Prn Sarawak Prk Batu Sapi Tidak Dapat Dielak Kata Muhyiddin


 

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi pada 5 Dis ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa, tidak dapat dielakkan kecuali jika darurat diisytiharkan di Batu Sapi dan Sarawak.
Meskipun khuatir dengan peningkatan kes Covid-19 ketika ini, perdana menteri berkata PRK Batu Sapi itu mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen selari Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.
Jelasnya, Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.
“Tetapi apa boleh buat kerana itu adalah kehendak dalam Perlembagaan Persekutuan maka kita terpaksa mengadakan pilihan raya.
“Kecuali jika darurat diisytiharkan di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Batu Sapi dan Sarawak, bolehlah kita tangguhkan dahulu kedua-dua pilihan raya ini sehingga Covid-19 berakhir,” katanya dalam perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19 yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan.

Muhyiddin berpandangan berdasarkan situasi semasa Covid-19, pilihan raya tidak sepatutnya diadakan langsung pada masa ini.
Malah katanya, dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikannya hari ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak memaklumkan ramai petugas pilihan raya menyatakan rasa bimbang untuk bertugas di PRK Batu Sapi nanti kerana takut terkena jangkitan Covid-19.
Beliau berkata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menyatakan kebimbangan berhubung keadaan di kawasan-kawasan pedalaman negeri Sarawak yang tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang lengkap bagi menampung kemungkinan peningkatan kes positif Covid-19 sekiranya PRN Sarawak terpaksa diadakan.
“Keupayaan frontliners dan logistik kesihatan juga akan menjadi semakin terkekang dengan keadaan geografi negeri Sarawak yang luas dan sesetengah kawasan amat sukar untuk diakses. Ini tidak mengambil kira kos tambahan yang akan ditanggung oleh kerajaan dan kos ke atas ekonomi jika penularan jangkitan Covid-19 berlaku dengan mendadak selepas pilihan raya,” tambahnya.
Muhyiddin berkata ada pihak mencadangkan supaya prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya diperketatkan, namun beliau memahami terdapat banyak kekangan yang dihadapi SPR untuk menggubal SOP yang benar-benar berkesan dalam memastikan tiada jangkitan langsung semasa pilihan raya diadakan.
Menurut Muhyiddin, antaranya ialah kekangan untuk menghalang pergerakan pengundi di kawasan merah seperti di Batu Sapi untuk menunaikan hak mengundi.
Beliau berkata pergerakan pengundi dari kawasan merah ke kawasan hijau juga tidak dapat dihalang.
Sebagai contoh katanya, penduduk di Kuching, Sarawak yang merupakan kawasan merah dengan mencatatkan lebih 70 kes Covif-19, tidak dibenarkan keluar dari daerah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi membendung penularan kes ke daerah lain berstatus hijau.
“Tetapi jika pilihan raya terpaksa diadakan, kita tidak boleh menghalang penduduk di Kuching yang mengundi di Samarahan, Sri Aman, Miri, Bintulu dan lain-lain daerah untuk keluar mengundi.
“Begitu juga pengundi Sarawak yang tinggal di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri yang mencatatkan kes-kes Covid-19 yang tinggi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri tidak boleh menghalang mereka pulang mengundi kerana itu adalah hak mereka di bawah Perlembagaan,” katanya.
Justeru, jika pilihan raya tidak dapat ditangguhkan atas apa-apa sebab sekalipun, Muhyiddin merayu supaya penduduk di Batu Sapi dan Sarawak berhati-hati dan menjaga diri serta mematuhi SOP dengan penuh berdisiplin apabila pilihan raya diadakan.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini, serta merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 ini dengan baik dan berkesan. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/prn-sarawak-prk-batu-sapi-tidak-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Mat Hasan Elak Prk Batu Sapi Tak Munasabah Kata Armada

Cadangan Mat Hasan Elak Prk Batu Sapi Tak Munasabah Kata Armada

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 256 hits
Seorang pemimpin Pemuda Bersatu menyifatkan cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan agar semua parti memberi laluan kepada Warisan mengekalkan kerusi parlimen Batu Sapi sebagai tidak munasabah Pengerusi Biro Perundangan Armada Malaysi...
Prk Dan Pilihanraya Sarawak Tak Dapat Dielak Kecuali Isytihar Darurat Muhyiddin Yassin

Prk Dan Pilihanraya Sarawak Tak Dapat Dielak Kecuali Isytihar Darurat Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 227 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi pada 5 Dis ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang berkemungkinan diadakan pada bila bila masa tidak dapat dielakkan kecuali jika darurat diisytiharkan di Batu Sapi dan...
Tok Mat Gesa Semua Parti Beri Laluan Kepada Warisan Dalam Prk Batu Sapi

Tok Mat Gesa Semua Parti Beri Laluan Kepada Warisan Dalam Prk Batu Sapi

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 327 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin tertinggi Umno menggesa semua parti memberi laluan kepada Warisan di Parlimen Batu Sapi tanpa dicabar bagi mengelakkan pertandingan dalam pilihan raya kecil yang bakal diadakan Timbalan Presiden Umno Mohamad H...
Kkm Saran Tangguh Prk Batu Sapi Spr Tetap Teruskan Kerajaan Tiada Kuasa Untuk Tangguhkan

Kkm Saran Tangguh Prk Batu Sapi Spr Tetap Teruskan Kerajaan Tiada Kuasa Untuk Tangguhkan

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 260 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan Pilihan Raya Kecil Batu Sapi ditangguhkan sementara berikutan wabak Covid 19 di Sabah masih mencatatkan trend peningkatan 24 Oktober 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah be...
Pbs Tak Tanding Prk Batu Sapi

Pbs Tak Tanding Prk Batu Sapi

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 274 hits
KOTA KINABALU PBS mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Batu Sapi yang dijadualkan pada 5 Disember depan Presidennya Maximus Ongkili berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat biro politik parti baru baru ini selepas mengamb...
Biar Warisan Menang Kerusi Batu Sapi Tanpa Bertanding Kata Najib

Biar Warisan Menang Kerusi Batu Sapi Tanpa Bertanding Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 305 hits
PETALING JAYA Najib Razak menggesa semua parti politik membenarkan Warisan memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi tanpa bertanding bagi mengelakkan satu lagi gelombang Covid 19 berpunca daripada kempen pilihan raya kecil Bekas perdana menteri ...
Kenapa Tidak Muhyiddin Saja Yang Umumkan Bersatu Tidak Bertanding Di Batu Sapi

Kenapa Tidak Muhyiddin Saja Yang Umumkan Bersatu Tidak Bertanding Di Batu Sapi

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 224 hits
Dua parti utama di Sabah BN dan PBS sudah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK Batu Sapi pada 5 Disember depan Ia sebagai menyahut seruan untuk mengurangkan kemungkinan menularnya semula Covid19 jika Warisan yang akan mempertahankan ...
Sarawak State Election Batu Sapi By Election Cannot Be Postponed Unless Emergency Declared Says Ec S Ex Deputy Chief

Sarawak State Election Batu Sapi By Election Cannot Be Postponed Unless Emergency Declared Says Ec S Ex Deputy Chief

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 274 hits
Both the upcoming December 5 by election in Sabah for the Batu Sapi parliamentary seat and the Sarawak state election which must be held by August 2021 cannot be postponed unless Malaysia declares a state of emergency a former senior Electi...
Prk Batu Sapi Tetap Dibuat Pengundi Perlu Patuh Sop

Prk Batu Sapi Tetap Dibuat Pengundi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM 31 OKT Pilihan Raya Kecil Batu Sapi di Sabah perlu diadakan kerana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kata perdana menteri Berikutan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi supaya mematuhi tatacara operasi piawai denga...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Special Souvenir Dari Madam Eelaine

Ini Sebab Ju Jihoon Berjaya Sambung Karier Lakonan Meski Ada Kes Penggunaan Dadah

Harga Padi Naik 200 Harga Beras Kekal 2 60 Yang Penyegan Pait Ja Tanam Padi Pi Dok Kedai Salah Kerajaan

Sayur Lemak Labu Dan Bawal Putih Menu Tengahari

Terung Ungu Goreng Berlada

Resepi Bahulu Pandan Gebu Versi Wangi Harum Oleh Cikgu Azlina Ina