Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2025.
Bagi yang pertama kali ingin mengisi e-Filing, di sini kami kongsikan langkah-langkahnya.
Tarikh Mula e-Filing 2025 Bagi Tahun Taksiran 2024 Dalam sebuah kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraaan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2025.
Pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi HASiL di Portal ezHasil.
Pembayar cukai yang log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan HASiL.
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan e-Filing, tindakan set semula kata laluan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian iaitu melalui e-mel atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan HASiL.
Bagi pembayar cukai yang masih menghadapi masalah dalam melakukan tindakan set semula kata laluan eFiling, mereka boleh menghubungi Hasil Care di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau kunjungi kaunter perkhidmatan HASiL yang berhampiran.
Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Status penghantaran Borang Nyata, proses bayaran balik, e-Lejar dan PCB boleh disemak melalui MyTax.
Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 82 dan 82A Akta Cukai Pendapatan 1967.
Ia perlu dilakukan sebagai persediaan untuk memudahkan proses mengidi e-Filing dan semakan pematuhan oleh HASiL pada masa hadapan.
KENYATAAN MEDIA RASMI LHDN : PERKHIDMATAN E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2024 DIBUKA MULAI 1 MAC 2025
28 FEBRUARI 2025
Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Untuk Kali Pertama Berikut adalah langkah-langkah mengisi e-Filing online melalui Portal myTax.
SISTEM TAKSIR SENDIRI Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Taksiran sendiri bermaksud pembayar cukai dikehendaki oleh undang-undang untuk menentukan pendapatan yang dikenakan cukai, mengira cukai pendapatan yang dikenakan dan menghantar borang cukai pendapatan serta membuat bayaran cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.
Tiada notis taksiran akan dikeluarkan di bawah sistem ini. Borang cukai pendapatan yang dihantar oleh pembayar cukai merupakan notis taksiran

Borang berikut digunakan bagi melaporkan pendapatan:
Borang BE : borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan penggajian dan pendapatan lain (tidak termasuk perniagaan) Borang B : borang pelaporan cukai bagi individu pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain Borang M : borang pelaporan cukai bagi individu bukan pemastautin dengan punca pendapatan perniagaan, penggajian dan pendapatan lain Taraf mastautin merujuk kepada status individu seperti tertakluk kepada Seksyen 7, ACP 1967
2. SISTEM CUKAI MUKTAMAD
Pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) boleh memilih untuk tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) kepada LHDNM. Jika pilihan telah dibuat, iaitu tidak mengemukakan BNCP, maka PCB yang telah dipotong oleh majikan adalah dianggap sebagai Cukai Muktamad. Layanan Cukai Muktamad ini berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2014.
Kelayakan Pembayar Cukai:
Bekerja hanya dengan satu majikan. Suami atau isteri tidak membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 ACP. PCB dipotong mengikut Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 (KKCP) atau tiada PCB dipotong kerana pendapatan di bawah tahap dikenakan potongan (PCB kosong). Majikan diwajibkan membuat PCB atas MBB dan NTK. Berkhidmat dengan majikan yang sama untuk tempoh kurang daripada 12 bulan. Pekerja yang baru memulakan penggajian dan kurang 12 bulan dalam tahun taksiran berkenaan Semua pendapatan penggajian yang diterima bagi tempoh tertentu dalam tahun semasa termasuk apa-apa pendapatan penggajian tahun kebelakangan yang dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1) ACP. seperti : gaji, upah, tip, elaun, komisen, kerja lebih masa, bonus/insentif, perkuisit, skim opsyen saham pekerja, cukai yang ditanggung oleh majikan, yuran pengarah, ganjaran termasuk bayaran tertunda di atas pemberhentian penggajian (tidak mendapat pengecualian di bawah mana-mana peruntukan akta), gaji cuti yang diterima sebagai pendahuluan dalam kes pemberhentian, saraan lain berkaitan penggajian. Seseorang individu berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia yang mana beliau bukan pemastautin pada tahun berikutnya, pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu tersebut meninggalkan Malaysia selama-lamanya sebagaimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP. Kriteria Individu : Berhenti kerja Meninggalkan Malaysia Bukan pemastautin pada tahun yang berikutnya, boleh membuat pilihan: Peruntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu meninggalkan Malaysia Peruntukan di bawah subseksyen 25(1) ACP Pendapatan penggajian akan dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima. LANGKAH 1
Mulai 1 Januari 2024, permohonan TIN individu hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bagi kategori berikut:
BIL.KATEGORI INDIVIDUJENIS FAILDOKUMEN SOKONGAN1.Bukan warganegara dan bukan pemastautin tetapIGSalinan pasport / dokumen berkaitan seperti salinan pas lawatan, salinan kad UNHCR dan lain-lain yang mengesahkan identiti individu2.Pemastautin SementaraIGSalinan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengaktifkan akaun sistem MyTax HASiL:
Log Masuk Kali Pertama Yang Telah Berdaftar Tetapi Tiada Sijil Digital
Sila Pilih Nombor Pengenalan. Masukkan Nombor Pengenalan. Klik butang Hantar. Sistem akan memaparkan Sijil Digital tidak wujud. Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu e-CP55D – permohonan di web. e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile. Anda boleh rujuk panduan video di bawah:
Sumber: Youtube Direct Lending LANGKAH 2
Di bawah ini ialah Contoh Borang CP55D (mesti dilampirkan sekali) & CP600B (Borang ini perlu dilampirkan jika alamat surat menyurat berbeza dengan IC. Jika tidak, tak perlu lampirkan).
Foto Kredit: Naz & Co LANGKAH 3
Login ke Portal e-filing ezHASiL di https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing
Cari e-BE Tahun Taksiran 2024.
Isi maklumat diri dan juga pasangan.
Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat disyorkan buat berasingan kerana ada beza yang ketara.
LANGKAH 4
Masukkan butiran peribadi dan tuntutan insentif (jika ada).
LANGKAH 5
Masukkan JUMLAH PENDAPATAN anda.
Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.
Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.
LANGKAH 6
Masukkan pelepasan cukai anda.
Sila rujuk senarai pelepasan cukai penuh di sini: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2024 Untuk e-Filing 2025
LANGKAH 7
Semak rumusan.
Di sini anda akan tahu anda kena Tax pada kadar berapa % bergantung pada Pendapatan tolak Pelepasan Cukai ezHASiL.
Jadi sebab tu penting untuk kita simpan resit dan perbelanjaan yang boleh dituntut dalam pelepasan cukai nanti.
Dah semak, tekan Teruskan dan Hantar.
Selesai.
NOTA:
Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2024 adalah 30 April 2025.
Bagi kegagalan mengemukakan BN dalam tempoh yang dibenarkan, tindakan berikut boleh diambil berdasarkan tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan:-
BN selain Borang E dan Borang P Tindakan di bawah subseksyen 112(1) ACP 1967 / subseksyen 51(1) APCP 1967 ATAU Pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 / subseksyen 51(3) APCP 1967. Borang E dan Borang P Tindakan di bawah subseksyen 120(1) ACP 1967 Sila rujuk panduan lengkap dan senarai checklist LHDN:
program-memfail-bn-bagi-tahun-2025Download
Maklumat Lanjut Maklumat lanjut berkenaan Program memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk melalui pautan https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagi-tahun-2025.pdf
Bagi sebarang pertanyaan, sila rujuk di saluran berikut:
Portal rasmi www.hasil.gov.my atau Pautan capaian pantas: Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1100 (Luar Negara) Pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar Borang Nyata dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/e-filing-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=e-filing-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 140 hits
Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN atau e filing Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan bol...
Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 165 hits
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 di Glory Beach Resort Port Dickson Alhamdulillah Yang sebenarnya dah berlalu tiga empat hari mesyuarat guru sekolah saya yang telah diadakan di Glory Beach Resort PD ...
Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 277 hits
Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e Filing 2025 e Filing akan bermula 1 Mac ini Sebelum boleh buat e Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN Adakah anda layak dikenakan cukai Tahukah anda kebanyakan bantua...
Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 152 hits
Cukai ditanggung oleh majikan merujuk kepada situasi di mana majikan membayar sebahagian atau keseluruhan cukai pendapatan yang sepatutnya ditanggung oleh pekerja Ini bermakna pekerja menerima gaji bersih tanpa potongan untuk cukai pendapat...
Mesyuarat Pertama Mtmm 2025 Tetapkan Hala Tuju Kerajaan Madani Pm Anwar

Mesyuarat Pertama Mtmm 2025 Tetapkan Hala Tuju Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 124 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia MADANI kali pertama bagi tahun 2025 pada 5 Mac 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 5 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Ma...
Pendapatan Rakyat Dijangka Bertambah Di Sebalik Krisis Global 2025

Pendapatan Rakyat Dijangka Bertambah Di Sebalik Krisis Global 2025

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 151 hits
Sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kini adalah terus meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan dengan pengurusan sumber negara yang lebih telus dan optimum akan mengurangkan pembaziran dan ketirisan PENDAPAT 2 Mar Di sebalik...
Hpipt Selangor 2025 Panduan Permohonan Online

Hpipt Selangor 2025 Panduan Permohonan Online

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 189 hits
HPIPT Selangor 2025 Panduan Permohonan Online Jom Rebut Hadiah Pengajian RM1 000 Hai hai hai semua pelajar Selangor yang hebat Ada berita gembira yang nak dikongsi ni Kalau korang anak jati Selangor dan bakal melanjutkan pengajian ke Instit...
Pertama Kali Rasa Ingin Berhenti Gong Hyojin Luah Rasa Kesal Adakah Dek Rating Rendah When The Stars Gossip

Pertama Kali Rasa Ingin Berhenti Gong Hyojin Luah Rasa Kesal Adakah Dek Rating Rendah When The Stars Gossip

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 105 hits
Sepertinya Gong Hyo jin juga menyimpan perasaan yang mendalam mengenai When The Stars Gossip Artikel Berkaitan Dalam video khas yang dimuat naik di laman agensi SOOP Management wanita itu menerima kek dan memberikan ucapan Saya berterima ka...
Pertama Kali Aku Guna Sabun Mandi Rare Sikit Dari Method Men Dengan Aroma Sea Surf

Pertama Kali Aku Guna Sabun Mandi Rare Sikit Dari Method Men Dengan Aroma Sea Surf

papar berkaitan - pada 19/2/2025 - jumlah : 158 hits
Aku just nak share pengalaman menggunakan sabun mandi yang bagi aku agak rare terutamanya dalam jenamanya Pertama kali aku cuba jenama Method Men untuk sabun mandi aku yang katanya jenama dari USA Aku untuk sabun mandi standard la kadang Li...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Drama Dari Rahim Yang Sama

Masih Mood Raya Dengan Kuah Kacang Dan Rendang Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Bismillah 5 Dan Kaedah Merawat

Skrip Automasi Pembersihan Google Drive Perjalanan Penuh Cabaran Dan Pembelajaran

Plnt Co Cyberjaya Birthday Plant Pilihan Hati

Kable Unifi Terputus

Sekuriti Berjaya Menggagalkan Cubaan Seludup Siswi Ke Asrama Lelaki Apabila Mengesyaki Ada Sesuatu Dalam Beg

Resort Ni Cantik Tepi Pantai Design Pun Estetik