Camaraderie Oleh Hands Percussion Irama Persahabatan Dan Legasi Seni Malaysia


Camaraderie Oleh HANDS Percussion: Irama, Persahabatan Dan Legasi Seni Malaysia | Assalammualaikum semua! Ada sesuatu yang magis setiap kali gendang dipalu beramai-ramai. Getarnya bukan sekadar bunyi, tetapi denyut nadi semangat manusia yang bernafas dalam irama sama. Inilah yang selalu membuatkan Ruby kagum setiap kali menyaksikan persembahan HANDS Percussion. Bagi Ruby, kumpulan ini bukan sekadar pemain muzik, tetapi duta seni Malaysia yang berjaya mengangkat perkusi ke tahap antarabangsa.

Tahun lalu, saya berpeluang menonton persembahan mereka di ZEPP KL dengan tema Kaleidoscope: 7 Gendang Sedunia. Masih segar dalam ingatan bagaimana hentakan gendang mereka menyatukan pelbagai warna budaya dalam satu pentas. Kini, rasa teruja itu kembali apabila HANDS mengumumkan produksi terbaru mereka Camaraderie. 


Apa Itu Camaraderie? 
Diambil daripada perkataan Perancis yang membawa maksud persahabatan dan saling percaya, Camaraderie bukan sekadar persembahan muzik. Ia adalah sebuah perjalanan seni yang merayakan hubungan di antara keluarga, rakan seperjuangan, budaya, malah di antara generasi. HANDS mahu membuktikan bahawa muzik adalah bahasa sejagat yang boleh menyatukan kita semua. 
Camaderie akan berlangsung dari 14 hingga 16 November 2025 di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama. Produksi ini bakal menggabungkan karya klasik dengan sentuhan baru, kolaborasi rentas negara, serta karya-karya segar yang mencerminkan warisan seni Malaysia dalam bentuk paling kontemporari.

Sorotan Persembahan
✨ Kenangan – karya istimewa ciptaan Teuku Umar, pengasas Gangsapura Gamelan, yang berinspirasikan gamelan Melayu serta perjalanan seni beliau bersama HANDS selama 17 tahun. Sebuah penghormatan muzik terhadap persahabatan dan kerjasama kreatif.

✨ Inspirasi Teochew – persembahan baharu yang menggabungkan irama tradisional, warna dan mitologi Teochew dalam dialog kontemporari penuh berani.

✨ Ikatan Keluarga – momen menyentuh hati apabila pemuzik utama HANDS, Jimmy Ch’ng, akan berkongsi pentas bersama anak perempuannya. Selain itu, penonton juga bakal melihat persembahan daripada Yanhou, pemain dram berusia 10 tahun yang mula berlatih sejak umur 5 tahun.

✨ Kolaborasi Rentas Budaya – persembahan ini turut diperkaya dengan gabungan pelbagai instrumen seperti guzheng, gamelan, selo, ITA Ensemble, serta DeafBeat (kumpulan perkusi cacat pendengaran pertama di Malaysia). Inilah bukti seni tidak terbatas pada bahasa atau kekurangan, tetapi terbuka untuk semua.





Siapa HANDS Percussion?
Ditubuhkan pada tahun 1997, HANDS Percussion adalah di antara pelopor seni persembahan kontemporari Malaysia. Mereka bermula daripada akar 24 Gendang Perayaan, sebuah seni drumming unik ciptaan anak Malaysia. Namun perjalanan mereka tidak terhenti di tanah air. Sejak tahun 2005, HANDS telah mengharumkan nama Malaysia di festival seni antarabangsa di Belanda, Belgium, Greece, Perancis, Australia, Hawaii, Qatar, Dubai, Taiwan, Hong Kong, China, Vietnam, Singapura, Thailand dan Indonesia.


Di bawah pimpinan Bernard Goh, Pengasas dan Pengarah Artistik, HANDS sentiasa meneroka batas kreativiti tanpa melupakan akar budaya. Bernard sendiri adalah tokoh seni yang pernah menjadi pengajar muzik, pengarah artistik, komposer, koreografer serta pemenang pelbagai anugerah seni seperti Boh Cameronian Arts Awards. Keghairahannya terhadap seni perkusi bermula daripada pengalaman belajar shigu drumming bersama Tan Fui Choong (pengasas 24 Festive Drums), sebelum mengembangkan karya ke pentas dunia.

Mengapa Persembahan HANDS Berbeza?
Ruby pernah menonton pelbagai konsert dan pementasan, tetapi ada sesuatu yang istimewa tentang HANDS. Mereka bukan sekadar bermain muzik. Mereka bercerita dengan gendang. Setiap hentakan ada maksud, setiap ritma ada roh. 



