Bukan Tidak Sabarnya Penyokong Anwar Jadi Masalah Tun M Yang Berdolak Dalik Itulah Punca Segala Masalah




Dalam tulisan di blognya semalam, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, adalah lebih baik soal peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin itu saja.
Tambah beliau, campurtangan pihak lain boleh menjejaskan peralihan yang sudah dipersetujui itu.
Mengimbas kembali episod 1998 di mana Anwar dipecat oleh Tun Mahathir yang kemudiannya mencetuskan gelombang reformasi dalam negara, Kadir seterusnya menasihatkan Anwar agar mengawal para penyokongnya yang tidak sabar sekarang ini.“Dan jika Anwar ada belajar apa-apa daripada episod itu, saya yakin dia perlu mengawal penyokongnya yang tidak sabar itu,” tegasnya lagi.
Ada beberapa persoalan timbul daripada tulisan beliau kali ini.
Pertama, tulisan Kadir ini dengan sendirinya mengesahkan pemecatan Anwar pada tahun 1998 itu bukanlah kerana masalah moral yang melingkari bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagaimana yang kerap didakwa oleh Tun Mahathir sebelum ini, tetapi semata-mata kerana ketakutan Perdana Menteri ketika kepada kehilangan kuasanya.
Dan ketakutan kepada kehilangan kuasa itu, sebagaimana digambarkan oleh Kadir, ternyata lebih membimbangkan Tun Mahathir berikutan ternampaknya sikap penyokong Anwar yang tidak sabar mahukannya menjadi Perdana Menteri.
Lantaran itulah, untuk kali ini Kadir menasihatkan Anwar agar mengawal para penyokongnya agar lebih bersabar menanti peralihan kuasa kepadanya menjadi kenyataan.
Benarkah kali ini penyokong Anwar tidak sabar?
Benarkah juga ketidaksabaran penyokong Anwar akan menjadi punca segala masalah dalam peralihan kuasa kali ini?
Kalau kita imbau kembali isu peralihan kuasa ini sejak awal lagi, masalah sebenarnya bukanlah berpunca daripada sikap atau gambaran para penyokong Anwar yang tidak sabar itu.
Sebaliknya, semua punca masalah adalah bermula daripada kenyataan demi kenyataan Tun Mahathir yang tidak konsisten dan berdolak-dalik mengenai peralihan kuasa itu.Sebelum menang PRU dan sebelum kuasa berada dalam genggaman, Tun Mahathir sentiasa mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama dua tahun saja.
Malangnya, sebaik saja kuasa ada dalam tangan, nada suaranya mula berubah dengan keinginan berkuasa selama dua tahun tadi sudah bertukar menjadi dua tahun setengah, kemudian tiga tahun, seterusnya sehingga ekonomi pulih dan sebagainya.
Kenapakah beliau tidak boleh sentiasa setia dengan lafaz janji dua tahun itu sebagaimana setianya sepanjang kehidupan kepada isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali?
Dalam waktu yang sama, selain tidak konsisten dan berdalik-dalik berhubung tempohnya menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir juga melakukan beberapa tindakan yang mencurigakan seperti membawa masuk Azmin Ali menyertai kabinet dan menarik beberapa Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.
Apakah istimewanya Azmin yang tidak pernah ada pengalaman di peringkat kerajaan persekutuan untuk dilantik sebagai menteri kanan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, walhal beliau telah diperkenan oleh Sultan Selangor untuk meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor?
Dalam hal ini, di mana rasa hormat Tun Mahathir terhadap Sultan Selangor?
Selain itu, jika benar hanya mahu dua tahun memegang kuasa, untuk apa terus mengukuhkan kuasa dengan mengimport Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu?
Timbulnya perasaan tidak sabar di kalangan penyokong Anwar, sebagaimana yang didakwa oleh Kadir itu, kalau pun ia membimbangkan beliau dan Tun Mahathir, ia sebenarnya adalah reaksi kepada tindak-tanduk dan sikap dolak-dalik Perdana Menteri sendiri.
Maka itu, daripada Kadir mahu menasihatkan Anwar agar mengawal para penyokongnya yang tidak sabar itu, lebih baik, sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, beliau memberi nasihat kepada Tun Mahathir agar setia dengan lafaz janji yang diucapkan sebelum beroleh kuasa dan tidak berdolak-dalik dalam berkata-kata.
Seterusnya, patut juga Kadir menasihatkan Tun Mahathir agar mengawal sama para penyokongnya supaya berhenti mendesak Perdana Menteri untuk berkhidmat sehingga habis penggal.
Selain tindak-tanduk Tun Mahathir, sikap para penyokongnya yang tidak puas-puas itulah punca sebenar segala masalah dalam peralihan kuasa sekarang ini. 
(ShahbudinHusin 03/12/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/bukan-tidak-sabarnya-penyokong-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Mungkin Bubar Parlimen Halang Anwar Jadi Pm

