Cara Beli Tiket Wayang Online
Dengan adanya kemudahan pembelian tiket online, anda tak perlu lagi beratur di pawagam untuk beli tiket wayang bagi menonton filem kegemaran anda.
Beli saja secara online dari mana pun anda berada. Caranya juga sangat mudah.
Tanpa melengahkan masa, jom kita ikuti cara-cara pembelian tiket wayang secara online di MBO, GSC dan TGV.
Baca Juga : Cara Beli Tiket Bas Online Ke Seluruh Negeri Di Semenanjung Malaysia
Cara Beli Tiket Wayang Online (MBO)
Ingin beli tiket wayang MBO? Ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut :
Buka aplikasi MBO Cinema (Google Playstore/ Apple Store) atau layari pautan https://mbocinemas.com/browsing/
Untuk buat pembelian tiket, anda perlu log masuk menggunakan akaun anda. Jika anda pengguna baharu, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu.
Cari pawagam berdekatan atau pawagam pilihan anda dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemas.
Klik pada View Showtimes untuk lihat senarai filem yang sedang dimainkan di pawagam. Anda juga boleh klik pada search untuk pilih filem yang anda ingin tonton.
Klik pada filem pilihan anda. Seterusnya, senarai waktu tayangan akan dipaparkan mengikut lokasi pawagam. Pilih salah satu waktu tayangan.
Kemudian, anda perlu buat pilihan jenis tiket mengikut jumlah dan kategori yang ditawarkan seperti berikut :
Adult Standard
Child Standard
Single Pack (Adult Standard + Single Pack Combo Voucher)
Share Pack (Adult Standard + Share Pack Combo Voucher)
Share Pack Included Combo
Adult Couple
Kemudian, klik Continue untuk buat pilihan tempat duduk yang masih kosong.
Seterusnya, semak pengesahan yang tertera dan klik Checkout.
Isikan butiran yang diperlukan secara lengkap dan klik Continue.
Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan, tandakan pada kotak terma dan syarat dan tekan Pay Now. Buat pembayaran sehingga selesai.
Proses pembelian tiket selesai.
Cara Beli Tiket Wayang GSC Online
Muat turun aplikasi GSC Cinema di Google Playstore / Apple Store atau layari laman web GSC di pautan https://www.gsc.com.my/main/home
Pelanggan baharu perlu daftar/ Sign Up untuk buat tempahan tiket secara online. Pelanggan yang sudah ada akaun boleh Sign In seperti biasa.
Selepas anda log masuk, pergi ke laman utama dan pilih filem yang anda ingin tonton. Anda juga boleh tekan ikon Search untuk cari filem pilihan anda.
Tekan pada filem pilihan anda dan pilih pawagam berhampiran serta tarikh dan masa tayangan yang anda inginkan.
Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian pemilihan tempat duduk. Pilih seat yang masih kosong dan tekan Confirm.
Seterusnya, anda perlu pilih tiket berdasarkan kategori dan bilangan sama ada dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar.
Tekan Confirm untuk sahkan pembelian tiket. Setelah itu, anda boleh buat pembelian tambahan untuk makanan jika anda mahu. Jika tidak berminat, anda boleh skip langkah ini dan terus ke proses pembayaran.
Pada laman Summary, semak semua maklumat dan pastikan ia betul. Kemudian, tandakan tick pada Terma dan Syarat. Selepas itu, tekan Checkout & Pay.
Pilih kaedah pembayaran dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.
Pembelian tiket GSC secara online selesai. Anda boleh semak pembelian tiket di Profile > My Tickets.
Cara Beli Tiket Wayang TGV Online
Berikut merupakan cara-cara untuk beli tiket wayang TGV secara online :
Buka aplikasi TGV Cinema (Google Play/Apple Store) atau layari pautan TGV di https://www.tgv.com.my/
Log masuk akaun anda. Jika anda baru pertama kali ingin membeli secara online, anda perlu daftar akaun terlebih dahulu.
Anda boleh pilih filem-filem yang sedang ditayang di halaman utama. Anda juga boleh cari filem pilihan anda di bahagian Search.
Untuk mula menempah tiket, pilih lokasi pawagam TGV berdekatan dengan klik pada ikon Cinemas.
Seterusnya, akan dipaparkan senarai filem, tarikh dan waktu mengikut lokasi pawagam yang anda pilih. Di sini, anda perlu tetapkan tarikh dan hari tayangan pada bahagian atas untuk buat tempahan.
Seterusnya, scroll ke bawah dan pilih waktu tayangan bagi filem yang anda nak tonton.
Kemudian, Sign in jika anda mempunyai akaun TGV. Jika ingin mendaftar sebagai ahli, tekan butang Join Now.
Nota : Anda juga boleh beli tanpa mendaftar dengan klik butang Continue as Guest. Masukkan alamat e-mel yang aktif serta nombor telefon pada bahagian Guest Details dan tekan Proceed.
Pilih tempat duduk yang masih tersedia atau belum ditempah. Selepas itu, tekan butang Continue.
Anda akan dibawa ke bahagian Select Ticket Type utuk pilih jenis tiket mengikut kategori yang disenaraikan berserta jumlah harga tiket. Tekan Continue.
Selepas itu, anda boleh tambah makanan atau minuman yang ditawarkan TGV. Tekan butang Continue untuk teruskan pembelian.
Semak semua butiran pembelian dan pastikan semuanya tepat. Kemudian, tekan Pay Now.
Pilih kaedah pembayaran yang anda ingin gunakan dan lengkapkan proses hingga selesai.
Pembelian tiket anda dikira berjaya jika status pembelian tiket dipaparkan.
Cara Beli Tiket Wayang Online LFS Cinema
Untuk membeli tiket secara online, anda perlu mendaftar sebagai ahli di laman web www.lfs.com.my.
Jika anda sudah mendaftar, terus log masuk akaun anda.
Pergi ke ‘Quick Book’ dan pilih tarikh, tajuk filem, lokasi pawagam, waktu tayangan serta tempat duduk yang anda inginkan.
Kemudian, isikan butiran pembayaran dalam sistem e-ticketing untuk sahkan tempahan.
Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan tempahan tiket wayang termasuk nombor tempahan dan ID.
Secara keseluruhannya, keempat-empat langkah pembelian tiket online adalah hampir sama untuk memudahkan penonton.
Untuk keterangan lanjut mengenai pembelian tiket, sila layari laman web pawagam masing-masing.
Akhir kata, selamat menonton dan semoga perkongsian ini dapat membantu anda buat pembelian dengan lebih lancar. Selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/cara-beli-tiket-wayang-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-beli-tiket-wayang-online