Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn


Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e-Filing 2025
e-Filing akan bermula 1 Mac ini. Sebelum boleh buat e-Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu.
Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN?
Adakah anda layak dikenakan cukai?
Tahukah anda, kebanyakan bantuan Kerajaan juga akan disalurkan dengan rekod percukaian anda.
Daftar cukai LHDN tidak bererti anda perlu membayar cukai. Ini kerana anda hanya MELAPORKAN pendapatan anda, jika mencecah kadar tertentu, maka barulah perlu bayar cukai.
Terkini, difahamkan segelintir rakyat Malaysia tidak lulus bantuan eMadani RM100 kerana tidak melaporkan pendapatan. Rugi kan?
Jadi, jom ketahui lebih lanjut tentang persoalan ini dan panduan daftar cukai LHDN melalui artikel ini.
Siapa Perlu Bayar Cukai & Daftar LHDN Seseorang perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya individu tersebut adalah seorang :
Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM 37,333 (selepas potongan KWSP) Individu yang menjalankan perniagaan perseorangan Individy yang menjalan perniagaan perkongsian bersama dua atau lebih pihak Berikut merupakan ambang jumlah pendapatan individu TIDAK DIKENAKAN CUKAI mengikut jenis taksiran:
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada HASiL. 
Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat Lapor Pendapatan Tahunan Bayar Cukai Pendapatan KENYATAAN MEDIA: PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2025
28 FEBRUARI 2025
Cara Daftar Cukai & e-Filing LHDN 2025 Nak declare income tax perlu submit borang cukai B atau BE. Berikut dikongsikan cara untuk daftar LHDN terlebih dahulu.
LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN Kena ada nombor cukai pendapatan. Kalau tak tahu boleh semak dahulu.
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
i) PENDAFTARAN ONLINE
dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :
Kad Pengenalan (IC) bagi warganegara Malaysia Pasport bagi bukan warganegara Malaysia Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan) ii) PENDAFTARAN MANUAL
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
Manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut
Borang CP600 (boleh dimuat turun daripada Borang > Muat Turun > Pendaftaran) Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot) Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan) Penyata pendapatan/slip gaji LANGKAH 2 : DAPATKAN NO PIN MYTAX HASIL Jika belum mempunyai sijil digital, mohon melalui salah satu kaedah berikut:
e-CP55D: Mohon terus melalui laman web MyTax. e-KYC: Pengecaman wajah menggunakan aplikasi mudah alih. Langkah untuk memohon menerusi laman web MyTax adalah seperti berikut:
Layari laman web https://mytax.hasil.gov.my Sila Pilih Jenis Pengenalan Masukkan nombor pengenalan dan klik “Hantar”. Paparan “ Sijil Digital Tidak Wujud “ akan dipaparkan. Sila pilih e-CP55D – Borang permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian melalui laman web MyTax Lampirkan salinan kad pengenalan bewarna muka hadapan dan belakang dan klik hantar Sila semak email dan klik link yang diberi dan buat kata laluan. Sila aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
Info tambahan : Untuk peniaga Enterprise, daftar di bawah Borang B iaitu individu. Borang BE untuk yang bekerja makan gaji.
Sila rujuk manual penuh :
Panduan Pengguna (Web)Download Panduan Pengguna (Mobile)Download LANGKAH 3 : LOG MASUK KE MYTAX
Pergi ke laman web MyTax (https://mytax.hasil.gov.my). Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan. Klik butang Log Masuk. LANGKAH 4 : ISI BORANG E-FILING 2025
Setelah log masuk, cari menu e-Filing dan klik e-Borang Tahun 2024. Anda akan dibawa ke halaman Borang Nyata Individu. Lengkapkan borang dalam lima bahagian utama: Bahagian 1: Maklumat Peribadi Pastikan nama, alamat, nombor IC, nombor telefon dan e-mel adalah betul. Pilih kategori cukai individu (contoh: pekerja makan gaji, bekerja sendiri, perniagaan). Bahagian 2: Pendapatan Masukkan jumlah pendapatan tahunan berdasarkan penyata gaji (EA Form) atau sumber lain. Jika bekerja dengan lebih daripada satu majikan, pastikan semua pendapatan dimasukkan. Bahagian 3: Pelepasan Cukai Isi semua pelepasan cukai yang layak seperti perbelanjaan perubatan, pendidikan anak, pembelian komputer, insurans hayat, dan caruman KWSP. Rujuk senarai pelepasan cukai terbaru untuk memastikan tiada yang terlepas. Bahagian 4: Cukai Kena Bayar atau Lebihan Bayaran Sistem akan mengira jumlah cukai yang perlu dibayar atau jika terdapat lebihan bayaran. Jika ada lebihan, pastikan akaun bank dikemaskini untuk pemulangan bayaran lebih. Bahagian 5: Semakan dan Penghantaran Semak semua maklumat dengan teliti dalam Bahagian Rumusan. Gunakan pilihan Cetak Draf untuk memastikan semua maklumat telah diisi dengan betul. Jika semuanya betul, klik butang Tandatangan & Hantar. Pastikan simpan salinan borang yang telah dihantar sebagai rujukan. Bayaran Cukai (Jika Perlu) Jika terdapat baki cukai yang perlu dibayar, lakukan pembayaran melalui: FPX di dalam portal MyTax. Perbankan internet (Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, dll.). Kaunter bank yang menerima bayaran cukai. Kaunter LHDN jika ingin membayar secara tunai atau cek. Simpan resit pembayaran untuk rujukan. Semakan Status & Pemulangan Lebihan Cukai Log masuk ke MyTax dan semak status pemprosesan e-Filing. Jika terdapat lebihan bayaran, LHDN akan memproses pemulangan melalui kredit terus ke akaun bank. Pastikan maklumat akaun bank dikemaskini dalam portal MyTax. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh melengkapkan e-Filing cukai pendapatan dengan mudah dan tepat untuk tahun 2025. Pastikan anda menghantar borang sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan penalti! Selamat mengisi e-Filing!
Jenis Taksiran Berikut adalah pilihan jenis taksiran bagi individu:
Diri Sendiri : bagi individu berstatus bujang / janda / balu / duda / individu berkahwin yang pasangannya tiada punca pendapatan Berasingan : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir berasingan Bersama Atas Nama Suami /  Isteri : bagi individu dan pasangan yang memilih untuk ditaksir bersama.
Taksiran Bersama boleh dipilih sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi :
Suami dan isteri tinggal bersama dalam tahun asas dan tidak berhenti tinggal bersama dalam tahun asas tersebut; Mempunyai jumlah pendapatan untuk diagregatkan dengan jumlah pendapatan suami / isteri; Suami / isteri yang memilih taksiran bersama mesti warganegara Malaysia, jika tidak bermastautin; Pengagregatan jumlah pendapatan hanya boleh dibuat dengan seorang isteri sahaja. Bagi penjelasan cara pengiraan cukai, semakan boleh dibuat di pautan di bawah:
Ketetapan Umum No. 6/2018 : Percukaian Individu Bermastautin Bahagian III – Pengiraan Cukai Pendapatan Dan Cukai Kena Bayar.
Rujuk cara melaporkan pendapatan e-Filing melalui artikel berikut:
Panduan Isi e-Filing 2025, Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama ByrHASIL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-daftar-e-filing-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-daftar-e-filing-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 138 hits
Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN atau e filing Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan bol...
Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 148 hits
Cukai ditanggung oleh majikan merujuk kepada situasi di mana majikan membayar sebahagian atau keseluruhan cukai pendapatan yang sepatutnya ditanggung oleh pekerja Ini bermakna pekerja menerima gaji bersih tanpa potongan untuk cukai pendapat...
Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama

Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 776 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2025 Bagi yang pertama kali ingin mengisi e Filing di sini kami kongsikan langkah langkahnya Tarikh Mula e ...
Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 198 hits
JPJeBID Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi Baru baru ini Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah memperkenalkan aplikasi baru yang direka khusus untuk memudahkan pengguna membida nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian iaitu ...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 169 hits
Alhamdulillah baru baru ini saya berkesempatan pulang ke rumah mentua Kegembiraan berganda apabila mengetahui kedua dua mentua saya telah terpilih sebagai bakal haji untuk tahun ini Sebagai seorang menantu pastinya saya turut teruja dan ber...
Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 142 hits
VIBES 2 0 Cara Daftar Log Masuk Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai VIBES 2 0 untuk memudahkan urusan para veteran ATM Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi untuk mem...
Pendaftaran Spm 2025 Cara Mendaftar

Pendaftaran Spm 2025 Cara Mendaftar

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 233 hits
Pendaftaran SPM 2025 Cara Mendaftar Pendaftaran SPM 2025 utk Calon Persendirian kini telah dibuka untuk calon baru dan calon mengulang Calon yang berhasrat untuk mendaftar sebagai calon persendirian SPM bagi tahun ini boleh membuat pendafta...
Str 2025 Cara Kemaskini Data Untuk Permohonan Baru

Str 2025 Cara Kemaskini Data Untuk Permohonan Baru

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 167 hits
STR 2025 Jangan Panik Kemaskini Data Permohonan Baru Anda Semudah ABC Hai semua pembaca setia Kembali lagi kita dalam ruangan yang ceria ini untuk membincangkan satu topik yang penting tapi jangan risau kita akan membuatnya santai dan mudah...
Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 223 hits
Dalam Belanjawan 2025 Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025 Replying to user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online Hanya yang masuk hospital tahun 2024 2025 je yang boleh claim Anda...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi

Bantuan Sara Ini Desakan Daripada Presiden Ibu Tunggal

Su Dewan Ulama Pas Lawat Kuil Kebaikan Atau Keburukan

Pasaran As Mengalami Kenaikan Mendadak Bahagian 2