Apa yang lebih menyentuh, semangat berpasukan mereka begitu kuat. Setiap ahli saling melengkapi, seolah-olah satu badan yang bernafas melalui irama. Inilah yang membuatkan mereka terus relevan sejak lebih 25 tahun lalu. HANDS membuktikan seni boleh menjadi jambatan antara budaya, malah menyatukan generasi muda dan tua dalam satu pentas.

Jom Meriahkan Camaraderie

📍 Lokasi: PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama
📅 Tarikh & Masa:
14 November (Jumaat) – 8:00 malam
15 November (Sabtu) – 3:00 petang & 8:00 malam
16 November (Ahad) – 11:00 pagi & 4:00 petang
🎟 Harga Tiket: RM88, RM128, RM188, RM268

🔥 Promosi Awal (sehingga 15 Oktober 2025):
Diskaun 15% untuk semua tiket individu
Pakej Berkumpulan: Beli 3 tiket, percuma 1 tiket
👉 Beli tiket di sini: OneTix

Bagi Ruby, Camaraderie bukan sekadar sebuah persembahan. Ia adalah jemputan untuk kita merasai keindahan seni yang merentas batas usia, bahasa dan budaya. HANDS Percussion sudah membuktikan bahawa muzik perkusi Malaysia mampu berdiri setanding di pentas dunia, dan kali ini mereka mahu kita semua menjadi sebahagian daripada perjalanan itu.

Jika anda mencari pengalaman seni yang akan menyentuh hati, menggetarkan jiwa dan meninggalkan kenangan indah. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Camaraderie. Mari kita raikan persahabatan, legasi, dan irama yang menyatukan manusia. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/10/camaraderie-oleh-hands-percussion-irama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 621 hits
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia Sempena sambutan Hari Pengasas Bata jenama kasut ikonik ini meraikan dua detik bersejarah 131 tahun legasi global dan 95 tahun perjalanan di Malaysia di mana ia telah menj...
Malaysia Hands Over Inter Parliamentary Assembly Command To Philippines

Malaysia Hands Over Inter Parliamentary Assembly Command To Philippines

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1060 hits
Malaysia has officially handed over the presidency of the Asean Inter Parliamentary Assembly to the Philippines at the 46th Aipa General Assembly held yesterday The symbolic transfer was marked by the signing and handing over of the instrum...
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh Cp Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus S

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 675 hits
Burger Sosej Dan Bebola Daging Sedia Dimakan Oleh CP Foods Kegemaran Rakyat Malaysia Kini Di Lotus s KUALA LUMPUR 25 September 2025 Lotuss Stores Sdn Bhd memperkenalkan pilihan kegemaran rakyat Malaysia iaitu burger sosej dan bebola daging ...
Misi Kemanusiaan Gaza Dana Rm7 Juta Dibuka Oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Misi Kemanusiaan Gaza Dana Rm7 Juta Dibuka Oleh Persatuan Cinta Gaza Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 175 hits
Assalamualaikum dan hai semua Tengahari tadi sambil scroll Facebook ternampak perkongsian di wall Nadhir Al Nuri Isu yang tengah hangat diperkatakan sekarang tak lain tak bukan tentang misi Gaza Hari Jumaat yang penuh keberkatan ini jom kit...
9 Sukarelawan Malaysia Ditahan Secara Tidak Sah Oleh Tentera Israel Buat Video Sos Sedih Baya Mak Ayah Kita

9 Sukarelawan Malaysia Ditahan Secara Tidak Sah Oleh Tentera Israel Buat Video Sos Sedih Baya Mak Ayah Kita

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 194 hits
Sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition x Thousand Madleens to Gaza dilaporkan telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Zionis Israel Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang di...
Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1124 hits
Dalam dunia bisnes yang semakin kompetitif hari ini imej jenama memainkan peranan yang sangat penting Sama ada anda usahawan kecil syarikat sederhana atau korporat besar persembahan produk dan bahan promosi adalah kunci utama untuk menarik ...
Pm To Launch Visit Malaysia 2026 Tomorrow

Pm To Launch Visit Malaysia 2026 Tomorrow

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2091 hits
Melaka City will draw both local and international attention with the launch of Visit Malaysia 2026 which Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is set to launch in Klebang tomorrow night STR RAIHANA MANSORMELAKA Melaka City will draw both...
Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia

Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 923 hits
Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Menawan Malaysia Selepas mencatat kutipan box office melebihi USD 9 juta serta meraih lebih 3 juta penonton di pawagam Indonesia filem romantik fantasi Sore Istri dari Masa Depan kini be...
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

Dinner Mee Kolok Masam Masam Manis Kat Paroq Vaie

Padang Besar Here We Come Part 1

Hardcover Rigid Box Chipboard Kotak Keras Simbol Kemewahan Kualiti Premium Untuk Jenama Anda

Strawberry Smoothie

Hiburan Puaslah Kau Botak Semoga Kau Dilaknat Keluarga Zayn Rayyan