Pokoknya mampu membesar sehingga 7 meter tinggi dan tumbuh dengan lebat sehingga membuatkan kawasan persekitaran kelihatan sangat berseri meskipun daripada jauh.
Di samping bunga melur, pokok kemboja berwarna putih juga sering dijumpai ditanam di kawasan perkuburan kerana baunya yang harum.
2. Plumeria alba – Jenis bunga plumeria berwarna putih dengan sentuhan kuning pada tengah kelopaknya.
Fakta Menarik Bunga Kemboja
Bagi sesetengah orang, bunga frangipani melambangkan persahabatan.
Di Hawaii, bunga ini sering dikumpul dan disusun untuk dijadikan kalung yang dikenali sebagai Lei. Kalung ini sering diberikan sebagai tanda alu-aluan kepada tetamu yang berkunjung. Pada masa yang sama, ia juga melambangkan nasib yang baik dan panjang umur.
Di Pulau Carribean, kulit pokok kemboja sering digunakan sebagai diuretik.
Wanita yang tinggal di kebanyakan kepulauan Pasifik khususnya etnik Polynesia pula sering menggunakan bunga kemboja untuk melambangkan status diri. Sekiranya kuntuman bunga ini diletakkan di telinga kanan, ini bermakna wanita tersebut masih bujang. Jika bunga kemboja diletakkan di telinga kiri, ini bermaksud wanita tersebut sudah berkahwin.
Disebabkan tumbuhan ini sering ditemui di negara tropika dan mempunyai warna sinonim dengan matahari terbenam, ia juga sering dikaitkan dengan musim panas.
Pokok kemboja juga berbunga hampir sepanjang tahun di negara bersuhu panas termasuk Malaysia.
Bunga kemboja merupakan bunga kebangsaan bagi negara Laos. Di negara tersebut, bunga ini dikenali sebagai Dok Jampa dan melambangkan keikhlasan dan kebahagiaan dalam hidup.
Dengan penjagaan yang mudah serta penghasilan bunga yang cantik dan berbau harum, maka tidak hairanlah mengapa kemboja mempunyai ramai peminatnya.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |