Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul Tutorial Bergambar


Cara Masak Sagu Biji Dengan Sukatan Air Yang Betul | Tutorial Bergambar | Salam semua, biji sagu banyak jenis dan ikut saiz juga dan bermacam warna. Selalu sis beli sagu yang jenis saiz kecil. Biasa buat sagu gula melaka guna sagu yang saiz bulat - bulat kecik. Sagu sebenarnya ada cara masak sagu yang betul. Nak pastikan tak terlembik dan tak tak keras. Dulu tak berapa pandai juga nak masak sagu. Lepas try and error,tips macam ini lah yang buat sampai sekarang. 
Ada orang dia tak basuh sagu selepas masak. Terus tuang dalam bekas nak sejukkan. Kalau buat macam ini boleh jugak, tapi berlendir sangat lah. Lagipun, bila panas - panas nak sejukkan dalam bekas, biji sagu tu dah tak nampak dah. Ia jadi macam lembik. 
Kalau basuh dulu sagu sebelum tuang dalam bekas nak sejukkan biji sagu tu nampak cantik, lagipun yang lendir - lendir dia tu hilanglah dah kita basuh, sambil sejukkan biji sagu tu tak nak bagi terlalu kembang. Faham kan
Ok lah, ini tips mudah untuk masak sagu. Dah tahu tips  macam ini tak nak buat yang lain dah. Tak tahu lah takut kalian ada tips yang lain kan. Mana lah tahu.

Cara Masak Sagu Biji Dengan Betul 
Bahan - Bahan 
1 cawan sagu
3 cawan air
5 titis pewarna sirap ros ( kalau nak nampak merah tambah lagi ya )

Cara - cara boleh rujuk gambar - gambar di bawah : 
#Langkah 1 

Untuk biji sagu,  sis memang tak basuh. Yang pertama kita buat dulu, sukatan air untuk masak sagu. Untuk  satu cawan sagu adalah 3 cawan air. Panaskan air sampai mendidih. Sebelum itu titiskan pewarna ros sirap.

Tutuplah periuk tu nak cepat didih kan. Selepas didih, buka tudung periuk, ambil senduk dan kacau putarkan air sambil tangan kiri pegang senduk sambil tangan satu lagi tuangkan sagu ke dalam periuk ( gambar tak ada sebab tak ada tukang yang nak ambil gambar )

Kenapa buat macam tu ? Sebab tak nak sagu tu bergentel. Sagu ni macam gam, sentuh air panas sikit dah melekat. Kalau buat cara macam ni. Sagu tu sekata tak melekat sebab masa kita masukkan dalam keadaan air memutar. Cakap dah macam eksperimen sains.  Kalau nak letak terus pun boleh lambat kacau, kekadang ia bergentel sana sini.

Gambar atas yang dah kacau, sagu tak nampak ya. Dah lah air merah, sis guna pewarna air sirap

#Langkah 2 

Cara rebus sagu supaya cantik kena lah kacau sekali -sekala. Tak nak melekat kat dasar periuk. Kena kacau jangan tak kacau dok diam dalam tu tak jadi kerja lah

#Langkah 3 

Yang ini sagu dah nampak, dah mendidih nampak pekat sambil- sambil kacau kan. Sagu ni ada orang suka nampak sagu mata ikan, ada orang tak suka. Bagi wani tak kisah, tapi untuk tips ini, bila dah nampak sagu mata ikan macam ni terus tutup api

#Langkah 4 

Ambil tudung periuk dan terus tutup periuk, kenapa tutup.? Sebab bila tutup haba kepanasan dalam periuk tu akan memasakkan lagi sagu. Nak mata ikan ke tak nak mata ikan juga pun boleh. Tapi wani tak syorkan lama-lama nak tutup, sebab takut sagu terlembik, tutup dalam 2- 3 minit dah ok.

Kalau nak tengok sambil -sambil buka tudung tu boleh jugak, sambil senduk buka kacau sekejap dan tutup balik. Sekiranya nak "masakkan" lagi lah. Bagi wani, dah nampak mata ikan pun ok lagi

#Langkah 5 

Ok kemudian, ini rupanya selepas tutup sekejap, tutup tu bukan api terbuka. Tutup tudung selepas tutup api. Baca balik arahan kat atas Ok. Pandangan dekat sikit kat senduk tu ada sikit-sikit jer yang jadi mata ikan tu

Kalau kalian tanya nak masak sagu ni berapa lama. Itu bergantung kepada berapa cawan sagu guna dan api pulak ya. Sis, biasany masak ni tak adalah guna api besar. Masak guna api sederhana saja. 
#Langkah 6 

Kemudian, kita nak alirkan air kat sagu, sagu tadi, tuangkan ke dalam penyejat macam ni. Penyejat ni lubang kecik, wani tak boleh  guna penyejat lubang besar, sebab sagu jadi  nak keluar dari lubang tu. Kecik sangat lubang kat penyejat tu ya.

Tak nampak gambar air lalu. Sebab tak ada orang nak ambil gambar

#Langkah 7
Kemudian, sagu yang dah dialirkan air, kita alirkan air sampai kanji sagu tu keluar. Biar nampak biji - biji sagu macam ni. Kan cantik,  nampak berbiji- biji. Macam mutiara, yang nampak mata ikan pun ada jugak.Kalau nak hilangkan kanji dalam sagu baik basuh ya


Akhir sekali tuangkan masuk ke dalam bekas sebelum disejukkan di dalam peti. Boleh lah nak makan cara macam mana. Nak buat sagu gula melaka ke, macam - macam style orang makan sagu kan.

Ini sahaja tips dari sis, cara masak sagu putih macam mana. Harap yang masih tak pandai masak sagu. Sis harap perkongsian ini dapat membantu.

Artikel Yang Lain :
1. Kadar Tukaran Unit Sukatan Bahan Dari Cawan Ke Gram
2. Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato
3. Tips Goreng Telur Dadar Gebu Dan Sedap Tanpa Mayonis
4. Resepi 30 Hari Menu Berbuka Puasa Yang Simple Dan Sedap


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2017/03/tip-untuk-masak-sagu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Kali Tanam Tapi Tidak Tumbuh Begini Cara Semai Biji Durian Yang Betul

Banyak Kali Tanam Tapi Tidak Tumbuh Begini Cara Semai Biji Durian Yang Betul

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 640 hits
Banyak kali tanam biji durian tapi tidak hidup mari saya kongsikan teknik yang betul menyemai biji durian supaya semua tumbuh 1 Sebaik makan durian jangan buang biji terus cuci bersih bersih dan rendam dengan air biasa satu atau dua malam s...
Cara Masak Nasi Kukus Yang Mudah Tak Berkerak

Cara Masak Nasi Kukus Yang Mudah Tak Berkerak

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 288 hits
Nasi kukus memang enak Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan Lebih lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai ayam goreng berempah panas serta sambal Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni bolehlah guna teknik serta sukatan...
Mudah Sedap Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

Mudah Sedap Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 397 hits
Sesekali masak hidangan istimewa untuk keluarga memang puas hati Enoh lebih lagi kalau suami dan anak anak makan dengan penuh berselera Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang di hari ni Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara ya...
Cara Dan Waktu Timbang Berat Yang Betul

Cara Dan Waktu Timbang Berat Yang Betul

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum Ok hari ini aku nak kongsikan mengenai TIMBANG BERAT Masa dan ketika yang betul Aku tahu banyak carian di google untuk perkara ini tapi masih banyak yang timbang pada waktu yang salah pic credit to https berserkon com Bagi m...
Resipi Pais Ikan Kembung Sedap Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar

Resipi Pais Ikan Kembung Sedap Boleh Masak Cara Kukus Atau Bakar

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 322 hits
Bagi penggemar hidangan Pais Ikan Kembung boleh cuba resipi perkongsian saudari Nur Suhadah Sanusi ni Sangat ringkas namun membuka selera Sesuai bagi anda yang tak punya banyak masa di dapur Nak masaknya pun mudah Boleh guna air fryer magic...
Cara Guna Gear Automatik Dengan Betul Ramai Yang Selalu Silap

Cara Guna Gear Automatik Dengan Betul Ramai Yang Selalu Silap

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 362 hits
Tok tak pernah bawa kereta auto tapi pernah setakat nak parking kereta auto tu Tapi drive jauh memang tak pernah Ramai kata gear auto senang tapi sebenarnya tak semudah disangka Sebenarnya kereta gear auto ni kena lagi jaga dan berhati hati...
Cara Masak Ikan Siakap Tomyam Yang Padu Habis Macam Restoren Thai Buat Pun Senang

Cara Masak Ikan Siakap Tomyam Yang Padu Habis Macam Restoren Thai Buat Pun Senang

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 281 hits
Bila tanya menu siakap yang best selalunya yang teringat siakap 3 rasa atau siakap stim Apa kata cuba menu yang lain pula
Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah

Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Menggunakan Periuk Kawah

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 589 hits
Cara Masak Nasi Dalam Kuantiti Banyak Periuk nasi kawah digunakan untuk memasak nasi dalam kuantiti banyak Perbezaan periuk nasi kawah dengan periuk nasi biasa adalah dari segi saiz dan kaedah memasaknya menggunakan periuk kawah perlu dibua...
Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm