11 Sebab Tommy Thomas Adalah Peguam Negara Paling Gagal Dan Wajib Dipecat


SAYA fikir Tommy Thomas ini baik buka gerai karipap sajalah. Terlalu banyak kegagalan beliau dalam tempoh setahun sebagai Peguam Negara:
1. Beliau menggugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng sedangkan perbicaraan tengah berjalan.
2. Beliau menubuhkan sebuah tribunal bagi menyiasat dan menyingkirkan enam anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sedangkan semua anggota itu sudahpun meletakkan jawatan. Ini menyebabkan tribunal itu membuang masa dan sia-sia. Macammana nak pecat lagi orang yang dah berhenti kerja?.
3. Beliau gagal menasihati Perdana Menteri dengan betul sehingga Tun Mahathir membuat kenyataan bahawa perlembagaan Terengganu dan Johor terbatal apabila Persekutuan terbentuk. Sedangkan kuasa dan hak Raja-Raja Melayu dalam perlembagaan negeri terjamin berdasarkan Artikel 71 (1) Perlembagaan Persekutuan.
4. Beliau gagal memberikan nasihat yang betul kepada Tun dalam isu perlantikan MB Johor yang baru. Sedangkan Perdana Menteri tidak mempunyai apa-apa hak dari segi perlembagaan untuk menasihati Sultan Johor bagi perlantikan jawatan tersebut.
5. Beliau dirakam menari di dalam majlis sosial bersama seorang peguam kontroversi dan Ketua Hakim Negara. Tindakan ini dilihat bercanggah dengan taraf jawatan beliau dan menjejaskan integriti dan kepercayaan rakyat kepada kebebasan institusi tersebut.

6. Beliau memulakan krisis Pusat-Negeri apabila memfailkan saman sivil bagi pihak kerajaan Persekutuan ke atas kerajaan Kelantan dalam isu tanah orang Asli. Sedangkan apa-apa urusan bersabit tanah dan hutan adalah hak mutlak kerajaan negeri yang terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.
7. Beliau juga gagal menguruskan kes DS Najib Razak dengan baik, termasuk menambah pendakwaan pada saat akhir dan mengambil masa terlalu lama (6 bulan) bagi memindahkan kes ke mahkamah lain. Tindakan ini dikritik oleh orang kuat dan bekas Penasihat Undang-Undang Tun Mahathir; Haniff Khatri Abdullah.
8. Beliau gagal menyediakan salinan dokumen kepada pasukan pembelaan DS Najib ketika awal perbicaraan. Ini menyebabkan kes berprofil tinggi ini terpaksa ditangguhkan.
9. Beliau juga telah membawa minit mesyuarat yang belum disahkan sebagai bukti pendakwaan dalam kes DS Najib. Hakim telah menolak minit tersebut sebagai bahan bukti dan menyebabkan pasukan pendakwaan malu besar dalam perbicaraan beberapa hari lepas.
10. Tommy Thomas telah memfailkan afidavit bahawa arwah Adib meninggal dunia bukan sebab dipukul. Sedangkan inkues kematian Allahyarham sedang berjalan dan keputusan belum diperolehi.

11. Beliau telah mengarahkan peguam Syazlin yang berpandangan bahawa Arwah Adib dipukul agar digugurkan bagi mewakili Kementerian KPKT dalam kes inkues kematian Allahyarham. Kemudian beliau menggantikannya dengan peguam daripada pejabatnya sendiri yang sudah tentunya tertakluk dengan arahan beliau. Jadi buat apa buat inkues? Baik Tommy duduk dalam jamban bercakap sorang sorang buat keputusan sorang sorang.
Ini adalah 11 kegagalan paling besar Tommy Thomas yang telah mencalar integriti dan kesucian institusi Peguam Negara.
Tidak ada cara lain bagi mengembalikan kepercayaan rakyat melainkan dengan menggantikan beliau dengan individu yang lebih berkelayakan dan berintegriti. Kuasa memecat Peguam Negara (AG) adalah hak mutlak YDPA berdasarkan peruntukan perlembagaan yang menetapkan tempoh perkhidmatan AG adalah ditentukan oleh Duli Baginda selama perkenannya (at his pleasure).
Sekian. Kembalikan keadilan
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu
*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian portal ini.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/11-sebab-tommy-thomas-adalah-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan

Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 476 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara berasaskan 10 SEBAB yang digariskan seperti berikut Pendedahan Puan Syazlin Mansur bekas peguam kepada Kementerian Perumahan dan K...
Tania Nadira Jenguk Istri Tommy Kurniawan Usai Melahirkan Warganet Wajib Ditiru

Tania Nadira Jenguk Istri Tommy Kurniawan Usai Melahirkan Warganet Wajib Ditiru

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 145 hits
Sejumlah sahabat dan kerabat dekat Tommy dan Lisya menjenguk sang anak di rumah sakit Diantara yang menjenguk sang anak mantan istri Tommy Kurniawan Tania Nadira turut datang Tania bahkan mengunggah momen tersebut di akun instagram miliknya
Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 403 hits
Adakah wujud konspirasi di peringkat tertinggi untuk lindung pesalah BANGI Sejak dilancarkan Selasa lalu 21 923 rakyat sudah menandatangani petisyen atas talian bagi mendesak Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan Petisyen yang dilan...
Kpk Penyelenggara Negara Asn Wajib Laporkan Gratifikasi Sekecil Apapun Nilainya

Kpk Penyelenggara Negara Asn Wajib Laporkan Gratifikasi Sekecil Apapun Nilainya

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 219 hits
Jadi KPK menegaskan tidak ada batasan nilai dulu kan ada seolah olah ada informasi ada batasan nilai kalau parcel nilainya di atas sekian itu boleh diterima kami tegaskan tidak ada batasan nilai ujar Juru Bicara KPK Febri Diansyah
Ecommerce Adalah Kedai Paling Laris Dalam Dunia Ni

Ecommerce Adalah Kedai Paling Laris Dalam Dunia Ni

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 340 hits
Mesti anda tahu maksudnya apa kan Tak tahu takpe nanti saya terangkan apa itu e commerce ni Contoh yang boleh anda bayangkan adalah macam website LAZADA ZALORA ALIBABA dan lain lain lagi Mereka ini adalah antara website ecommerce yang ramai...
Adelina Cedera Kerana Terkena Asid Bukan Mati Didera Suspek Dilepaskan Mp Ph Ditipu Peguam Negara

Adelina Cedera Kerana Terkena Asid Bukan Mati Didera Suspek Dilepaskan Mp Ph Ditipu Peguam Negara

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 661 hits
Seorang majikan yang dibebaskan setelah tuduhan mendera sehingga menyebabkan kematian pembantu rumahnya ditarik balik oleh pendakwa raya tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan lanjut kata peguamnya Anbananthan Yathiraju berkata Jabata...
Petisyen Desak Peguam Negara Letak Jawatan

Petisyen Desak Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Satu petisyen dilancarkan hari ini menuntut Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan Petisyen oleh penama Pendukung Perlembagaan itu dilakukan melalui platform www change org kepada kerajaan Malaysia Ia bertajuk Kacau Gang...
Kepah Emas Dan Bukan Piranha Kini Adalah Makhluk Paling Berbahaya Di Amazon

Kepah Emas Dan Bukan Piranha Kini Adalah Makhluk Paling Berbahaya Di Amazon

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 1240 hits
Kepah Emas suatu spesis kepah asing yang telah menakluk perairan dan tebing Sungai Amazon di Brazil Seakan dilihat seperti ianya tidak merbahayakan akan tetapi pada hakikatnya ia adalah ancaman terbesar Spesis Kepah Emas mulai memasuki benu...
Inilah Sebab Sebenar Kenapa Syazlin Dipaksa Tarik Diri Menjawab Tuduhan Tommy Thomas

Inilah Sebab Sebenar Kenapa Syazlin Dipaksa Tarik Diri Menjawab Tuduhan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 733 hits
Oleh Berikut adalah rumusan sidang media oleh bekas Peguam arwah Adib KPKT dan Jabatan Bomba iaitu Syazlin Mansor mengenai inkues kes arwah Adib 1 Sidang media dibuat untuk menjelaskan perkara sebenar berkaitan penarikan diri Shazlin serta ...
Transforming Malaysia S Healthcare Financing System

Twinboss The Story Of Irwann Cheng S Twin Engine Yamaha Rxz

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2024 Tarikh Senarai Aktiviti

Legoland Nagoya Travel Guide

Happy168 Happy168 Asia 29 2567 Happy168 168 Top 35 By Princess

Hyatt Alila Bangsar Kuala Lumpur Best Hotel Ever

Linkin Park The Emptiness Machine Chord

Autism Walkathon Melaka 2024


echo '';
Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing

Biodata Bella Khan Bella Khann Personaliti TikTok Founder Produk Vigorous Hair Tonic

Bagaimana Perkongsian Ilmiah Media Sosial Buatkan Kita Semakin Kurang Cerdik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pinjaman Syurga Slot Akasia TV3

Kini Kembali Ini Butiran Info Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengapa Hadi Tidak Bekerjasama Dengan Anwar

Lunch Spicy Buttermilk Chicken Rice Di Bite N Sip Alor Setar

Sedapnya Makan Pizza Wagyu By Chef Jofliam

Budoxe The Dark Knight

Kedah Air Melimpah Di Kedah Empat Kampung Dilanda Banjir Kilat

Budak Didakwa Bawa Ipad Pada 1941