Bulan Puasa Dah Makin Hampir Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan



Bulan Puasa Dah Makin Hampir, Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan
RAMADAN adalah bulan barakah yang Allah berikan kepada hambanya. Seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan ini.
Bulan Ramadan juga diturunkan padanya Al-Quran serta menjadi sumber bekalan kekuatan kepada setiap orang Muslim. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
Maksudnya: “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.”
Keistimewaan lain pada bulan Ramadan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah bahawa pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup. Sabda Rasulullah:

Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut Ramadan.
Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” [HR Muslim 1079]
Hikmah pada bulan Ramadan sangat besar kerana ianya bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam untuk meningkatkan ibadah kepada Allah Taala.
Pada masa inilah, kita perlu membuat persiapan sebelum bulan Ramadan agar amalan yang kita lakukan akan berterusan sehingga bulan Ramadan dan bulan-bulan yang seterusnya.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk persiapan menuju Ramadan ialah:

1. Berdoa Banyakkan berdoa supaya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu, memakbulkan apa yang kita hajati dan sebagainya. Seperti yang kita maklum, doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Jadi, berdoalah bersungguh-sungguh agar kita dipertemukan dengan bulan Ramadan tahun ini dan akan datang.

2. Berlatih puasa di bulan Syaaban Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah:
Maksudnya: “Rasulullah pernah berpuasa sehingga seseorang berkata bahawa dia tidak akan berhenti berpuasa, dan dia akan meninggalkan puasa sehingga seseorang berkata bahawa dia tidak akan berpuasa. Aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali bulan Ramadan, dan aku tidak melihat baginda berpuasa pada mana-mana bulan lebih banyak daripada bulan Syaaban”. [HR Bukhari 1969]

3. Siapkan jadual amalan khusus bulan Ramadan Ini adalah supaya kita tidak terleka sewaktu bulan Ramadan untuk merebut pahala-pahala sunat disertai dengan amalan-amalan sunat pada bulan Ramadan.
4. Kenal pasti kumpulan atau rakan-rakan yang ingin beramal Berkawanlah dengan orang yang baik-baik yang boleh diajak untuk melakukan amal ibadah.
Kita juga dituntut untuk sentiasa berdamping dengan orang-orang soleh atau alim agar sifat atau perkara yang ada pada diri mereka itu terkesan kepada diri kita juga. Hal ini ada dinyatakan di dalam sebuah hadis sahih:
Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [HR Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

5. Buat persiapan Aidilfitri awal Sepuluh malam terakhir adalah waktu yang perlu disibukkan dengan ibadah, bukannya dengan persiapan raya. Namun, persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak harus dilupakan kerana ia adalah hari kemenangan buat umat Islam. Adalah lebih baik membuat persediaan awal untuk Aidilfitri kerana 10 malam terakhir adalah waktu turunnya malam Lailatulqadar sepertimana firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan”. [Surah Ad-Dukhan: 3]

6. Wujudkan suasana ibadah dalam keluarga seperti amalan Rasulullah Sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Baginda Nabi apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain (bersungguh-sungguh beribadah dan tidak melakukan hubungan suami isteri), menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” [HR Bukhari 2024]
Oleh itu, sebagai umat Islam perlulah bersungguh-sungguh merebut ganjaran yang Allah berikan di dalam bulan Ramadan penuh kemuliaan yang bakal tiba nanti serta di dalam bulan-bulan lain.
Semoga Allah SWT memasukkan kita dalam kalangan hamba-Nya yang dapat bertemu dengan bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan pengampunan dari-Nya.
Bulan Puasa Dah Makin Hampir, Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000? Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Hadi dijangka bertemu Mahathir Khayla perlukan bantuan segera Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video) Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’ Jangan Arwahkan Mak Sendiri Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup

The post Bulan Puasa Dah Makin Hampir, Jom Semak Checklist Rebut Ganjaran Ibadah Ramadan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/02/bulan-puasa-semakin-hampir-sama-sama-semak-checklist-rebut-ganjaran-ibadah-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Berbuka Puasa Bulan Ramadan Dengan Citarasa Ramadan Buffet Ramadan Amansari Residence Resort Seri Alam

Jom Berbuka Puasa Bulan Ramadan Dengan Citarasa Ramadan Buffet Ramadan Amansari Residence Resort Seri Alam

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 505 hits
JOM BERBUKA PUASA BULAN RAMADAN DENGAN CITARASA RAMADAN BUFFET RAMADAN AMANSARI RESIDENCE RESORT SERI ALAM Alhamdulillahhh masih bernyawa Ramadan dah nak sampai dalam lebih kurang seminggu je lagi Teringin nak berbuka dengan menu buffet di ...
Dah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022 Jangan Lupa Niat Puasa

Dah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022 Jangan Lupa Niat Puasa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 300 hits
hai assalammualaikumDah Sedia Nak Sambut Bulan Ramadan 2022 Jangan Lupa Niat Puasa Pejam celik pejam celik kita pun dah nak sampai ke Bulan Ramadan Alhamdulillah ramadan kali ni dapat berbuka bersama orang tersayang setelah berapa tahun tak...
Esok Dah Puasa Ini 5 Moment Lucu Yang Anda Boleh Relate Dalam Bulan Ramadan

Esok Dah Puasa Ini 5 Moment Lucu Yang Anda Boleh Relate Dalam Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 218 hits
Bulan Ramadan merupakan bulan suci yang dinantikan umat Islam seluruh dunia Pada bulan inilah kita diajak untuk memperbanyak amal ibadat selain menahan lapar dan dahaga Nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni Bukan senang tahun depan belum...
Video Mira Filzah Makin Cantik Bila Sarat Meng4ndung 8 Bulan Ini Tempoh Cuti Yg Diambil Selepas Bers4lin

Video Mira Filzah Makin Cantik Bila Sarat Meng4ndung 8 Bulan Ini Tempoh Cuti Yg Diambil Selepas Bers4lin

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 290 hits
Kejelitaan pelakon drama The Hotel ini memang tak perlu dipertik4ikan lagi Malah Mira Filzah makin cantik dan berseri seri sejak bakal bergelar ibu tak lama lagi
Hampir 11 Bulan Terlantar Koma Jahidah Mula Bagi Respon Bila Orang Bercakap

Hampir 11 Bulan Terlantar Koma Jahidah Mula Bagi Respon Bila Orang Bercakap

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 200 hits
Setelah hampir setahun koma dan terlantar akibat dianiaya suami sendiri akhirnya Jahidah Nordin dah mula memberi reaksi positif apabila orang bercakap dengannya Momen ini antara yang ditunggu tunggu oleh ahli keluarganya selama ini Menurut ...
Agar Agar Neapolitan Pasti Jadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Agar Agar Neapolitan Pasti Jadi Rebutan Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 140 hits
Bulan puasa sudah kian hampir Pencuci mulut seperti agar agar dan puding pasti jadi rebutan Agar agar Neapolitan ni ialah agar agar marble je sebenarnya cuma biasa orang buat warnanya coklat saja Nak lebih menarik kita tambah warna pink dan...
Syahadah Musim Ke 16 Di Rtm Sepanjang Bulan Ramadan 2022 Bertemakan Hijrah

Syahadah Musim Ke 16 Di Rtm Sepanjang Bulan Ramadan 2022 Bertemakan Hijrah

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 264 hits
SYAHADAH MUSIM KE 16 DI RTM SEPANJANG BULAN RAMADAN 2022 BERTEMAKAN HIJRAH Assalammualaikum semua Ramadan semakin dekat dengan kita Banyak rancangan ilmiah akan kita tonton Tahniah buat RTM kerana berjaya meneruskan legasi rancangan Syahada...
Resepi Energy Booster Untuk Ibu Hamil Ketika Bulan Puasa

Resepi Energy Booster Untuk Ibu Hamil Ketika Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 155 hits
Apakah menu diet ibu mengandung ketika berpuasa yang enak untuk dinikmati ya Kalau ingin mendapatkan idea dan juga resipi teruskan pembacaan anda Selamat ke ibu hamil berpuasa Sebelum kita terus bercakap mengenai menu diet ibu mengandung ke...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun