Bunga Tulip Nama Saintifik Dan Maksud Mengikut Warna


Adakah anda peminat bunga tulip?
Bunga ini hadir dalam pelbagai warna menarik serta sesuai untuk dijadikan hadiah dalam bentuk jambangan bunga yang indah.
Bunga tulip juga merupakan bunga kebangsaan bagi negara Hungary dan Netherlands.
Walau bagaimanapun, bunga ini lebih sinonim dengan Netherlands. Negara tersebut juga merupakan pengeksport tulips terbesar dan mampu menghasilkan sehingga 3 bilion kuntum dalam masa setahun.
Secara tidak langsung, bunga ini juga menjadi salah satu tarikan utama negara tersebut.
Pada setiap musim bunga, jutaan pelancong dari serata dunia tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke Netherlands bagi menikmati pemandangan indah bunga tulip.
Sumber : Forbes Nama Saintifik Bunga Tulip Secara umumnya, tulip tergolong dalam genus Tulipa.
Nama saintifik bagi bunga tulip yang biasa kita kenali adalah Tulipa gesneriana dan terdapat 4,000 variasi tulip yang boleh dikenalpasti dalam spesis ini.
Ia juga merupakan spesis tulip yang paling popular dan mendapat permintaan yang tinggi.
Bagi yang belum tahu, bunga tulip juga berasal daripada keluarga lili. Ini bermakna, bunga ini mempunyai akar umbisi (bulbous root).
Maksud Tulip Mengikut Warna Secara umumnya, bunga tulip melambangkan cinta yang sempurna dan mendalam.
Ia juga sesuai untuk diberikan bukan sahaja kepada pasangan, malah untuk keluarga mahupun kenalan rapat.
Namun, bunga tulip boleh membawa maksud tersendiri kepada si penerima bergantung kepada warnanya. Ayuh kita semak bersama-sama.
Tulip Merah
Sumber : edenbrothers.com Seperti mawar merah, tulip berwarna merah melambangkan cinta yang mendalam kepada seseorang.
Di samping sesuai untuk diberikan pada Hari Kekasih, bunga ini juga sering menjadi pilihan pengantin bagi menghiasi majlis perkahwinan mereka.
Tulip Kuning
Sumber : lovflowers.co.uk Berwarna terang dan ceria, tulip kuning pula melambangkan semangat yang positif.
Sejambak tulip berwarna kuning cukup sesuai untuk diberikan kepada yang tersayang bagi meraikan kebahagiaan, persahabatan, dan sebagai tanda penghargaan.
Tulip Putih
Sumber : lovflowers.co.uk Tulip putih melambangkan kasih sayang yang suci dan permulaan baru dalam hidup.
Oleh sebab itulah bunga ini turut menjadi pilihan dalam majlis perkahwinan.
Tulip Ungu
Sumber : Dutch Grown Tulip ungu yang serba elegan boleh melambangkan kemewahan dan kuasa.
Ia juga biasanya dijadikan penyeri dalam majlis-majlis rasmi kerana warnanya yang dilihat formal dan mewah.
Sesetengah orang turut melihat bunga ini sebagai tanda ‘kelahiran semula’ kerana ia sering muncul pada permulaan musim bunga.
Tulip Pink / Merah Jambu
Sumber : Amazon Warna tulip merah jambu yang lembut pula melambangkan kasih sayang dan keprihatinan kepada orang terdekat.
Ia juga sesuai untuk dihadiahkan sebagai tanda sokongan atau tahniah atas pencapaian tertentu.
Bunga tulip pink juga sangat sesuai untuk diberikan kepada sahabat dan keluarga rapat kerana ia melambangkan semangat positif.
Tulip Jingga
Sumber : Etsy Tulip berwarna jingga yang hangat dan ceria ini pula melambangkan semangat membara, tenaga dan keterujaan dalam hidup.
Bunga ini juga sesuai untuk dihadiahkan kepada seseorang bagi meraikan pencapaian cemerlang.
Ia juga boleh menjadi tanda dorongan atau sokongan kepada orang yang ingin menempuhi sesuatu yang besar.
Di sebalik keindahan bunga ini, rupanya ia boleh membawa pelbagai maksud bergantung kepada warnanya.
Maka, tidak hairanlah mengapa bunga ini mempunyai ramai peminatnya.
Sumber : tulipsinholland.com, Britannica, dutchtrans.co.uk
Baca Juga : Bunga Dahlia : Nama Saintifik dan Simboliknya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bunga-tulip/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bunga-tulip

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunga Mawar Maksud Mengikut Warna Dan Jumlah Dalam Jambangan

Bunga Mawar Maksud Mengikut Warna Dan Jumlah Dalam Jambangan

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 560 hits
Bunga mawar merupakan antara bunga yang paling popular di dunia dan sering dijadikan tanda cinta kasih sayang dan persahabatan yang erat Ia juga sering menjadi pilihan ramai bagi meraikan cinta atau sebagai tanda kasih sayang kepada orang t...
Bunga Kemboja Nama Saintifik Dan Fakta Menarik

Bunga Kemboja Nama Saintifik Dan Fakta Menarik

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 292 hits
Bunga kemboja merupakan antara tanaman hiasan yang cukup popular di Malaysia Mempunyai haruman tersendiri pokok kemboja turut menjadi pilihan ramai penggemar tanaman kerana ia mudah dijaga dan mampu mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti...
Bunga Melur Nama Saintifik Dan Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional

Bunga Melur Nama Saintifik Dan Kegunaan Dalam Perubatan Tradisional

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 422 hits
Bunga melur merupakan tanaman hiasan yang tidak asing lagi di Malaysia Baunya yang harum semerbak serta mudah untuk dijaga menjadikan ia sering menjadi pilihan para penggemar tanaman untuk menyerikan halaman rumah Bunga ini juga ditanam sec...
Bunga Dahlia Nama Saintifik Dan Simboliknya

Bunga Dahlia Nama Saintifik Dan Simboliknya

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 374 hits
Adakah anda salah seorang peminat bunga dahlia Bunga ini merupakan antara tanaman hiasan dan bunga yang sering menjadi pilihan ramai Ia juga mempunyai rupa yang sangat menyerlah dan boleh didapati dalam pelbagai warna Di sebalik keindahanny...
Bunga Sakura Kegunaan Maksud Dan Simboliknya

Bunga Sakura Kegunaan Maksud Dan Simboliknya

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 276 hits
Bunga sakura sememangnya sangat indah dan menjadi kegilaan ramai apabila tiba musimnya Tidak hanya tertumpu di negara popular seperti Jepun dan Korea Selatan malah bunga ini juga boleh dijumpai di beberapa negara lain seperti Taiwan China P...
Senarai Contoh Perumpamaan Dan Maksud

Senarai Contoh Perumpamaan Dan Maksud

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 796 hits
Perumpamaan adalah frasa atau ungkapan yang digunakan dalam bahasa Melayu untuk menggambarkan sesuatu dengan cara yang lebih menarik dan simbolik Ia sering digunakan untuk mengajar sesuatu nilai atau pengajaran hidup dengan cara yang mudah ...
Apa Maksud Sg4

Apa Maksud Sg4

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 258 hits
W FaudzinMaksudnya nama kumpulan yang di ketuai oleh S iaitu Saka tua S seterusnya mewakili ketua 4 negeri iaitu Kedah SanusiPerlis Shukri Terengganu Shamsuri Kelantan Sudin copong Itu adalah 4 nama bermula dengan S Apa maksud G pula Maksud...
Nama Terpalit Lepas Menantu Fail Cerai Terhadap Anaknya Kazar Kongsi Nasihat Jangan Sedih Dan Merungut

Nama Terpalit Lepas Menantu Fail Cerai Terhadap Anaknya Kazar Kongsi Nasihat Jangan Sedih Dan Merungut

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 374 hits
Namanya sedikit sebanyak terpalit selepas menantunya pengarah Syamsul Yusof dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah terhadap anak perempuannya Ira Kazar pada Isnin Pelakon 8216 otai 8217 Kazar Saisi bagaimanapun tenang mendengar khabar...
Irine Nadia Kongsi Nama Anak Di Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi

Irine Nadia Kongsi Nama Anak Di Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 370 hits
Dihari ketujuh kelahiran anak kelimanya pempengaruh Irine Nadia mengumumkan nama anak kelimanya Menerusi Instagramnya Irine tampil berkongsi pilihan namanya dan suami buat buah hati mereka yang merupakan seorang bayi lelaki MashaAllah Tabar...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Hari Bonus 2025 30 12 25

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Takbir Untuk Mas Ermieyati


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Datang 2026

Hari 1 Di Awal Yang Baru Aku Memilih Diriku

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Family Gathering Laman Casa Tangkak

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours