Cara Buat Link Di Profil Instagram
Cara Buat Link Di Profil Instagram
Kalau sebelum ni pemilik bisnes hanya menumpukan jualan semata-mata di platform Facebook, tapi sekarang dah ramai yang sedar sebenarnya dekat platform Instagram pun boleh buat jualan. Antara salah satu fungsi berguna pemilik bisnes kena tahu adalah kelebihan meletakkan link di profil Instagram.
Antara contoh link yang boleh diletakkan adalah seperti link whatsapp, website, Telegram, link media sosial dan juga blog. Link whatsapp contohnya adalah untuk memudahkan pelanggan menghubungi penjual tanpa perlu save no telefon penjual.
Bagi Influencer pula, antara situasi yang sering berlaku adalah apabila terlibat dalam sesuatu kempen, client akan minta Influencer untuk promote link di Instagram dan kadang-kadang kena promote lebih daripada satu link.
Bagi influencer yang mempunyai 10 ribu followers tiada masalah kerana mereka boleh guna fungsi “Swipe up”. Jadi, alternatif untuk Influencer yang masih belum mencapai 10 ribu followers adalah dengan meletakkan link di bio / profil kau orang.
Letak Link Di Profil Instagram Guna Aplikasi Unfold
Aku nak kongsikan cara buat link yang banyak menggunakan aplikasi Unfold. Sebelum ni aku pernah cuba aplikasi linktree tapi tidak berjaya disebabkan aku ada masalah dengan link blog. Panjang cerita dia, nanti aku ada peluang aku cerita di lain entri.
Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas
3 fungsi utama Unfold adalah Templates untuk buat IG Story, Studio untuk edit gambar dan juga video, serta Bio Sites untuk create profile dan links.
Perkara pertama semestinya kena download dulu aplikasi Unfold di App Store bagi IOS dan Google Play bagi Android. Register dan log in kemudian pilih tab ‘Bio Sites’ dekat tab bahagian bawah macam dalam gambar aku tunjuk tu.
Oleh sebab aku dah create awal jadi aku tekan 'Edit Bio Site'.
Kemaskini Tab Bio Sites
Ada tiga tab perlu di isi iaitu; Profile, Socials & Link.
Wajib isi semua maklumat di setiap column di sediakan. Bahagian Profile isikan nama dan bio. Masukkan semua detail untuk tab Socials seperti Instagram, Twitter, email dan kalau ada Youtube letak lah sekali.
Tab ketiga ialah ‘Links. Hanya isi Link Name dan juga URL. Sebagai contoh aku letak Link Name – Blog. dan URL ialah link blog Rodiah Amir. Dah puas hati tekan save dan setiap kali ada penambahan boleh tekan Update.
Your Bio Site is Live! yeay
Langkah seterusnya ialah copy link di aplikasi Unfold dan kemudian paste link tersebut ke profile Instagram kau orang di bahagian Website. Jangan lupa tekan done. Selesai.
Boleh tengok contoh di Instagram aku ni.
Log in Instagram, pilih Edit Profile. Di bahagian 'Website' paste kan link yang kau orang copy dari Unfold tadi. Tekan submit / save.
Dah siap boleh test tengok link kau orang aktif tak.
Cara Edit Video Guna Telefon Bimbit
Kelebihan Aplikasi Unfold
Aku suka betul aplikasi Unfold sebab banyak features dia yang menarik dan percuma. Kelebihan kalau subscribe dan bayar kita boleh customize nama link, then untuk IG story pun kita akan dapat banyak pilihan Templates menarik.
Ada budget dan memang rasa berbaloi boleh guna Unfold berbayar.
Bagi aku cukup lah guna yang free ni. Itu pun tak habis explore lagi. Dalam satu app lengkap untuk edit gambar, edit video, buat IG Story dan link.
Okey, setakat ini je perkongsian aku. Kalau ada yang tak faham atau nak minta aku explain more please drop comment or DM je dekat IG atau Facebook. Ada kesempatan In Sha Allah aku reply.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/03/cara-buat-link-di-profil-instagram.html