Cukai Ditanggung Oleh Majikan Maksud Dalam E Filing Lhdn


Cukai ditanggung oleh majikan merujuk kepada situasi di mana majikan membayar sebahagian atau keseluruhan cukai pendapatan yang sepatutnya ditanggung oleh pekerja.
Ini bermakna, pekerja menerima gaji bersih tanpa potongan untuk cukai pendapatan, kerana majikan telah mengambil alih tanggungjawab tersebut.
Amalan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pekerja, tetapi juga kepada majikan dalam pelbagai aspek.
Semasa mengisi e-filing, pilih “Ya” jika majikan menyediakan manfaat untuk menanggung cukai tersebut.
Sebaliknya, jika majikan tidak menanggung cukai anda, pilih “Tidak” dalam bahagian berkenaan semasa mengisi e-filing.

Mengapa Majikan Menanggung Cukai Pekerja?
Terdapat beberapa sebab mengapa majikan memilih untuk menanggung cukai pekerja mereka:
Tanggungjawab Korporat: Sebagai entiti yang bertanggungjawab, majikan mungkin ingin memastikan kesejahteraan kewangan pekerja mereka. Dengan menanggung cukai, majikan membantu meringankan beban kewangan pekerja, yang seterusnya dapat meningkatkan kepuasan dan motivasi kerja. Insentif Cukai: Beberapa majikan melihat manfaat dalam memberikan insentif kepada pekerja melalui cukai yang ditanggung. Ini boleh menjadi strategi untuk menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam industri. Meningkatkan Gaji Bersih: Dengan menanggung cukai, majikan membantu meningkatkan gaji bersih pekerja mereka, menjadikannya lebih menarik dan kompetitif di pasaran pekerjaan. Ketetapan mengenai Cukai Ditanggung oleh Majikan ini telah diterbitkan oleh pihak LHDN melalui penerbitan Ketetapan Umum No. 3/2024 yang diterbitkan pada 10 Disember 2024 yang boleh diakses melalui pautan https://www.hasil.gov.my/media/ybbfrdrm/ketetapan-umum-no-3_-2024-cukai-ditanggung-oleh-majikan.pdf
Bagaimana Sistem “Cukai Ditanggung oleh Majikan”Ini Berfungsi? Apabila majikan menanggung cukai pekerja, ia biasanya melibatkan pembayaran langsung kepada pihak berkuasa cukai tanpa potongan daripada gaji kasar pekerja. S
ebagai contoh, jika seorang pekerja mempunyai gaji kasar RM4,000 dan cukai sebanyak RM400, tanpa cukai ditanggung oleh majikan, pekerja akan menerima gaji bersih RM3,600.
Namun, jika majikan menanggung cukai tersebut, pekerja akan menerima gaji penuh RM4,000 tanpa sebarang potongan.
Artikel berkaitan: Cara Daftar e-Filing 2025 Untuk Cukai LHDN
Manfaat kepada Pekerja
Polisi cukai ditanggung oleh majikan ini mempunyai beberapa manfaat kepada pekerja:
Kestabilan Kewangan: Pekerja tidak perlu risau tentang jumlah cukai yang perlu dibayar dan boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik. Kelebihan Kompetitif: Majikan yang menanggung cukai menarik minat lebih banyak pekerja kerana mereka melihatnya sebagai kelebihan. Kecekapan Masa: Pekerja tidak perlu menguruskan bayaran cukai sendiri, menjimatkan masa dan usaha. Manfaat kepada Majikan Walaupun cukai ditanggung oleh majikan ini kedengaran seperti membebankan majikan semata-mata, pihak majajikan jugak sebenarnya turut mendapat manfaat seperti berikut:
Peningkatan Kepuasan Pekerja: Dengan menawarkan pakej gaji yang menarik, majikan dapat meningkatkan kepuasan pekerja dan mengekalkan bakat dalam organisasi. Kelebihan Dari Sudut Cukai: Majikan mungkin mendapat potongan cukai tambahan atau insentif daripada kerajaan kerana menanggung cukai pekerja mereka. Peningkatan Produktiviti: Pekerja yang kurang risau tentang isu kewangan lebih fokus dan produktif di tempat kerja. Tanggungjawab Majikan dalam Pelaksanaan Cukai Ditanggung Majikan mempunyai tanggungjawab tertentu dalam memastikan pelaksanaan cukai ditanggung berjalan lancar:
Pendaftaran Nombor Majikan: Majikan perlu mendaftar nombor majikan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Potongan Cukai Bulanan (PCB): Walaupun majikan menanggung cukai, mereka masih perlu membuat potongan cukai bulanan berdasarkan jadual PCB atau kaedah pengiraan berkomputer dan menyerahkan amaun tersebut kepada LHDN sebelum atau pada 15hb bulan berikutnya. Pengemukaan Penyata: Majikan perlu mengemukakan penyata seperti Borang E bersama C.P.8D sebelum atau pada 31 Mac tahun berikutnya. Penyediaan Penyata Saraan: Majikan harus menyediakan dan menyerahkan kepada pekerja penyata saraan (Borang EA/EC) pada atau sebelum hari terakhir bulan Februari tahun berikutnya. Penyimpanan Rekod: Majikan perlu menjaga dan menyimpan rekod selama tempoh 7 tahun dan memastikan rekod tersebut mudah dicapai oleh LHDN jika diperlukan. Tanggungjawab Pekerja Walaupun majikan menanggung cukai, pekerja masih mempunyai tanggungjawab tertentu:
Pemberitahuan kepada LHDN: Pekerja perlu memaklumkan status percukaian mereka kepada LHDN dalam tempoh dua bulan selepas mula bekerja di Malaysia. Pemfailan Borang Cukai: Pekerja mesti memfailkan borang cukai tahunan, seperti Borang BE, BT, atau B, mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh LHDN. Pembayaran Cukai: Pekerja perlu memastikan semua cukai pendapatan, termasuk jumlah perkuisit seperti cukai yang ditanggung oleh majikan, dilaporkan dan dibayar tepat pada masanya. Penalti Akibat Kegagalan Mematuhi
Kegagalan mematuhi tanggungjawab percukaian boleh mengakibatkan penalti:
Bagi Majikan: Gagal melaksanakan PCB dengan betul boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM20,000 atau penjara sehingga enam bulan. Bagi Pekerja: Kegagalan memfailkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) boleh menyebabkan denda antara RM200 hingga RM20,000, atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali. Undang-undang cukai di Malaysia sentiasa berubah. Oleh itu, penting bagi majikan dan pekerja untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkenaan dengan cukai pendapatan dan faedah-faedah lain yang mungkin berkaitan.
Cukai ditanggung oleh majikan adalah satu insentif yang memberi manfaat kepada kedua-dua pekerja dan majikan.
Pertanyaan dan maklumat lanjut Untuk memastikan ketepatan dan mengelakkan kesilapan, disarankan agar anda merujuk kepada bahagian Sumber Manusia syarikat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cukai-ditanggung-oleh-majikan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cukai-ditanggung-oleh-majikan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 279 hits
Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e Filing 2025 e Filing akan bermula 1 Mac ini Sebelum boleh buat e Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN Adakah anda layak dikenakan cukai Tahukah anda kebanyakan bantua...
Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama

Panduan Isi E Filing 2025 Declare Cukai Pendapatan Kali Pertama

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 787 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri memaklumkan pembayar cukai boleh mengakses sistem e Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2025 Bagi yang pertama kali ingin mengisi e Filing di sini kami kongsikan langkah langkahnya Tarikh Mula e ...
Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

Pm Anwar Optimis Lhdn Mampu Pungut Cukai Lebih Baik

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 127 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke 29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025 CYBERJAYA 10 Mar Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri mampu mempero...
Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya Maksud Contoh Peribahasa

Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya Maksud Contoh Peribahasa

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 110 hits
Peribahasa Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya merupakan salah satu peribahasa yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Peribahasa ini merujuk kepada sifat yang ada bagi seseorang anak tersebut adalah mengikut daripada orang tua mereka M...
Maksud Umrah Cara Mengerjakan Ibadah Umrah

Maksud Umrah Cara Mengerjakan Ibadah Umrah

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 166 hits
PENGERTIAN UMRAHUmrah ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dan melakukan niat ihram tawaf saie bertahalul dan mengikut tertib Dalil daripada Al Quran ialah Firman Allah SWT Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah SWT Al Baqara...
Maksud Nasi Kerabu Kosong

Maksud Nasi Kerabu Kosong

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 151 hits
Nasi kerabu kosong Itu istilah merujuk kepada nasi kerabu yang tiada lauk tetapi ada bahan asas yang layak dipanggil nasi kerabu dan boleh dimakan tanpa perlu ada tambahan bahan lain Nasi kerabu kosong boleh dianggap sebagai nasi kerabu asl...
10 Oleh Oleh Khas Garut Yang Wajib Dibeli Gak Cuma Dodol Garut Aja

10 Oleh Oleh Khas Garut Yang Wajib Dibeli Gak Cuma Dodol Garut Aja

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 121 hits
Apa aja oleh oleh khas Garut yang bisa kamu bawa pulang Ternyata Garut punya beragam kue yang cocok buat oleh oleh keluarga sahabat kolega hingga rekan kerja Bicara wisata Garut pasti bakal teringat dengan keindahan alam dan suasananya yang...
3 Kategori Sekolah Maksud Sekolah Inspirasi Aspirasi Fokus

3 Kategori Sekolah Maksud Sekolah Inspirasi Aspirasi Fokus

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 125 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan untuk membahagikan sekolah kepada 3 kategori sekolah iaitu Sekolah Fokus Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi Langkah pembahagian jenis sekolah ini dibuat sebagai pendekatan baharu dalam u...
Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

Mytax Hasil Cara Daftar Login E Filing 2025 Kali Pertama

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 140 hits
Semua individu yang layak dikenakan cukai pendapatan digalak memanfaatkan gerbang dalam talian MyTax LHDN atau e filing Semua pembayar cukai yang layak dikenakan cukai perlu menghantar borang penyata cukai pendapatan mulai 1 Mac ini dan bol...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam