Sore Istri Dari Masa Depan Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia


Sore: Istri Dari Masa Depan, Cinta Merentasi Waktu Kini Menawan Malaysia
Selepas mencatat kutipan box office melebihi USD 9 juta serta meraih lebih 3 juta penonton di pawagam Indonesia, filem romantik fantasi “Sore: Istri dari Masa Depan” kini bersedia menawan layar perak Malaysia. Lebih membanggakan, karya ini turut terpilih sebagai wakil rasmi Indonesia ke Academy Awards ke-98 (Oscar) bagi kategori Best International Feature Film.
Sebagai pengedar dan rakan pemasaran rasmi, Primeworks Studios dengan bangga membawakan naskhah istimewa ini khas buat peminat filem di Malaysia, dengan tayangan bermula 25 September 2025 di pawagam seluruh negara.

Diterbitkan oleh Cerita Films di bawah pimpinan Suryana Paramita dan diarahkan oleh sutradara berbakat Yandy Laurens, Sore menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Dion Wiyoko, Sheila Dara Aisha, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus.
Sebuah Kisah Cinta Melawan Waktu
Apa yang akan berlaku jika pasangan hidup anda tiba-tiba muncul dari masa depan dengan misi mengubah jalan hidup anda, sedangkan anda percaya hidup anda sudah baik-baik sahaja? 
Itulah intipati utama “Sore: Istri dari Masa Depan,” yang mengisahkan Jonathan (lakonan Dion Wiyoko) yang dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita asing bernama Sore (lakonan Sheila Dara) yang mendakwa dirinya sebagai isteri Jonathan dari masa depan.
Sore hanya mempunyai satu tujuan iaitu mengubah gaya hidup Jonathan sebelum segalanya terlambat. Namun apabila rahsia masa depan terbongkar, sesuatu yang tidak disangka-sangka menggoncang perjalanan mereka. Mampukah usaha Sore benar-benar mengubah hidup Jonathan?
Diadaptasi daripada webseries popular dengan judul sama, versi layar perak ini bukan sekadar pengulangan, sebaliknya tampil dengan skala lebih megah, emosi lebih mendalam, serta sentuhan sinematik yang lebih berani.

 
“Sore: Istri dari Masa Depan lahir daripada perenungan peribadi saya selepas berumah tangga dan dikurniakan dua anak, ketika saya mula memahami erti cinta tanpa batas. Bermula sebagai sebuah webseries sederhana, ia kini berkembang menjadi filem berskala besar yang berjaya menyentuh jutaan penonton. Saya sangat teruja untuk berkongsi kisah ini dengan penonton Malaysia kerana saya percaya mesej tentang cinta dan kesempatan kedua adalah sesuatu yang universal,” kata Yandy Laurens, pengarah dan penulis skrip filem ini yang juga dikenali menerusi karya seperti Keluarga Cemara, Jatuh Cinta Seperti di Film-Film dan 1 Kakak 7 Ponakan.
Mengiringi kisah yang penuh makna ini, Sore juga mempersembahkan sinematografi yang mempesona. Penonton akan dibawa menjelajah tiga dunia berbeza iaitu Jakarta, Croatia dan Finland melalui hamparan ais yang membeku, panorama aurora dan mentari senja yang menakjubkan, serta landskap desa Eropah yang memukau.
Kontras visual ini bukan hanya memperkukuh jalan cerita, malah menghidupkan sebuah romansa fantasi yang melintasi ruang, masa dan sempadan.

