Bunga Sakura Kegunaan Maksud Dan Simboliknya


Bunga sakura sememangnya sangat indah dan menjadi kegilaan ramai apabila tiba musimnya.
Tidak hanya tertumpu di negara popular seperti Jepun dan Korea Selatan, malah bunga ini juga boleh dijumpai di beberapa negara lain seperti Taiwan, China, Perancis, Amerika Syarikat, Kanada dan Sweden.
Nama Sakura diambil daripada perkataan bahasa Jepun iaitu ‘Saku’ yang bermaksud berbunga atau senyuman.
Ia juga dikenali sebagai cherry blossom dalam bahasa Inggeris. Ini adalah disebabkan bunga ini berasal daripada genus Prunus yang terkenal dengan pokok buah ceri.
Walau bagaimanapun, sakura tidak mengeluarkan buah seperti pokok ceri lain. Sebaliknya, ia mengeluarkan bunga yang sangat cantik.
Antara spesis sakura yang popular adalah Yoshino cherry (Prunus x yedonis), weeping cherry (Prunus subhirtella var pendula), autumn-flowering cherry (Prunus shubhirtella var autumnalus), Kwanzan cherry (Prunus serrulata ‘Kwanzan’) dan Takesimensis cherry (Prunus takesimensis).
Sumber : Arbor Day Blog Kebanyakan pokok sakura dengan bunga cantik ini juga menghasilkan bunga dengan banyak kelopak. Ini berbeza dengan genus Prunus lain yang biasanya mempunyai bunga dengan 5 kelopak sahaja.
Terdapat ratusan jenis bunga Sakura yang telah dikenalpasti. Bergantung kepada spesis, ia juga mempunyai waktu berbunga yang berbeza.
Setiap kali tibanya musim sakura di Jepun, ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk berkelah dan menikmati keindahannya ini bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.
Jutaan pelancong dari luar negara juga cukup gemar untuk berkunjung ke negara matahari terbit ini ketika sakura berbunga.
Sumber : Tripadvisor Kegunaan Sakura Keindahan sakura sering kali ditonjolkan dalam budaya Jepun.
Selain dalam seni tradisional dan moden, motif bunga sakura juga boleh ditemui pada pelbagai produk seperti hiasan rumah, perkakas dapur dan kraftangan.
 Bunga dan daun sakura juga sering dijadikan ramuan bagi manisan termasuk kuih tradisional Jepun, biskut serta pastri khususnya pada musim bunga.
Sumber : HIS USA Dalam industri penghasilan kosmetik, bunga ini dikatakan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan wajah seperti mencegah penuaan, mampu mencerahkan serta memulihkan kulit dan menghalang hiperpigmentasi.
Ia juga kaya dengan antioksidan dan mempunyai komponen antiradang membuatkan ia sesuai untuk digunakan oleh individu berkulit sensitif.
Maksud Bunga Sakura dan Simboliknya DI sebalik keindahannya, sakura juga dipercayai membawa maksud yang cukup bermakna.
Oleh sebab bunga ini berkembang mekar dalam satu rimbunan, ia dilihat mirip seperti awan.
Pada tiba musimnya, sakura akan berbunga dengan sangat banyak. Namun apabila musimnya berakhir, ia akan menghilang bagai dibawa angin.
Disebabkan itu, bunga ini sinonim dengan simbolik kehidupan yang bersifat sementara.
Pada masa yang sama, bunga ini sering dikaitkan pada akhir Mac serta awal April.
Waktu ini juga sinonim dengan tamatnya sesi persekolahan serta permulaan bagi pelajar yang baru bergraduasi dan ingin memasuki alam pekerjaan.
Oleh itu, bunga ini turut melambangkan nostalgia dan permulaan baru dalam kalangan masyarakat Jepun.
Sumber : Events Hakuba Tidak hanya memiliki bunga yang cantik, malah sakura juga mempunyai pelbagai kegunaan dan membawa simbolik yang cukup bermakna khususnya bagi rakyat Jepun.
Jadi, tidak hairanlah mengapa bunga ini cukup sinonim dengan negara tersebut.
Sumber : gotokyo.org, Britannica, garnier.in
Baca Juga : Bunga Kekwa : Nama Saintifik dan Khasiat Teh Bunga


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/bunga-sakura/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bunga-sakura

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunga Dahlia Nama Saintifik Dan Simboliknya

Bunga Dahlia Nama Saintifik Dan Simboliknya

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 160 hits
Adakah anda salah seorang peminat bunga dahlia Bunga ini merupakan antara tanaman hiasan dan bunga yang sering menjadi pilihan ramai Ia juga mempunyai rupa yang sangat menyerlah dan boleh didapati dalam pelbagai warna Di sebalik keindahanny...
Gambar Bunga Menarik Dan Maksud Bunga Mengikut Warna

Gambar Bunga Menarik Dan Maksud Bunga Mengikut Warna

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 139 hits
Tidak hanya sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan atau diolah menjadi jambangan malah kecantikan bunga juga sering dikongsikan dalam bentuk gambar Kecantikannya mampu menambat hati serta menjadi salah satu tanda kekuasaan Ilahi Sejak dahulu...
Bunga Tulip Nama Saintifik Dan Maksud Mengikut Warna

Bunga Tulip Nama Saintifik Dan Maksud Mengikut Warna

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 203 hits
Adakah anda peminat bunga tulip Bunga ini hadir dalam pelbagai warna menarik serta sesuai untuk dijadikan hadiah dalam bentuk jambangan bunga yang indah Bunga tulip juga merupakan bunga kebangsaan bagi negara Hungary dan Netherlands Walau b...
Bunga Mawar Maksud Mengikut Warna Dan Jumlah Dalam Jambangan

Bunga Mawar Maksud Mengikut Warna Dan Jumlah Dalam Jambangan

papar berkaitan - pada 1/9/2024 - jumlah : 203 hits
Bunga mawar merupakan antara bunga yang paling popular di dunia dan sering dijadikan tanda cinta kasih sayang dan persahabatan yang erat Ia juga sering menjadi pilihan ramai bagi meraikan cinta atau sebagai tanda kasih sayang kepada orang t...
Maksud Dia 22 Tu Halai 11 Tu Tak Halai Sebab Tu Tak Tentang

Maksud Dia 22 Tu Halai 11 Tu Tak Halai Sebab Tu Tak Tentang

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 142 hits
Apa maksud Hj Hadi Ada sesiapa orang pas boleh jelaskan Siapakah agamawan yang bersama kerajaan pinda Agama Allah dan apa yang dipinda Judi naik ke 22x zaman Hj Hadi Bukan zaman PH
Maksud Nilai M A L A Y S I A Bagi Penjawat Awam

Maksud Nilai M A L A Y S I A Bagi Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 219 hits
Maksud Nilai M A L A Y S I A Bagi Penjawat Awam Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengajak semua penjawat awam untuk menghayati nilai M A L A Y S I A dalam usaha menjayakan reformasi perkhidmatan awam Ini juga bertepata...
Senarai Contoh Perumpamaan Dan Maksud

Senarai Contoh Perumpamaan Dan Maksud

papar berkaitan - pada 8/9/2024 - jumlah : 276 hits
Perumpamaan adalah frasa atau ungkapan yang digunakan dalam bahasa Melayu untuk menggambarkan sesuatu dengan cara yang lebih menarik dan simbolik Ia sering digunakan untuk mengajar sesuatu nilai atau pengajaran hidup dengan cara yang mudah ...
Apa Maksud Sg4

Apa Maksud Sg4

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 112 hits
W FaudzinMaksudnya nama kumpulan yang di ketuai oleh S iaitu Saka tua S seterusnya mewakili ketua 4 negeri iaitu Kedah SanusiPerlis Shukri Terengganu Shamsuri Kelantan Sudin copong Itu adalah 4 nama bermula dengan S Apa maksud G pula Maksud...
Banggar Sebut Nilai Tukar Dan Suku Bunga Sbn Tahun 2025 Masih Bisa Turun

Banggar Sebut Nilai Tukar Dan Suku Bunga Sbn Tahun 2025 Masih Bisa Turun

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 172 hits
Banggar DPR RI meyakini pemerintah dapat menurunkan target nilai tukar Rupiah terhadap Dolar Amerika Serikat pada RAPBN 2025
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi