Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi


JPJeBID Mobile – Cara Muat Turan & Daftar Aplikasi
Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memperkenalkan aplikasi baru yang direka khusus untuk memudahkan pengguna membida nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian, iaitu JPJeBID Mobile. 
Aplikasi ini telah dilancarkan secara ujian rintis pada 18 Februari 2025. Sebelum ini, JPJeBID hanya boleh diakses melalui laman web. Kini, ia boleh dimuat turun dan digunakan dengan mudah. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai JPJeBID Mobile.  
BACA JUGA: MyJPJ: Cara Tukar Lesen P Ke Lesen Penuh (CDL) Online JPJ
Apa Itu JPJeBID Mobile? JPJeBID Mobile adalah sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh JPJ untuk membolehkan pengguna membida nombor pendaftaran kenderaan melalui telefon pintar. 
Aplikasi ini merupakan lanjutan daripada sistem JPJeBID yang diperkenalkan pada 15 April 2019 melalui portal mySIKAP. 
Sebelum ini, pengguna perlu melayari laman web rasmi JPJeBID untuk mengikuti proses bidaan.
Kini, dengan pelancaran JPJeBID Mobile, proses ini menjadi lebih mudah, cepat dan boleh diakses di mana sahaja selagi anda mempunyai sambungan internet.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, aplikasi ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan memenuhi permintaan pengguna yang semakin bergantung kepada teknologi mudah alih. 
Dengan JPJeBID Mobile, pengguna tidak lagi terikat kepada komputer atau laptop.
Hanya muat turun aplikasi ini di Google Play Store atau Apple App Store dan anda boleh mula membida nombor plat kegemaran dalam beberapa klik sahaja.
BACA JUGA: MyLesen B2 JPJ – Permohonan Lesen Percuma 2025
Ciri-ciri Utama Aplikasi JPJeBid Mobile dilengkapi dengan beberapa fungsi baharu yang menjadikannya lebih mesra pengguna. Antara ciri-cirinya: 
1. Antara Muka Mesra Pengguna
Aplikasi ini direka dengan antara muka yang intuitif untuk menjadikan proses bidaan lebih mudah diakses.
2. Navigasi Dipertingkat
JPJeBID Mobile dapat meningkatkan pengalaman pengguna (user experience) agar lebih mudah digunakan dan mudah difahami. 
3. Sistem Notifikasi Ditambah Baik
Aplikasi ini menawarkan pengemaskinian notifikasi bagi memastikan pengguna sentiasa mendapat maklumat terkini.
4. Paparan Siri Akan Datang
Terdapat menu baharu yang memaparkan siri-siri akan datang bagi menggantikan sistem notifikasi emel mingguan sebelum ini.
5. Ciri-ciri Personalisasi
Pengguna boleh mengemas kini profil dengan memuat naik gambar, melihat status semasa bidaan dan mengurus akaun mereka dengan lebih berkesan.
NOTA: JPJ juga sedang menjalankan kaji selidik dalam talian bermula 18 Februari 2025 untuk mendapatkan maklum balas pengguna bagi tujuan penambahbaikan aplikasi ini. 
Ini menunjukkan bahawa aplikasi mungkin akan mengalami perubahan dan penambahbaikan berdasarkan maklum balas pengguna.
Cara Muat Turun & Daftar JPJeBID Mobile Rujuk langkah-langkah untuk muat turun dan mendaftar JPJeBID Mobile di bawah:
1. Muat Turun Aplikasi
Untuk mendafatr dan menggunakan aplikasi ini, anda perlu memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu. Anda boleh memuat turun aplikasi JPJeBID Mobile melalui platform berikut:
Apple App Store Google Play Store Huawei AppGallery 2. Pilih “Daftar Baru”
Setelah membuka aplikasi, klik pada pilihan “Daftar Baru” di skrin utama. Anda akan diminta memilih kategori pengguna, seperti individu atau syarikat.

2. Isi No Kad Pengenalan & Captcha
Isikan nombor kad pengenalan anda dan lengkapkan captcha yang disediakan. Klik “Semak” untuk meneruskan.
3. Lengkapkan Profil
Seterusnya, isi butiran seperti nama penuh, alamat e-mel, dan nombor telefon. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan digunakan untuk pengesahan akaun.
4. Setuju dengan Terma dan Syarat
Tandakan kotak persetujuan selepas membaca terma dan syarat penggunaan. Kemudian, klik “Daftar”.
5. Sahkan Akaun melalui Emel
Selepas pendaftaran, anda akan menerima emel pengesahan daripada JPJeBID Support. Klik pautan pengesahan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan akaun anda. Jika anda tidak mengesahkan dalam tempoh yang ditetapkan, pendaftaran anda akan dibatalkan dan anda perlu mendaftar semula.
6. Log Masuk
Kembali ke aplikasi, masukkan ID pengguna dan kata laluan yang telah anda tetapkan, kemudian tekan “Log Masuk”. 
Cara Membida Nombor Pendaftaran di JPJeBID Mobile Setelah akaun anda aktif, anda boleh mula membida nombor pendaftaran kenderaan idaman anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Semak Jadual Nombor Siri Terbaru
Di skrin utama aplikasi, anda akan melihat senarai nombor siri yang sedang dibuka untuk bidaan. Maklumat ini dikemas kini secara berkala oleh JPJ.
2. Cari Nombor Pilihan Anda
Klik pada “Cari Nombor” dan masukkan nombor plat yang anda inginkan. Hasil carian akan memaparkan status nombor tersebut, sama ada ia tersedia untuk dibida atau sudah diambil.
3. Lihat Maklumat Bidaan
Jika nombor yang anda inginkan tersedia, klik “Lagi” untuk melihat butiran seperti harga bidaan asas, tarikh tutup bidaan dan caj perkhidmatan.
4. Mulakan Bidaan
Tekan “Bida” dan masukkan jumlah bidaan anda. Pastikan anda membaca notis caj perkhidmatan yang perlu dibayar sebelum bidaan bermula. Klik “Teruskan” selepas bersetuju dengan terma.
5. Buat Pembayaran
Anda akan diarahkan untuk membayar caj perkhidmatan melalui saluran pembayaran dalam talian yang disokong seperti kad kredit, kad debit, atau perbankan internet. Pastikan transaksi selesai dalam tempoh yang ditetapkan.
6. Tunggu Keputusan
Setelah tempoh bidaan tamat, JPJ akan mengumumkan pemenang melalui aplikasi dan emel. Jika anda berjaya, anda perlu melengkapkan pembayaran bidaan penuh dalam masa yang ditetapkan oleh JPJ.
Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi JPJeBID atau ikuti Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/jpjebid-mobile/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jpjebid-mobile

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nggak Harus Daftar Ini Aplikasi Vpn Gratis Tapi Aman Buat Akses Situs Yang Diblokir

Nggak Harus Daftar Ini Aplikasi Vpn Gratis Tapi Aman Buat Akses Situs Yang Diblokir

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 120 hits
Isu seperti pencurian data pengguna dan kebocoran IP address adalah beberapa contoh ancaman yang banyak orang risaukan Kamu juga resah dengan masalah yang sama Well sekarang nggak perlu resah lagi
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 187 hits
Alhamdulillah baru baru ini saya berkesempatan pulang ke rumah mentua Kegembiraan berganda apabila mengetahui kedua dua mentua saya telah terpilih sebagai bakal haji untuk tahun ini Sebagai seorang menantu pastinya saya turut teruja dan ber...
Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 309 hits
Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e Filing 2025 e Filing akan bermula 1 Mac ini Sebelum boleh buat e Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN Adakah anda layak dikenakan cukai Tahukah anda kebanyakan bantua...
Cara Laporkan Kesalahan Trafik Melalui Aplikasi Myjpj

Cara Laporkan Kesalahan Trafik Melalui Aplikasi Myjpj

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 155 hits
Aplikasi MyJPJ merupakan platform yang disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk memudahkan pengguna untuk laporkan kesalahan trafik secara dalam talian Dengan menggunakan aplikasi ini pengguna dapat menghantar laporan kesal...
Cara Menjana Sijil Menggunakan Certify Em

Cara Menjana Sijil Menggunakan Certify Em

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 124 hits
Tentu latihan menerusi google form sudah tidak asing lagi buat rakan rakan guru kan Malah semasa cuti PKP ini latihan menerusi google form amat popular dalam kalangan guru Saban hari anak anak diberikan latihan menerusi google form yang dib...
10 Cara Kurangkan Rabun Jauh Dalam Kalangan Kanak Kanak

10 Cara Kurangkan Rabun Jauh Dalam Kalangan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 115 hits
Anak anak saya diberi kacamata dengan preskripsi yang lebih tinggi setiap lawatan ke pusat optometri Bagaimanakah saya harus menguruskannya Sebagai ibu bapa saya bimbang tetapi apa yang perlu saya lakukan Ini mungkin sentimen yang biasa dia...
Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

Cara Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 114 hits
Hi Pertama sekali tips adalah untuk membantu ibu ibu surirumah mahupun yang bekerjaya untuk mengajar anak anak membaca bahasa Inggeris sendiri di rumah Maklumlah kerana PKP bukan mudah para guru nak mengajar membaca secara dalam talian wala...
Pixton Aplikasi Mudah Bina Komik

Pixton Aplikasi Mudah Bina Komik

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 100 hits
Masih lagi kisah tentang Digital Classroom Bootcamp untuk hari ke 3 Walaupun akak x dapat join DC BC untuk hari ketiga ni tetapi akak berasa bertuah kerana boleh explore sendiri satu aplikasi hebat yang dikongsi oleh sifu2 DC pada hari ke 3...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Tabung Emosi Aku Penuh

Against The Odds Dutch Lady S Program Murid Angkat Students Soar With The Power Of Support


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya

Thomas Arya Feat Shinta Angely Berat Rindu Terpisah Chord