Mysalam 2025 Semakan Kelayakan Cara Membuat Tuntutan
Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk tahun 2025.
@ecentral.my Replying to @user8072167498436 Ini cara claim mySalam 2024 secara online. Hanya yang masuk hospital tahun 2024/2025 je yang boleh claim. Anda juga boleh buat tuntutan mySalam di kaunter mySalam di hospital kerajaan berdekatan. #mysalam #mysalam2024 #mysalamclaim #mysalamb40 #bantuanmysalam #bantuanperubatan
♬ HIP HOP-like instrumental loop sound source(825211) – WALKER
Skim ini menyediakan pembayaran tunai untuk mereka yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025
Apakah MySalam 2025?
MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Ketika awal diperkenalkan pada Januari 2019, penerima yang layak adalah terdiri daripada isi rumah kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR).
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan bersetuju Skim mySalam telah diperluas untuk turut meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis
[TERKINI] – Semakan Kelayakan mySalam 2025
Semakan kelayakan bagi tahun 2025 sudah boleh dibuat bermula dari 8 Februari 2025 di portal mySalam.
>> Sila pastikan semua dokumen tuntutan dan maklumat bank anda adalah lengkap dan tepat.
Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS, sila e-mel di
[email protected].
Atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Tujuan MySalam
Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
![](https://i0.wp.com/ecentral.my./wp-content/uploads/2021/12/mysalam.jpg)
Manfaat
Skim ini menawarkan perlindungan Takaful asas yang merangkumi 2 jenis manfaat, iaitu;
Manfaat Hospitalisasi
Sekiranya penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM 700 setahun.
![](https://i0.wp.com/ecentral.my./wp-content/uploads/2024/07/image-159-1024x475.png)
NOTA:
Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.
Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menuntut manfaat ini.
Manfaat Penyakit Kritikal
Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, ahli mySalam tersebut boleh menuntut manfaat bernilai RM 8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.
Kelayakan untuk menjadi ahli mySalam ini adalah sepenuhnya berdasarkan kelayakan dalam Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM, dan STR) yang dipohon dan diproses melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri pada setiap tahun.
Semua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik.
Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:
Kategori Berkahwin – Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
Kategori Bujang – Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
Kategori OKU – Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
![](https://i0.wp.com/ecentral.my./wp-content/uploads/2024/07/image-158-1024x645.png)
NOTA: Pastikan anda membawa dokumen wajib yang diperlukan untuk tuntutan manfaat ini. Rujuk gambar di atas untuk mengetahui dokumen yang diperlukan.
Syarat Kelayakan
Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam.
Pengumuman kelayakan akan dikongsi melalui kiriman SMS ke nombor telefon yang dikemaskini dalam program-program yang didaftar oleh penerima seperti yang disebut di atas.
Cara Membuat Semakan Kelayakan
Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status kelayakan MySalam 2025 anda.
Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my.
Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
![](https://i0.wp.com/ecentral.my./wp-content/uploads/2024/07/image-160-1024x107.png)
Anda juga boleh mendapat bantuan di kiosk-kiosk MySalam terdekat :
Nama HospitalAlamatKetersediaan KioskHospital Al-Sultan Abdullah UiTMBandar Puncak Alam, Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan, Puncak Alam, 42300, SelangorTIDAKHospital Alor GajahPejabat Hospital, Hospital Alor Gajah, Alor Gajah, 78000, MelakaYAHospital AmpangJalan Mewah Utara, Ampang, 68000, SelangorYAHospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur3, Jalan 4/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 53300, Kuala LumpurTIDAKHospital Angkatan Tentera Wilayah Kota KinabaluJalan Universiti, Kota Kinabalu, 89200, SabahTIDAKHospital Angkatan Tentera, Kem Terendak, MelakaKem Terendak, Terendak, 76200, MelakaYAHospital Angkatan Tentera, LumutPengkalan TLDM, Lumut, 32200, PerakTIDAKHospital BachokJalan Gunong Jelawat Kg Bator, Jelawat, Bachok, 16090, KelantanTIDAKHospital Bahagia Ulu KintaTanjong Rambutan, Ulu Kinta, 31250, PerakTIDAKHospital Balik PulauBalik Pulau, Balik Pulau, 11000, Pulau PinangYAHospital BalingJala Hospital, Baling, 09100, KedahYAHospital BantingJalan Sultan Alam Shah, Banting, 42700, SelangorYAHospital Batu GajahJalan Changkat, Batu Gajah, 31000, PerakYAHospital BauBatu 1 ½, Jalan Bau-Lundu, Bau, 94000, SarawakYAHospital BeaufortPeti Surat 40, Beaufort, 89807, SabahYAHospital BeluranKarung Berkunci No : 02, Beluran, 90109, SabahYAHospital BentongHospital Bentong, Bentong, 28000, PahangYAHospital Bera Taman Kerayong Jaya, Teriang, 28200, PahangTIDAKHospital BesutJalan Pasir Akar, Jerteh, Besut, 22000, TerengganuYAHospital BetongJalan Betong, Betong, 95707, SarawakYAHospital BintuluJalan Nyabau, Bintulu, 97000, SarawakYAHospital Bukit MertajamJalan Kulim, Bukit Mertajam, 14000, Pulau PinangYAHospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000, Kuala LumpurYAHospital Changkat MelintangLambor Kanan, Parit, Bota, 32900, PerakYAHospital CyberjayaPersiaran Sepang, Cyber 11, Cyberjaya, 63000, SelangorTIDAKHospital DalatJalan Oya-Dalat, Dalat, 96300, SarawakTIDAKHospital DaroJalan Itol, Daro, 96200, SarawakYAHospital Duchess Of KentKM 3.2, Jalan Utara, Sandakan, 90000, SabahYAHospital DungunHospital Dungun, Dungun, 23000, TerengganuYAHospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, KluangKM 5, Jln Kota Tinggi, Kluang, 86000, JohorYAHospital GerikJalan Intan, Grik, 33000, PerakYAHospital Gua MusangBandar Baru, Gua Musang, 18300, KelantanYAHospital Hulu TerengganuBatu 23, Jalan Kuala Berang, Kuala Berang, 21700, TerengganuYAHospital JasinHospital Utama, Jasin, 77000, MelakaYAHospital JelebuTaman Bukit Petaling, Kuala Klawang, 71600, Negeri SembilanYAHospital JeliBandar Jeli, Jeli, 17600, KelantanYAHospital JempolHospital Jempol, Bandar Seri Jempol, 72120, Negeri SembilanYAHospital JengkaBandar Jengka, Maran, 26400, PahangYAHospital JerantutTaman Jaya, Jerantut, 27000, PahangYAHospital JitraJalan Changlun, Jitra, 06000, KedahYAHospital KajangJalan Semenyih, Kajang, 43000, SelangorYAHospital KamparJalan Hospital, Kampar, 31500, PerakTIDAKHospital KanowitJalan Kanowit/ Durin, Kanowit, 96700, SarawakYAHospital KapitJalan Memora, Kapit, 96800, SarawakYAHospital KemamanJalan Da’ Omar, Cukai, Kemaman, 24000, TerengganuYAHospital KeningauPeti Surat 11, Keningau, 89007, SabahYAHospital Kepala BatasJalan Bertam, Kepala Batas, 13200, Pulau PinangYAHospital