Bunga Mawar Maksud Mengikut Warna Dan Jumlah Dalam Jambangan


Bunga mawar merupakan antara bunga yang paling popular di dunia dan sering dijadikan tanda cinta, kasih sayang dan persahabatan yang erat. 
Ia juga sering menjadi pilihan ramai bagi meraikan cinta atau sebagai tanda kasih sayang kepada orang tersayang tidak kiralah kepada kekasih, rakan ataupun keluarga terdekat.
Walaupun mawar merah adalah pilihan yang popular secara umumnya, sebenarnya terdapat pelbagai jenis warna mawar yang boleh didapati seperti kuning, hijau, merah jambu dan sebagainya.
Sumber : Forest of Flowers Bergantung kepada warna, ia juga boleh memberikan maksud yang tersendiri kepada penerima.
Sesetengah warna juga sebenarnya sesuai untuk diberikan pada hari atau peristiwa tertentu dalam hidup. 
Jika anda mahu memberikan bunga mawar kepada orang tersayang namun tidak tahu mana satu yang paling sesuai, berikut kami kongsikan serba sedikit maksud di sebalik warna dan jumlah kuntuman bunga ros.
Maksud Bunga Mawar Mengikut Warna Mawar Merah
Jenis mawar yang paling popular, mawar merah melambangkan cinta dan asmara membuatkan ia sesuai untuk pasangan kekasih. 
Mawar Putih
Sumber : bloomnation.com Mawar putih sering digunakan pada majlis perkahwinan kerana ia melambangkan permulaan baru, harapan dan kesucian.
Pada masa yang sama, ia turut digunakan dalam upacara pengebumian sebagai tanda takziah buat keluarga si mati. 
Mawar Pink / Merah Jambu 
Sumber : Flowers For Everyone Mawar merah jambu pula mempunyai makna yang berbeza-beza. 
Mawar merah jambu gelap adalah pilihan yang tepat untuk diberikan kepada teman rapat sebagai tanda persahabatan.
Merah jambu terang pula membawa maksud kebahagiaan, kelembutan, cinta dan sesuai untuk diberikan kepada golongan muda. 
Mawar Jingga
Sumber : Gardeners’ World Mawar berwarna jingga melambangkan semangat, tenaga dan keghairahan. 
Warnanya yang menyerlah memberikan makna yang positif dan sesuai untuk diberikan ketika sambutan hari lahir, ulangtahun dan sebagainya. 
Mawar Kuning
Satu lagi jenis mawar yang menyerlah warnanya, mawar kuning melambangkan persahabatan dan rasa prihatin.
Bunga ini juga sesuai untuk diberikan untuk menceriakan hari seseorang. 
Mawar Hijau 
Sumber : nurserylive.com Mawar hijau memberikan makna harapan dan kesuburan membuatkan ia sesuai untuk diberikan kepada orang terdekat yang mahu menimang cahaya mata atau baru melahirkan anak. 
Di samping itu, mawar hijau juga melambangkan keceriaan dan awet muda.
Walau bagaimanapun, ros hijau boleh melambangkan rasa dengki atau cemburu bagi sesetengah budaya. 
Maksud Jumlah Kuntuman Bunga Mawar Bila anda dapat jambangan bunga ros, cuba perhatikan berapakah kuntuman ros yang terkandung dalam jambangan bunga?
Selain warna, jumlah kuntuman mawar yang diberikan kepada seseorang juga mempunyai maksud yang tersendiri. 
Berikut merupakan tanda atau maksud tersiratnya yang mungkin ramai tak tahu : 
1 kuntum bunga : Tanda terima kasih atau cinta pandang pertama. 2 kuntum bunga : Cinta yang mendalam 3 kuntum bunga : “Saya cintakan awak”, biasa diberikan ketika sambutan ulangtahun. 6 kuntum bunga : “Saya cintakan awak”, “Saya rindukan awak”.  7 kuntum bunga : “Saya tergila-gilakan awak” 8 kuntum bunga : Tanda sokonga kepada rakan atau keluarga terdekat.  9 kuntum bunga : Cinta abadi 12 kuntum bunga : Cinta sempurna Sumber : Flowers in The Woods Sekarang anda sudah tahu maksud bunga mawar mengikut warna dan jumlahnya. Kini, anda bolehlah menempah jambangan bunga dengan gubahan paling tepat untuk orang yang tersayang! 
Sumber : floraly.com.au


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bunga-mawar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bunga-mawar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunga Tulip Nama Saintifik Dan Maksud Mengikut Warna

Bunga Tulip Nama Saintifik Dan Maksud Mengikut Warna

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 223 hits
Adakah anda peminat bunga tulip Bunga ini hadir dalam pelbagai warna menarik serta sesuai untuk dijadikan hadiah dalam bentuk jambangan bunga yang indah Bunga tulip juga merupakan bunga kebangsaan bagi negara Hungary dan Netherlands Walau b...
Muhyiddin Akan Didakwa Mengikut Akta Hasutan Di Mahkamah Esok

Muhyiddin Akan Didakwa Mengikut Akta Hasutan Di Mahkamah Esok

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 139 hits
Astro Awani26 08 2024 12 40 MYTMuhyiddin akan didakwa di mahkamah pada Selasa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan yang dibuat semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri baru baru ini Gambar failKUALA LUMPUR Bekas Perdana...
Pantun Berbentuk Soalan Mengikut Tema Untuk Pertandingan

Pantun Berbentuk Soalan Mengikut Tema Untuk Pertandingan

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 340 hits
Tema Khazanah Hutan Keris ditempa buat penahan Simpan berlapik di atas para Khazanah rimba anugerah Tuhan Inovasikan sumber bagaimana cara Bersua muka hulurkan salam Salam dihulur tanda kemesraan Hijaunya hutan khazanah alam Mengapa kini gi...
Chaca Trisha Warna Hati Chord

Chaca Trisha Warna Hati Chord

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 135 hits
Em Em Em Em Em Em Em Saat ku teringat Detik detik indah nya Bm ku bila bersama mu Am Terasa hangat nya B Dan waktu seakan terhenti bila ku bersamamu Em Seperti burung terbang Terbang melayang terus Bm di istana hati mu Am Lelah ku terbayang...
Sesuaikan Jenis Lipstik Mengikut Keperluannya Apakah Itu

Sesuaikan Jenis Lipstik Mengikut Keperluannya Apakah Itu

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 229 hits
Lipstik bukan sahaja sekadar aksesori kecantikan Ia juga merupakan cara untuk mengekspresikan diri Sebenarnya ada pelbagai jenis lipstik di pasaran dengan pelbagai fungsi yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan suasana Sesuaikan jenis l...
Maksud Jata Negara Malaysia Simbol Perpaduan Dan Identiti Nasional

Maksud Jata Negara Malaysia Simbol Perpaduan Dan Identiti Nasional

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 197 hits
Jata Negara Malaysia yang juga dikenali sebagai Lambang Negara adalah satu lambang rasmi yang membawa makna mendalam mengenai perpaduan kekuatan dan identiti nasional Jata Negara telah diperkenalkan secara rasmi pada 27 Mei 1952 oleh Raja R...
Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah

Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 117 hits
Masing masing pihak mahu menyebut Tuhan dengan nama Allah Taala Ini sebuah petanda yang sungguh indah sekiranya Allah mengikut kamus Dewan Bahasa yang membawa makna Tuhan Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi Nya disembah secara mutlak Tetapi...
Ucapan Saya Di Nenggiri Adalah Fakta Tiada Maksud Hina Raja Muhyiddin

Ucapan Saya Di Nenggiri Adalah Fakta Tiada Maksud Hina Raja Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 203 hits
bharian com myOleh Ogos 19 2024 4 37pmGambar fail Tan Sri Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggir...
9 Warna Kutek Yang Bikin Kulit Cerah Dan Glowing Jangan Salah Pilih

9 Warna Kutek Yang Bikin Kulit Cerah Dan Glowing Jangan Salah Pilih

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 176 hits
Ada beberapa warna kutek yang bikin kulit cerah sehingga jari jarimu kelihatan makin cantik dan memesona Terutama bagi kamu yang punya warna kulit tanned dan kuning langsat Yups memilih warna kutek sama halnya memilih warna lipstik untuk bi...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti