Daftar Bpr Cara Daftar Bantuan Prihatin Rakyat
DAFTAR BPR: CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Seperti biasa,apabila kerajaan menyalurkan bantuan kewangan, maka kerajaan akan melancarkan sebuar portal untuk memudahkan urusan pendaftaran.
Contohnya portal BPN,GKP dan akan datang adalah portal BPR.
Kita sedia makluman bahawa Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat bermula Januari 2021, dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.
Maka,penerima yang layak BPR berdasarkan syarat kelayakan seperti pendapatan bulanan, bilangan anak dalam sesebuah keluarga dan status perkahwinan.
Siapakah yang layak menerima BPR? Sila rujuk SEMAKAN KELAYAKAN BPR 2021
ADAKAH PEMOHON PERLU BUAT PENDAFTARAN/PERMOHONAN BPR 2021?
Kita sedia maklum bahawa,pihak LHDNM telah mempunyai data pemohon melalui portal BSH dan BPN,ia boleh diserap dan dirujuk berdasarkan data portal tersebut.
CARA DAFTAR BPR 2021
Setakat ini, belum dilancarkan lagi portal BPR.Berikut adalah persediaan dari segi maklumat untuk membantu anda membuat pendaftaran dan permohon baru BPR 2021.
Berikut adalah dokumen yang diperlukan:
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Status perkahwinan
Bilangan anak
Nama dan nombor akaun bank
Pastikan maklumat yang dilengkapkan tepat dan betul.
SENARAI KATEGORI BPR 2021
Berikut adalah senarai kategori BPR 2021:
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM4,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan disalurkan, manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.
ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM4,001 HINGGA RM5,000
Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000 ringgit. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM750 kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.
BUJANG BERPENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH
Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah pula, akan menerima bantuan RM350.
Tidak sekadar itu, had umur kelayakan individu bujang diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.
SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN RAKYAT
Apakah itu BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH.
Bilakah BPR diperkenalkan?
Semasa pembentangan bajet 2021
Adakah perlu membuat permohonan baharu?
Dirujuk menggunakan databse BSH sebelum ini.
Apa yang perlu saya lakukan untuk mendaftar BPR?
Bersabar dan tunggu tarikh buka pendaftaran BPR
Apakah nama portal untuk daftar BPR?
Akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Bila tarikh boleh apply BPR?
Tarikh untuk apply BPR masih lagi belum diumumkan
The post DAFTAR BPR: CARA DAFTAR BANTUAN PRIHATIN RAKYAT appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/daftar-bpr-cara-daftar-bantuan-prihatin-rakyat.html