Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk
VIBES 2.0 (JHEV ATM) – Cara Daftar & Log Masuk
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai VIBES 2.0 untuk memudahkan urusan para veteran ATM.
Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi untuk membolehkan para veteran ATM mendapatkan maklumat terkini, mengurus permohonan bantuan dan berkomunikasi secara terus dengan JHEV ATM dengan lebih mudah.
Veteran boleh menyemak penyata pencen, semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 dan pelbagai lagi melalui portal ini.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Tarikh / Jadual Bayaran Pencen JHEV ATM (2025)
Apa Itu VIBES 2.0 (JHEV ATM)?
VIBES 2.0 (Veteran Integrated Benefit System 2.0) adalah sebuah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh JHEV ATM.
Aplikasi ini direka khusus untuk memenuhi keperluan veteran Angkatan Tentera Malaysia dengan menyediakan akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan.
@jhevatm 𝐕𝐈𝐁𝐄𝐒 𝟐.𝟎 𝐀𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐢𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐥 𝐄𝐡𝐰𝐚𝐥 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐕𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐓𝐌 𝐝𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬 ▪️𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡: Kemaskini Maklumat Keluarga, Alamat, Akaun Bank, Dokumen serta Pendidikan dan Kemahiran ▪️𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗥𝗔𝗡𝗦𝗔𝗞𝗦𝗜: Semak sejarah transaksi bayaran ▪️𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗡:Semak penyata pencen bulan semasa ▪️𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔:Mohon dan semak status permohonan pekerjaan ▪️𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦: Mohon dan semak status permohonan kursus ▪️𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡: Mohon dan semak status permohonan faedah perubatan ▪️𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡: Mohon dan semak status permohonan bantuan kebajikan ▪️𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗭𝗔𝗛: Mohon dan semak status permohonan bantuan mengurus jenazah dan faedah persaraan Segala urusan dan bantuan untuk veteran kini lebih mudah dan cepat diakses. Muat turun sekarang! Google Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vibes2mobile&hl=en Apple App Store https://apps.apple.com/my/app/vibes-2-0-jhev-atm/id6450982354 ATM taatsetia VETERANATM JHEVATM MINDEF KAMIRESPONSIF KAMIPRIHATIN KAMIKOMITED
♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Aplikasi ini juga bertindak sebagai platform sehenti yang menghubungkan veteran dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi berkaitan.
Dengan reka bentuk mesra pengguna, VIBES 2.0 memastikan setiap veteran dapat mengakses maklumat dengan mudah, cepat dan selamat.
Fungsi VIBES 2.0
Aplikasi VIBES 2.0 menawarkan pelbagai fungsi utama yang direka untuk memenuhi keperluan veteran ATM. Antaranya ialah:
KEMASKINI MAKLUMAT VETERAN: Kemaskini Maklumat Keluarga, Alamat, Akaun Bank, Dokumen serta Pendidikan dan Kemahiran.
SEJARAH TRANSAKSI: Semak sejarah transaksi bayaran.
PENYATA PENCEN: Semak penyata pencen bulanan semasa.
PELUANG KERJAYA: Mohon dan semak status permohonan pekerjaan.
PELUANG KURSUS: Mohon dan semak status permohonan kursus.
PERUBATAN: Mohon dan semak status permohonan faedah perubatan.
KEBAJIKAN: Mohon dan semak status permohonan bantuan kebajikan.
BANTUAN MENGURUS JENAZAH: Mohon dan semak status permohonan bantuan mengurus jenazah dan faedah persaraan.
Cara Muat Turun Aplikasi VIBES 2.0
Untuk memuat turun aplikasi ini, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:
Buka Google Play Store (untuk pengguna Android) atau Apple App Store (untuk pengguna iOS).
Cari kata kunci “VIBES 2.0 – JHEV ATM”.
Klik butang “Install” dan tunggu sehingga proses muat turun selesai.
>> Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details…
>> Apple App Store: https://apps.apple.com/…/vibes-2-0-jhev-atm/id6450982354
Cara Daftar & Log Masuk VIBES 2.0
A. Cara Mendaftar Akaun (Pengguna Kali Pertama)
Layari Portal VIBES 2.0 di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/.
Pada halaman utama, cari dan klik pada butang “Daftar Pengguna”.
Pilih kategori yang sesuai dengan status anda (contoh: Veteran ATM / Waris).
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Ini termasuk nombor kad pengenalan, nombor tentera (jika ada), nama penuh dan maklumat peribadi lain.
Selepas mengisi semua maklumat, klik butang “Semak” untuk memastikan semua data yang dimasukkan adalah betul.
Tanda persetujuan pada “Terma dan Syarat” dengan mengisi (/) pada kotak yang disediakan.
Jika pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi melalui emel yang mengesahkan pendaftaran akaun anda.
B. Cara Log Masuk ke VIBES 2.0
Setelah berjaya mendaftar, anda boleh log masuk.
Masukkan Nombor Tentera atau Nombor Kad Pengenalan anda & Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.
Klik butang “Log Masuk” untuk mengakses akaun anda.
Kemaskini Maklumat Peribadi
Selepas log masuk, anda digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi anda. Ini adalah penting untuk memastikan anda menerima bantuan dan maklumat yang tepat dari JHEV ATM.
Muat Naik Dokumen: Anda mungkin perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut untuk pengesahan:
Buku perkhidmatan (setiap muka surat)
Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (untuk maklumat anak)
Mykad veteran dan pasangan (untuk status diri atau agama)
Sijil nikah/cerai (jika berkaitan)
Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)
Jika anda menghadapi masalah untuk mengemaskini maklumat, hantarkan aduan anda beserta dokumen yang diperlukan ke ruangan aduan yang disediakan.
Lupa Kata Laluan
Jika anda terlupa kata laluan, ikut langkah-langkah berikut:
Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk.
Masukkan nombor tentera atau kad pengenalan yang didaftarkan.
Ikut arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan anda.
BACA JUGA: Bantuan Sara Hidup (BSH) ATM 2025 – Permohonan & Semakan Bayaran
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai VIBES 2.0, anda boleh rujuk Laman Web Rasmi VIBES 2.0 di pautan: https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Untuk bantuan secara langsung, anda boleh menghubungi atau mengunjungi pejabat JHEV terdekat. Jangan lupa Ikuti akaun Facebook JHEV ATM untuk pengumuman dan maklumat terkini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/vibes-2-0/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=vibes-2-0