Aku Kena Saman Sebab Parking Kereta Di Parking Oku Pengadu Tuntut Penjelasan Mpkl


(Video) 'Aku kena saman sebab parking kereta di parking OKU' - Pengadu tuntut penjelasan MPKL




Tular di media sosial, seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya (OKU) mengakui dia berasa bingung dengan tindakan pihak berkuasa tempatan yang mengenakan kompaun/saman terhadapnya kerana meletakkan kenderaan di petak khas untuk golongan OKU. 

Roslan Jajuli, terdahulu memuat naik video tersebut di platform TIkTok berkongsi mengenai kejadian yang menimpanya semalam, mengundang banyak reaksi netizen. 


"Aku kena saman sebab parking kereta di parking khas OKU. Bayar je lah, RM20 kan? Nanti aku ambil resit," katanya. 


Berdasarkan video, kenderaan milik Roslan mempunyai pelekat OKU dan kenderaannya juga diparkir dalam keadaan yang baik tanpa melebihi garisan. 


"Aku parking cantik, bukannya parking senget-senget ke apa, tak ada kan? Masalahnya aku disaman sebab parking di tempat OKU. 


"Aku baru tahu kalau (OKU) parking di tempat OKU adalah salah," ujarnya. 


Hal itu mengundang kehairanan Roslan, bagaimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menjalankan tugas tanpa memeriksa terlebih dahulu sama ada kenderaan itu mempunyai pelekat OKU atau sebaliknya. 


"Kereta aku disaman MPKL. Tempat di saman, kat Morib atas kesalahan parking kereta di tempat letak kereta Orang Kurang Upaya. Sticker OKU yang sebesar macam ini pun dia (penguatkuasa MPKL) tak nampak? 


"Lain kali kau janganlah saman kereta aku, takkanlah sticker besar-besar macam ini pun tak nampak?" katanya. 


@roslanjajuli Saman #saman #samanparking #morib #majlisperbandaran ♬ original sound - roslanjajuli

Sementara itu di ruangan komen, netizen meminta Roslan pergi ke pejabat MPKL untuk menuntut penjelasan kerana ada sesetengah yang berpendapat Roslan berkemungkinan perlu berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan pelekat OKU yang mempunyai nombor siri. 


"Mungkin sebab abang tak daftar parking kat PBT. Saya pun OKU juga, berdaftar dengan PBT, dapat sticker OKU PBT ada nombor siri sekali. Sticker biru untuk cermin belakang," kata Elmi. 


Menurut segelintir netizen, PBT berbuat demikian kerana sesetengah pemilik kenderaan mengambil kesempatan untuk meletakkan kenderaan di petak khas OKU dengan menggunakan pelekat OKU palsu. 


"Kadang-kadang bukan apa, mesti ada yang mengambil kesempatan. Tampal sticker, selepas itu park di tempat OKU, padahal pemandunya tak OKU pun," kata Vago. 


Namun, ada juga OKU yang mengadu dia sudah berdaftar dengan PBT dan diberi pelekat OKU. Tetapi tetap disaman apabila meletakkan kenderaan di petak khas OKU. 


"Saya pun pernah kena nasib yang sama. Dah daftar dekat PBT, siap dapat sticker lagi. Tetapi tetap kena saman juga," kata Haswanzz. 


Sumber: Roslan Jajuli


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/12/video-aku-kena-saman-sebab-parking.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelekat Oku Pengadu Berbeza Dengan Versi Dikeluarkan Jpj Kerajaan Selangor Mpkl Jawab Video Viral Driver Oku Disaman

Pelekat Oku Pengadu Berbeza Dengan Versi Dikeluarkan Jpj Kerajaan Selangor Mpkl Jawab Video Viral Driver Oku Disaman

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 210 hits
The ReporterAhad lalu seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya mengadu dikompaun kerana meletakkan kenderaannya di petak khas bagi golongan OKU di Pantai Morib Roslan Jajuli melalui video yang dimuat naik di TikTok mempertikaikan tindakan...
Menteri Komunikasi Tuntut Penjelasan Dari Tiktok Malaysia Kerana Benarkan Penggunanya Sebar Mesej Pelampau Politik

Menteri Komunikasi Tuntut Penjelasan Dari Tiktok Malaysia Kerana Benarkan Penggunanya Sebar Mesej Pelampau Politik

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 249 hits
The ReporterMenteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dilaporkan akan bertemu dengan wakil TikTok Malaysia susulan platform itu membenarkan penyebaran video berunsur propaganda kebencinan melibatkan rusuhan berdarah 13 Mei 1969 ...
Cara Bayar Saman Parking Online

Cara Bayar Saman Parking Online

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 351 hits
CARA BAYAR SAMAN PARKING ONLINE Kebiasaan mesti akan pernah terjadi kepada anda mengenai saman atau kompaun parking ini Yang menjadi rumitnya adalah untuk membuat bayaran saman parking Terkini anda boleh membayar saman parking secara online...
Women S Ministry Working On Amendments To Oku Act

Women S Ministry Working On Amendments To Oku Act

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 133 hits
Wong Yoon Loong executive director of the National Council for the Blind Malaysia being presented with the Special OKU Award PUTRAJAYA The government is working to resolve amendments to the Persons with Disabilities Act 2008 before they are...
Kereta Merajuk

Kereta Merajuk

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 296 hits
Kawan suami ajak temankan pergi showroom Layan kawan pergi ajelah Suami pun ambil gambar kereta dalam tu whatsapp kat bininya Hati berkenan katanya Tapi duitnya pulak tak berkenan tak semena mena Kereta yang sedia ada merajuk Adehhh Kuat sa...
The Colours Of Life Hari Oku Sedunia 2022

The Colours Of Life Hari Oku Sedunia 2022

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 343 hits
The Colours of Life Hari OKU Sedunia 2022 Selamat Hari OKU Sedunia 2022 Transformasi Ke Arah Pembangunan Inklusif Peranan Inovasi Dalam Memenuhi Aksesibiliti Dan Kesaksamaan OKU https youtube com shorts AznLWz8xpDA feature share mknaceunlim...
Sambutan Hari Oku 2022

Sambutan Hari Oku 2022

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 314 hits
3 Disember merupakan tarikh Hari OKU Sedunia Sambutan Hari OKU Sedunia pada tarikh 3 Disember adalah sebagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan p...
Hebat Kasih Ayah Biarpun Oku Caranya Lindungi Anak Terkena Hujan Buat Ramai Sebak

Hebat Kasih Ayah Biarpun Oku Caranya Lindungi Anak Terkena Hujan Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 285 hits
Hebatnya kasih seorang ayah Dalam keadaan diri yang istimewa dia tetap nak buat terbaik untuk anak anak Baru baru ini tular di TikTok satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki kelainan upaya yang melindungi anaknya menggunakan baju...
Toyota Dinobatkan Jenama Kereta Paling Dipercayai Mercerdes Benz Tercorot

Toyota Dinobatkan Jenama Kereta Paling Dipercayai Mercerdes Benz Tercorot

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 146 hits
Consumer Reports mengeluarkan senarai jenama kereta dipercayai berdasarkan ujian dan data mereka dari tahun 2000 Tinjauan ini disertai oleh jurutera wartawan penyelidik dan para saintis Data dikumpul adalah daripada lebih 300 000 kenderaan ...
Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Macc Economy Ministry To Set Up Special Task Force

Come Invest In Malaysia Anwar Tells Thai Conglomerates

Cadangan Pendekatan Baharu Untuk Menjana Dana Pusat Pembelajaran Islam Madrasah Tahfiz

Filem Balas Balik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hand Gum

Ramp Eyes Us Government As A Customer After Spotting Doge Tweet In Malay

Student Expresses Disappointment Over No Make Up Policy For School S Raya Celebration

Gaduh Rebut Kekasih Bapa 2 Anak Antara 3 Didenda Rm1 200

Bekas Suami Dewi Gunting Rambut Han Tindakan Cik Epal Curi Tumpuan Ramai Ada Yang Shaking

Industri Takaful Mungkin Rugi Rm800 Juta Rakyat Tersenyum Dapat Kurang Beban Kewangan