Tun M Mungkin Bubar Parlimen Halang Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 388 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 23 Rabiulawal 1441H Rabu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yakin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membubarkan Parlimen atau memenjarakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim b...
Sudah Tentu Lim Guan Eng Dan Anwar Boleh Dipertanggungjawabkan Atas Desakan Tun Undur

Sudah Tentu Lim Guan Eng Dan Anwar Boleh Dipertanggungjawabkan Atas Desakan Tun Undur

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 275 hits
Jika kekalahan pemikiran Melayu di Tanjung Piai dipergunakan untuk salahkan Mahathir Sudah tentu kelancangan pemimpin DAP Dan PKR Minta Tun berundur juga Ada Dan boleh di kaitkan dengan lim Guan end Dan anwar Satu komplot walau dinafi Perju...
Anwar Ucap Terima Kasih Kepada Tun M Serah Jawatan Pm

Anwar Ucap Terima Kasih Kepada Tun M Serah Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 305 hits
Terima kasih terima kasih ucap Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada beliau Beliau yang ditemui...
Azmin Dakwa Anwar Gagal Penuhi Janji Punca Keluar Dewan

Azmin Dakwa Anwar Gagal Penuhi Janji Punca Keluar Dewan

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 429 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal memenuhi janji bagi memastikan perjalanan perbahasan pada Kongres Nasional Keadilan kali ke 14 hari ini berjalan tanpa sebarang unsur provokatif dan sindiran Loading Timb...
Jawatan Pm Bukan Harta Peribadi Tun M Buang Masa Saja Untuk Sesiapa Selain Anwar Bakal Pm8

Jawatan Pm Bukan Harta Peribadi Tun M Buang Masa Saja Untuk Sesiapa Selain Anwar Bakal Pm8

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 400 hits
Sebelum ini saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri Dalam BN siapa yang menjadi Presiden UMNO maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri Presiden UMNO y...
Tun M Jangan Dolak Dalik Tolong Undur Cara Berhemah Syed Husin

Tun M Jangan Dolak Dalik Tolong Undur Cara Berhemah Syed Husin

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 300 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi digesa menghormati perjanjian peralihan kuasa selama dua tahun yang dijangka berakhir pada Mei tahun depan dan diminta jangan lagi berdolak dalik Dalam nada keras bekas Timbalan Presiden P...
Kalau Azmin Terasa Itu Masalah Dia Anwar

Kalau Azmin Terasa Itu Masalah Dia Anwar

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 318 hits
AYER KEROH Eh itu sejarah Melayu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tentang kenyataan timbalannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa ucapan dasar presiden tidak inklusif dan menyerang ahli parti termasuk menggunakan perlambangan ...
Tun Mahathir Suruh Pecat Azmin Anwar Berbohong Atau Bercakap Benar

Tun Mahathir Suruh Pecat Azmin Anwar Berbohong Atau Bercakap Benar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 589 hits
Tapi Anwar cakap Mahathir suruh beliau pecat Azmin Saya soal Anwar kalau benar kenapa Tun perlu keluar kenyataan Azmin tak perlu bercuti dan boleh teruskan kerja menteri sebelum Anwar bisik bahawa Tun M tidak konsisten dalam isu itu Zuraida...
Penyokong Anwar Perlu Satukan Pkr Bukannya Desak Dr M Berundur

Penyokong Anwar Perlu Satukan Pkr Bukannya Desak Dr M Berundur

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 295 hits
Penting sangatkah agenda peralihan kuasa Pakatan Harapan sehinggakan hampir setiap hari ada saja golongan pro Anwar Ibrahim yang menggesa Dr Mahathir Mohamad mengundurkan diri secepat mungkin sebagai perdana menteri Contohnya di Konvensyen ...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Logo Maskot Visit Malaysia 2026

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Bian Gindas Cinta Angka Satu Chord

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million

Awal Kisah Cinta Angga Yunanda Shenina Cinnamon Terungkap Dekat Sejak Proyek Film Penyalin Cahaya

Resepi Terung Balado Untuk Berbuka Puasa Ramadhan Nanti

Bantu Petani Pun Puak Berotak Khawarij Buat Isu Politik

Sir Bila Ratu Elizebeth Bagi Sir Pada Ko Spm Tak Lulus Bekas Makan Rasuah Tak Kan La Pangge Sir

Keadilan Untuk Wan Ahmad Faris