KinabatanganW.D.T 200, Kinabatangan, 90020, SabahYAHospital Kota BeludPeti Surat 159, Kota Belud, 89158, SabahYAHospital Kota MaruduPeti Surat 255, Kota Marudu, 89108, SabahYAHospital Kota TinggiJalan Tun Habah, Kota Tinggi, 81900, JohorYAHospital Kuala KangsarJalan Sultan Idris Shah 1, Kuala Kangsar, 33000, PerakYAHospital Kuala KraiJalan Kota Bharu, Kuala Krai, 18000, KelantanYAHospital Kuala Kubu BharuJalan Hospital, Kuala Kubu Bharu, 44000, SelangorYAHospital Kuala LipisHospital Kuala Lipis, Kuala Lipis, 27200, PahangYAHospital Kuala LumpurJalan Pahang, Kuala Lumpur, 50586, Kuala LumpurYAHospital Kuala NerangKuala Nerang, Kuala Nerang, 06300, KedahYAHospital Kuala PenyuW.D.T. 35, Kuala Penyu, 89740, SabahYAHospital KudatPeti Surat 22, Kudat, 89057, SabahYAHospital KulimJalan Mahang, Kulim, 09000, KedahYAHospital KunakW.D.T. 150, Kunak, 91209, SabahYAHospital LabuanPeti Surat 81006 Labuan, Labuan, 87020, LabuanTIDAKHospital Lahad DatuPeti Surat 60065, Lahad Datu, 91110, SabahYAHospital LangkawiBukit Tekuh, Jalan Padang Maksirat, Langkawi, 07000, KedahYAHospital LawasJalan Hospital, Lawas, 98850, SarawakYAHospital LimbangJalan Pandaruan, Limbang, 98700, SarawakYAHospital LunduJalan Sekambal, Lundu, 94500, SarawakYAHospital MachangJalan Pasir Puteh, Machang, 18500, KelantanYAHospital MarudiJalan Pungor, Marudi, 98050, SarawakYAHospital MelakaJalan Mufti Haji Khalil, Melaka, 75400, MelakaYAHospital MersingJalan Ismail, Mersing, 86800, JohorYAHospital Mesra Bukit PadangPeti Surat 11342, Kota Kinabalu, 88815, SabahTIDAKHospital MiriJalan Cahaya, Miri, 98000, SarawakYAHospital Muadzam ShahMuadzam Shah, Rompin, 26700, PahangYAHospital MukahJalan Haji Mohamed Pauzi, Mukah, 96400, SarawakYAHospital Orang AsliKM 24, Jalan Pahang Lama, Gombak, 53100, SelangorYAHospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM Jalan Yaacob Latif, , Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala LumpurTIDAKHospital Pakar Sultanah FatimahJalan Salleh, Muar, 84000, JohorYAHospital PaparPeti Surat No. 6, Papar, 89607, SabahYAHospital Parit BuntarJalan Sempadan, Parit Buntar, 34200, PerakYAHospital Pasir MasJalan Meranti, Pasir Mas, 17000, KelantanYAHospital PekanJalan Batu Balik, Kampung Mengkasar, Pekan, 26600, PahangYAHospital PendangKampung Manggol Pauh, Pendang, 06700, KedahTIDAKHospital Pengajar Universiti Putra MalaysiaPersiaran Mardi – Upm, Serdang, 43400, SelangorYAHospital Permai Johor BahruJalan Persiaran Kempas Baru, Johor Bahru, 81200, JohorTIDAKHospital PitasPeti Surat 88, Pitas, 89100, SabahYAHospital PontianJalan Alsagoff, Pontian, 82000, JohorYAHospital Port DicksonKM 11, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050, Negeri SembilanYAHospital Pulau PinangJalan Residensi, Pulau Pinang, 10990, Pulau PinangYAHospital PutrajayaPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 7, Putrajaya, 62250, PutrajayaYAHospital Queen ElizabethKarung Berkunci N0.2029, Kota Kinabalu, 88586, SabahYAHospital Queen Elizabeth IILorong Bersatu, Jalan Damai Luyang, Kota Kinabalu, 88300, SabahYAHospital Raja Perempuan Zainab IIJalan Hospital, Kota Bharu, 15000, KelantanYAHospital Raja Permaisuri BainunJalan Hospital, Ipoh, 30400, PerakYAHospital Rajah Charles Brooke MemorialBt 13, Jalan Puncak Borneo, Kota Padawan, Kuching, 93250, SarawakTIDAKHospital RanauPeti Surat 65, Ranau, 89300, SabahYAHospital RaubJalan Tengku Abd Samad, Raub, 27600, PahangYAHospital Rehabilitasi CherasJalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Kuala LumpurTIDAKHospital RembauKampung Masjid Tanah, Pedas, 71300, Negeri SembilanYAHospital RompinJalan Kg Kolam Kuala Rompin, Rompin, 26800, PahangYAHospital SaratokKM 1, Jalan Saratok, Saratok, 95400, SarawakYAHospital SarikeiJalan Rentap, Sarikei, 96100, SarawakYAHospital Seberang JayaJln Tun Hussein Onn, Perai, 13700, Pulau PinangYAHospital SegamatKM 6 Jalan Genuang, Segamat, 85000, JohorYAHospital SelamaJalan Taiping, Selama, 34100, PerakYAHospital SelayangLebuhraya Selayang-Kepong, Batu Caves, 68100, SelangorYAHospital SempornaPeti Surat 80, Semporna, 91307, SabahYAHospital SentosaBatu 7, Jalan Penenrisen, Kuching, 93250, SarawakTIDAKHospital Seri IskandarJalan Hospital Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar, Seri Iskandar, 32610, PerakYAHospital Seri ManjungSeri Manjung, Seri Manjung, 32040, PerakYAHospital SerianBandar Serian, Serian, 94700, SarawakYAHospital SetiuBandar Permaisuri, Setiu, 22100, TerengganuYAHospital Shah AlamPersiaran Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, 40000, SelangorYAHospital SibuBatu 5 ½, Jalan Ulu Oya, Sibu, 96000, SarawakYAHospital SikPekan Sik, Sik, 08220, KedahYAHospital SimunjanJalan Gunung Ngeli, Simunjan, 94800, SarawakYAHospital SipitangPeti Surat 250, Sipitang, 89857, SabahYAHospital Slim RiverHospital Slim River, Slim River, 35800, PerakYAHospital Sri AmanJalan Hospital, Sri Aman, 95007, SarawakYAHospital Sultan Abdul HalimJalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya, Sungai Petani, 08000, KedahYAHospital Sultan Hj Ahmad ShahJalan Maran, Temerloh, 28000, PahangYAHospital Sultan Idris Shah Serdang Hospital SerdangJalan Puchong, Kajang, 43000, SelangorYAHospital Sultan IsmailJalan Persiaran Mutiara Emas Utama, Taman Miount Austin, Johor Bahru, 81100, JohorYAHospital Sultan Ismail PetraKM 6, Jalan Kuala Krai – Gua Musang,, Kuala Krai, 18000, KelantanTIDAKHospital Sultan Zainal AbidinJalan Gong Badak, Kampung Gong Badak, Kuala Terengganu, 21300, TerengganuTIDAKHospital Sultanah AminahJalan Persiaran Abu Bakar Sultan, Johor Bahru, 80100, JohorYAHospital Sultanah BahiyahKM 6, Jln Langgar, Alor Setar, 05460, KedahYAHospital Sultanah Hajjah KalsomTanah Rata, Cameron Highlands, 39000, PahangYAHospital Sultanah Nora IsmailJalan Korma, Batu Pahat, 83000, JohorYAHospital Sultanah Nur ZahirahJalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 20400, TerengganuYAHospital Sungai BakapSungai Jawi, Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, 14200, Pulau PinangYAHospital Sungai BulohJalan Hospital, Sungai Buluh, 47000, SelangorYAHospital Sungai SiputJalan Felda Lasah, Sungai Siput, 31100, PerakYAHospital TaipingJalan Taming Sari, Taiping, 34000, PerakYAHospital TambunanPeti Surat 10, Tambunan, 89657, SabahYAHospital TampinJalan Haji Ahmad Zainuddin, Tampin, 73009, Negeri SembilanYAHospital Tanah MerahJalan Hospital, Tanah Merah, 17500, KelantanYAHospital TangkakJalan Hospital, Tangkak, 84900, JohorYAHospital Tanjung KarangJalan Besar, Tanjung Karang, 45500, SelangorYAHospital TapahJalan Temoh, Tapah, 35000, PerakYAHospital TawauPeti Surat 80, Tawau, 91007, SabahYAHospital Teluk IntanJalan Changkat Jong, Teluk Intan, 36000, PerakYAHospital Temenggong Seri Maharaja Tun IbrahimHospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya, Kulai, 81000, JohorYAHospital Tengku Ampuan AfzanJalan Air Putih, Kuantan, 25100, PahangYAHospital Tengku Ampuan JemaahJalan Hospital, Sabak Bernam, 45200, SelangorYAHospital Tengku Ampuan