Cadangan Mat Hasan Elak Prk Batu Sapi Tak Munasabah Kata Armada

Seorang  pemimpin Pemuda Bersatu (Armada) menyifatkan cadangan Timbalan Presiden  Umno Mohamad Hasan agar semua parti memberi laluan kepada Warisan  mengekalkan kerusi parlimen Batu Sapi sebagai "tidak munasabah."
Pengerusi  Biro Perundangan Armada Malaysia, Mohamad Siddiq Mohamad Azani, berkata  pengisytiharaan darurat merupakan satu-satunya langkah selamat untuk  mengelakkan pilihan raya kecil (PRK) itu diadakan.
"Kenyataan  timbalan presiden Umno mengenai keperluan darurat bagi mengelakkan PRK  Batu Sapi adalah terjurus dari satu sudut pandang sahaja.
"Ini  kerana sekalipun BN atau PN tidak meletakkan calon pada PRK Batu Sapi  kali ini, ia tidak menghalang calon-calon bebas dan parti-parti tempatan  lain yang ada di Sabah untuk meletakkan calon mereka.
"Sekiranya  ini berlaku, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada pilihan lain  melainkan terpaksa meneruskan proses pilihan raya merangkumi tempoh  berkempen sehinggalah hari membuang undi," katanya dalam satu kenyataan  hari ini.
Dia berkata demikian sebagai mengulas pandangan Mohamad  semalam bahawa (PRK) Batu Sapi tidak perlu diadakan sekiranya semua  parti mengambil keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada  Warisan memenangi kerusi itu.

Mohamad Siddiq (gambar)  berkata yang  lebih membimbangkan untuk mengadakan PRK adalah  keselamatan dan kesihatan keseluruhan penduduk di Batu Sapi dan para  petugas SPR yang akan terdedah kepada risiko penularan jangkitan wabak  Covid-19.
"Kebimbangan petugas-petugas SPR ini bukanlah rekaan.  Mereka akan terdedah kepada risiko jangkitan wabak ini sekiranya pilihan  raya diadakan. 
"Pada 2 Okt lalu, SPR mengesahkan tiga orang petugasnya di PRN Sabah telah dijangkiti virus Covid-19.
"Ini  merupakan antara faktor mengapa pengisytiharaan darurat merupakan  satu-satunya langkah selamat untuk mengelakkan pilihan raya diadakan,"  katanya.
Menurut Mohamad Siddiq berdasarkan Perkara 54 dan 55  Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh  60 hari selepas dewan dibubarkan atau berlaku kekosongan kerusi luar  jangka.
"Atas kehendak undang-undang, pilihan raya ini tidak boleh  ditangguhkan melainkan dengan pengisytiharaan darurat sahaja,"  tambahnya lagi.
MR : Bersatu ada peluang rampas itu sebab liat nak berikan laluan kepada Warisan  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/cadangan-mat-hasan-elak-prk-batu-sapi.html