Jawatan Pm Bukan Harta Peribadi Tun M Buang Masa Saja Untuk Sesiapa Selain Anwar Bakal Pm8




Sebelum ini, saya sudah dua tiga kali menulis menyentuh tentang perbezaan antara BN dan PH berhubung perlantikan Perdana Menteri.

Dalam BN, siapa yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menduduki kerusi Perdana Menteri.

Presiden UMNO yang menjadi Perdana Menteri pula boleh mengatur dan menentukan siapa yang dikehendakinya untuk menjadi penggantinya.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi tujuan itu seperti memberi jawatan kanan dalam kerajaan atau menyokong calon tertentu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Bahkan, ketika tidak lagi menghendaki Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO untuk menggantikannya, Perdana Menteri, melalui cengkaman kuasa yang dimilikinya dalam kerajaan, turut boleh memecat bakal penggantinya dengan pelbagai hujah serta alasan.

Begitulah besar dan berpusatnya kuasa seorang Perdana Menteri di era BN. 

Itu belum dikira lagi kuasa untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga, anak-anak dan kroni.

Walaupun berkuasa atas nama BN, tapi penentuan Perdana Menteri ditentukan hanya dalam kelambu UMNO. BN sekadar “rubber stamp” untuk diberi maklum saja.

Tetapi, PH berbeza dengan BN di mana penentuan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan diputuskan oleh Majlis Presiden yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti yang bergabung di bawahnya.

Kedudukan Tun Mahathir Mohamad dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah diputuskan oleh Majlis Presiden sebelum PRU14 lagi dan ia disah serta diumumkan secara rasmi dalam Kongres PH yang diadakan pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum PRU14.

Bersekali dengan itu, turut diputuskan ialah kedudukan Anwar Ibrahim sebagai bakal pengganti kepada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri ke-8.

Selagi Majlis Presiden PH tidak membuat apa-apa perubahan atau mengubah keputusan itu, kedudukan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 adalah kekal dan tidak boleh dibantah.

Bermakna, tanpa mengubah keputusan dan konsensus Majlis Presiden PH itu, bukan saja Tun Mahathir tidak boleh melantik orang lain selain Anwar sebagai penggantinya, malah buang masa saja bagi sesiapa yang lain untuk berangan-angan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Lebih daripada itu, ini bermakna dalam era PH berkuasa, penentuan siapa akan menjadi Perdana Menteri adalah ditentukan secara bersama oleh gabungan parti pemerintah itu, bukan lagi oleh siapa yang duduk di kerusi empuk Perdana Menteri.

Ia tidak seperti dalam BN dahulu di mana jawatan Perdana Menteri seolah-olah harta peribadi yang boleh diserah atau dihadiahkan kepada sesiapa yang disukai oleh seseorang yang menjadi Perdana Menteri dan boleh dielakkan atau ditarik balik daripada mereka yang tidak disukai.

Lantaran ini, saya jadi tergelak, mungkin berdasarkan perkembangan politik dalam sehari dua ini, ada yang berkata Tun Mahathir kononnya memang tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, tetapi mahu menghadiahkannya kepada Hishammuddin Hussein.

Ternampak daif sangat pandangan sedemikian rupa kerana untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada orang lain dalam PH selain Anwar yang sudah dipersetujui pun, jika tanpa persetujuan Majlis Presiden, tidak mungkin dapat dilakukan oleh Tun Mahathir, apa lagi untuk menyerahkannya kepada pemimpin pembangkang daripada UMNO.

Yang menang pilihanraya adalah PH, jadi mana mungkin tiba-tiba jawatan Perdana Menteri mahu dikembalikan kepada BN.

Lagi pun, jika Tun Mahathir boleh menyerahkan jawatan Perdana Menteri macam dulu-dulu, buat apa diserahkannya kepada Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib Razak.



Lebih baik diserahkan saja kepada anaknya sendiri, Mukhriz!! (ShahbudinHusin 20/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/jawatan-pm-bukan-harta-peribadi-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rombakan Kabinet Saya Belum Buat Keputusan Lantik Anwar Tun M

Rombakan Kabinet Saya Belum Buat Keputusan Lantik Anwar Tun M

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 302 hits
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto...
Tun Dr Mahathir Belum Putus Sama Ada Anwar Sertai Kabinet

Tun Dr Mahathir Belum Putus Sama Ada Anwar Sertai Kabinet

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 438 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum memutuskan sama ada akan memasukkan Presiden PKR Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet jika rombakan Kabinet benar benar berlaku Saya belum putuskan lagi Semuanya boleh dilakukan k...
Pnb Ilham Resort Mampu Memukau Sesiapa Saja

Pnb Ilham Resort Mampu Memukau Sesiapa Saja

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 868 hits
PNB ILHAM RESORTBatu 10 Tanjung Biru 71050 Port Dickson Negeri Sembilan MalaysiaTel 662 6800 Fax 662 5646 Email sales ilhamresort comNantikan Gambar gambar menarik PNB Ilham Resort untuk pos seterusnya tungguuuuu
Sesiapa Pun Boleh Kata Apa Saja Tunang Intan Najuwa Komen Gambar Mesra Dalam Air

Sesiapa Pun Boleh Kata Apa Saja Tunang Intan Najuwa Komen Gambar Mesra Dalam Air

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 1786 hits
Susulan kontroversi gambar mesra pelakon Intan Najuwa di dalam air yang dipercayai mandi di laut bersama pelakon Zul Ariffin mencetuskan pelbagai reaksi di laman sosial BACA Rata rata netizen mendakwa aksi Najuwa dan Zul di dalam gambar ter...
Masa Hukuman Berkurang Dhani Bakal Bebas Bulan Desember

Masa Hukuman Berkurang Dhani Bakal Bebas Bulan Desember

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 256 hits
Upaya banding musisi pentolan grup band Dewa 19 Dhani Ahmad Prasetyo alias Ahmad Dhani telah dijawab hakim Pengadilan Tinggi Jawa Timur dengan diskon vonis menjadi 3 bulan penjara 6 bulan percobaan Ini berarti Dhani tidak perlu menjalani hu...
Jangan Rugikan Masa Hadapan Kerana Mahu Undi Protes Tun M

Jangan Rugikan Masa Hadapan Kerana Mahu Undi Protes Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 456 hits
Pakatan Harapan menolak kempen pembangkang agar mengundi calon mereka sebagai tanda protes Pengerusi PH yang berkempen di Kukup Laut malam tadi Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kepada pengundi agar mengundi dengan rasional dan tidak menem...
Persefahaman Pm7 Dan Bakal Pm8

Persefahaman Pm7 Dan Bakal Pm8

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 277 hits
Hari ini saya mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya Dalam pertemuan tersebut saya telah memohon persetujuan Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan ...
Hina Jalur Gemilang Pakar Sejarah Kata Lebih Baik Buang Saja Status Kewarganegaraan Mereka

Hina Jalur Gemilang Pakar Sejarah Kata Lebih Baik Buang Saja Status Kewarganegaraan Mereka

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 531 hits
Sesiapa sahaja yang tidak menghormati Jalur Gemilang wajar dilucutkan kerakyatan kerana tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu penghinaan kepada maruah bendera negara Menurut laporan Sinar Harian Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang j...
Tun M Mungkin Bubar Parlimen Halang Anwar Jadi Pm

Tun M Mungkin Bubar Parlimen Halang Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 415 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar BANGI 23 Rabiulawal 1441H Rabu Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yakin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membubarkan Parlimen atau memenjarakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim b...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif

Effective Networking In Your Industry

Jepun Peringati Ulang Tahun Ke 80 Kejatuhan Dalam Perang Dunia Kedua Utusan Malaysia