RahimahJalan Langat, Klang, 41200, SelangorYAHospital Tengku AnisJalan Pasir Puteh, Pasir Puteh, 16800, KelantanYAHospital Tengku Permaisuri NorashikinJalan Semenyih, Bandar Kajang, Kajang, 43000, SelangorTIDAKHospital TenomPeti surat 97, Tenom, 89907, SabahYAHospital Tentera Darat, GemasGemas, Negeri Sembilan, Gemas, 73400, Negeri SembilanTIDAKHospital Tuanku Ampuan NajihahKM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah, 72000, Negeri SembilanYAHospital Tuanku FauziahJalan Kolam, Kangar, 01000, PerlisYAHospital Tuanku Ja’afar SerembanJalan Rasah, Seremban, 70300, Negeri SembilanYAHospital TuaranPeti surat 996, Tuaran, 89207, SabahYAHospital TumpatJalan Kelaburan, Tumpat, 62000, KelantanYAHospital Tunku AzizahJalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, 50300, Kuala LumpurYAHospital Umum KuchingJalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, 93586, SarawakYAHospital Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaJalan Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, 25200, PahangYAHospital Universiti Sains MalaysiaJalan Raja Perempuan Zainab 2, Kampus Kesihatan, Kota Bharu, 16150, KelantanTIDAKHospital Wanita dan Kanak-Kanak SabahKarung Berkunci 187, Kota Kinabalu, 88996, SabahYAHospital YanBatu 25 , Jalan Yan, Yan, 06900, KedahYAInstitut Kanser NegaraNo 4, Jalan P7, Presint 7 , Putrajaya, 62250, PutrajayaYAInstitut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains MalaysiaPusat Perubatan USM Bertam, Universiti Sains Malaysia, Kepala Batas, 13200, Pulau PinangTIDAKInstitut Perubatan RespiratoriJalan Pahang, Kuala Lumpur, 53000, Kuala LumpurTIDAKPusat Jantung SarawakJalan Expressway Kota Samarahan, Samarahan, 94300, SarawakYAPusat Kawalan Kusta NegaraJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, SelangorTIDAKPusat Pakar Perubatan UiTM PPUiTMJalan Hospital, Sungai Buloh, 47000, SelangorTIDAKPusat Perubatan Universiti MalayaLembah Pantai, Kuala Lumpur, 59100, Kuala LumpurYA
Cara Buat Tuntutan
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.
Anda boleh rujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:
I. Tuntutan penyakit kritikal
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
II. Tuntutan hospitalisasi
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
a) Salinan Nota Discaj
b) Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Berapa Lamakah Tuntutan Diproses?
Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.
Status tuntutan boleh diakses melalui portal atas talian www.mysalam.com.my.
Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.
Contoh permohonan yang lulus adalah seperti berikut:
![](https://i0.wp.com/ecentral.my./wp-content/uploads/2021/12/mysalam-lulus-01.jpg)
Jumlah bayaran yang diterima bergantung kepada pengesahan dan jenis tuntutan anda.
Wang akan dikreditkan ke akaun yang anda isikan dalam borang permohonan.
Anda akan menerima notifikasi SMS seperti berikut:
![](https://i0.wp.com/ecentral.my./wp-content/uploads/2022/06/FB_IMG_1654135622966.jpg)
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan mySalam 2025, anda boleh hubungi Pusat Panggilan MySalam yang beroperasi 24 jam di talian 1 300 888 938.
Atau, boleh juga emailkan ke alamat berikut:
[email protected]
Atau, lawat kios MySalam di Hospital Kerajaan terdekat.
Layari laman web rasmi mySalam di pautan berikut: https://www.mysalam.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/mysalam-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mysalam-2025