Cara Bayar Saman Parking Online
CARA BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR)
Kebiasaan mesti akan pernah terjadi kepada anda mengenai saman atau kompaun parking ini. Yang menjadi rumitnya adalah untuk membuat bayaran saman parking. Terkini anda boleh membayar saman parking secara online sahaja. Bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara membayar saman parking online DBKL, JOHOR dan Selangor, semoga membantu.
BAYAR SAMAN PARKING MELAKA ONLINE
Sekiranya anda dikenakan saman parking Melaka, berikut adalah merupakan cara untuk buat bayaran saman parking secara online:
Layari pautan MyFPXMBMB: https://myfpx.mbmb.gov.my/myfpx/index.cfm
Utuk kali pertama anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu (sekiranya telah mempunyai akaun terus ke No 3)
Log masuk akaun MyFPXMBMB anda
Pada paparan utama terdapat 4 Jenis Carian Maklumat Bil
Carian Akaun Cukai Taksiran
Carian Akaun Sewa Gerai
Carian Bil Kompaun
Carian Bil Pelbagai
Klik pada Carian Bil kompaun.
Pada Semakan Maklumat kompaun, masukkan maklumat seperti berikut untuk menyemak maklumat bil anda iaitu:
Kompaun diruang “No.Kompaun” atau No.Plat diruang “No.Plat Kenderaan” atau
Kad Pengenalan diruang “No.KP
Setelah lengkap klik semak. Paparan akan menunjukkan Maklumat Bil Kompaun tersedia
Seterusnya klik pada kotak pilihan “Bayar” untuk menambah bil untuk konformasi dibayar.
Kemudian klik pada Semak Bakul beli-belah untuk senarai bil yang konformasi untuk dibayar.
Senarai bil yang perlu dibayar akan terpapar, Klik butang “Semak Keluar” untuk konformasi membayar. Sila sahkan jumlah bayaran untuk dibayar.
Ikuti proses pembayaran FPX sehingga selesai
Status Bayaran akan dipaparkan dan resit bayaran boleh dicetak.
Pengguna akan terima notifikasi email makluman status bayaran yang telah dibuat.
Selesai
BAYAR SAMAN PARKING ONLINE SELANGOR
Sekiranya anda dikenakan saman parking Selangor, berikut adalah merupakan cara untuk buat bayaran saman parking secara online:
Pastikan anda download dan install aplikasi Smart Selangor
Bagi pengguna kali pertama, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Untuk panduan cara daftar Smart Selangor
Buka aplikasi Smart Selangor anda
Kemudian klik pada Scan & Pay Compound
Kemudian anda dikehendaki (pilih salah satu):
Scan Compound Barcode – pada resit saman
Masukkan no kenderaan anda
Maklumat detail saman anda akan tertera. Pastikan anda sahkan maklumat tersebut dan Klik pada Pay
Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan dan teruskan sehingga pembayaran selesai.
BAYAR SAMAN PARKING ONLINE JOHOR
Sekiranya anda dikenakan saman parking Johor, berikut adalah merupakan cara untuk buat bayaran saman parking secara online:
Layari pautan eKhidmat Johor: http://johor.ekhidmat.my/ekhidmat/public/user/new
Utuk kali pertama anda dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu (sekiranya telah mempunyai akaun terus ke No 3):
Klik pada Daftar Masuk dan klik pada Daftar Akaun
Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
Tick pada I’M Not A Robot dan klik Simpan
Pendaftaran anda selesai dan boleh kembali untu Login
Log masuk akaun eKhidmat dengan menggunakan Email dan Kata Lalaun anda
Pada pilihan Agensi, pilih bandar yang anda kena saman parking di bawah Negeri Johor
Kemudian anda akan dibawa terus ke halaman dashboard website Agensi tersebut.
Klik pada menu Bayar dan pilih Kompaun
Masukkan nombor kenderaan yang kena saman atau masukkan nombor ID kompaun (terdapat pada resit saman). Kemudian klik semak
Paparan saman anda akan tertera beserta dengan jumlah yang dikenakan. Kemudian klik pada Tambah Ke Akaun Pembayaran.
Klik pada bil pembayaran dan pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan
Klik butang bayar dan teruskan sehingga pembayaran selesai.
NOTA: Sekiranya anda membuat pembayaran awal, anda akan dapat diskaun saman lebih dari 50%.
ARTIKEL BERKAITAN
DISKAUN SAMAN JPJ / AES / SPAD (Semak Tawaran Terkini)
CUKAI TAKSIRAN/PINTU (Cara Bayar Online Setiap PBT)
The post CARA BAYAR SAMAN PARKING ONLINE (MELAKA/JOHOR/SELANGOR) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/bayar-saman-parking-online.html