Kedalaman emosi filem ini turut diserlahkan melalui runut bunyi utama Terbuang Dalam Waktu nyanyian kumpulan rock alternatif Indonesia, Barasuara. Setiap alunan melodi berdenyut seakan nadi yang mendampingi perjalanan Jonathan dan Sore, menjadikan pengalaman menonton lebih intim dan sukar dilupakan.
Kenangan Coffee dengan bangganya mengumumkan kerjasama eksklusif sebagai rakan promosi rasmi untuk filem yang dinanti-nantikan, “Sore: Istri dari Masa Depan.”
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan naskhah box office ini yang kini berada pada kedudukan keenam tertinggi kutipan di Indonesia tahun ini. “Sore: Istri dari Masa Depan” bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 25 September 2025.
Sebuah kisah tentang cinta, takdir dan pengorbanan. Jika diberi kesempatan kedua, apa yang akan anda ubah dalam hidup anda?

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Sore: Istri dari Masa Depan, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.
The post Sore: Istri Dari Masa Depan, Cinta Merentasi Waktu Kini Tawan Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/26/sore-istri-dari-masa-depan-cinta-merentasi-waktu-kini-tawan-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proses Panjang Di Sebalik Filem Sore Istri Dari Masa Depan

Proses Panjang Di Sebalik Filem Sore Istri Dari Masa Depan

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 582 hits
Filem bukan sekadar hiburan dua jam di pawagam tetapi lahir daripada proses kreatif yang panjang dan penuh cabaran Itulah yang berlaku pada Sore Istri Dari Masa Depan sebuah karya yang kini sedang menghiasi layar perak dengan kisah unik dan...
Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan

Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 843 hits
Aveta Malaysia Lancarkan Redefining Boundaries Pacu Pertumbuhan Masa Depan Aveta Malaysia hari ini melancarkan cogan kata baharu Redefining Boundaries membuka lembaran baharu bagi jenama motosikal tempatan ini sambil terus melangkah maju da...
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 845 hits
Malaysia Bersiap Sedia Ketuai Perbincangan Global Berkenaan Masa Depan Sosial KUALA LUMPUR Tumpuan dunia bakal terarah kepada Malaysia apabila Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Forum lima hari ...
Masa Depan Shukri Razman Goyah Selepas Rombakan Pas

Masa Depan Shukri Razman Goyah Selepas Rombakan Pas

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1660 hits
Lynelle ThamMereka berkata tempoh Shukri Ramli sebagai menteri besar Perlis mungkin tidak lama manakala peluang Razman Zakaria bergantung sama ada PAS akan terlepas pandang kontroversinya Shukri Ramli dan Razman Zakaria gagal memenangi keru...
Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1464 hits
Forum Ekonomi Dunia menjangkakan menjelang tahun 2030 sebanyak 85 juta pekerjaan di seluruh dunia mungkin tidak dapat diisi akibat kekurangan kemahiran Menyedari cabaran global ini Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID 19 2030 te...
Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

Nvidia Dan Intel Bekerjasama Bangunkan Pc Masa Depan

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 910 hits
NVIDIA dan Intel mengumumkan kerjasama untuk membangunkan beberapa generasi produk pusat data dan komputer peribadi yang menggabungkan kepakaran kedua dua syarikat itu Intel akan mereka bentuk CPU x86 khas untuk platform infrastruktur AI NV...
Ahmad S Fried Chicken Lancar Cawangan Ke 44 Di Kota Warisan Bukti Cinta Rakyat Malaysia Pada Ayam Goreng Tempatan

Ahmad S Fried Chicken Lancar Cawangan Ke 44 Di Kota Warisan Bukti Cinta Rakyat Malaysia Pada Ayam Goreng Tempatan

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1927 hits
Siapa sangka dari satu cawangan pada tahun 2024 kini Ahmad s Fried Chicken terus melakar kejayaan dengan pelancaran cawangan ke 44 di Kota Warisan Sepang Jenama ayam goreng tempatan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ini t...
Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 1272 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Datuk Fahmi Fadzil menegaskan jemputan Malaysia kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 adalah peluang terbaik membincangkan isu negara bergolak Menurutnya je...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Hiburan Macam Makan Bab Makan Piza Jofliam Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

Elok La Simoan Lagi Berok Ni