
Apabila semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah, kedai makan atau restoran anda akan dipamerkan secara LIVE di laman Foodpanda!
BACA : Cara Mendaftar dan Berniaga di Lazada
DAFTARLAH SEGERA!
Mudah je kan cara menjadi partner Foodpanda? In shaa Allah semoga dengan perkongsian ini anda bolehlah mula menjana pendapatan melalui Foodpanda dan dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk mencuba makanan di kedai makan atau restoran anda. Mana tahu mungkin daripada applikasi Foodpanda anda bakal mendapat pelanggan tetap
Jangan lupa untuk daftar dengan Foodpanda dan menjadi partner mereka disamping menjana pendapatan!
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2020/11/cara-daftar-foodpanda-partner-merchant.html