Azmin Dakwa Anwar Gagal Penuhi Janji Punca Keluar Dewan


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal memenuhi janji bagi memastikan perjalanan perbahasan pada Kongres Nasional Keadilan kali ke-14 hari ini berjalan tanpa sebarang unsur provokatif dan sindiran.

Loading… Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam pertemuannya bersama Anwar serta kepimpinan lain pada 4 Disember lalu telah mencapai beberapa persetujuan termasuk memastikan pembahas yang dipilih tidak menyinggung, menyindir dan menyerang mana-mana pihak memandangkan ianya akan menggasir objektif kongres.
Menurutnya, presiden sendiri telah memberi jaminan bahawa kesemua pembahas akan mematuhi perimeter dan garis seperti yang dipersetujui.
Bagaimanapun menurut Azmin, ucapan Anwar yang bermula dengan sorotan klasik tentang kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar telah membuka laluan kepada para pembahas yang lain untuk terus melakukan serangan peribadi dan memecahkan perpaduan pimpinan dan anggota PKR.
“Ucapan-ucapan yang berlangsung hari ini dilihat hanya untuk mengangkat impian satu sosok dan menyerang serta melempar tohmahan kepada pimpinan yang lain.
“Hal ini sekaligus memperlihatkan kegagalan presiden untuk memenuhi janjinya bagi memastikan pembahas negeri patuh kepada perimeter ucapan yang telah dipersetujui,” katanya pada sidang media yang diadakan bagi membacakan kenyataan bersama yang telah dipersetujui oleh 22 Ahli Majlis Pimpinan Pusat.
Azmin berkata, antara perkara lain yang dicapai dalam pertemuannya bersama Anwar Rabu lalu iaitu bersetuju untuk mempertahankan tradisi dan konvensyen parti dalam perasmian bersama Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda dan Wanita PKR yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden.
Selain itu, ketetapan yang dibuat adalah untuk memastikan perbahasan oleh para pembahas di pentas kongres hanya akan memberi tumpuan kepada isu-isu dasar serta pengukuhan parti.
Turut dipersetujui ialah komposisi pembahas adalah adil mewakili semua pihak dengan jaminan membawa agenda parti.
Bagaimanapun, Azmin berkata, perbahasan yang berlangsung hari ini hanya terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih dan dilakukan secara berat sebelah selain dilihat tidak membawa suara anggota akar umbi.
Disebabkan itu, Azmin berkata, beliau bersama pimpinan yang lain mengambil keputusan untuk meninggalkan dewan kongres kerana tidak mahu mendengar kenyataan-kenyataan yang berunsur provokatif dan melanggar semangat persaudaraan parti yang ditonjolkan dalam Kongres Nasional tahunan ini.
“Beberapa persetujuan yang dicapai sebelum ini telah pun dilanggar, tidak mungkin dan tidak munasabah untuk kami duduk dalam dewan mendengar serangan-serangan yang bersifat provokatif.
“Jadi lebih baik kami tidak mendengar kerana ini akan menimbulkan ketegangan lagi di peringkat akar umbi dan anggota,” katanya.
Ditanya sama ada beliau akan hadir pada hari terakhir kongres esok, Azmin berkata, beliau akan hadir sekiranya pihak berkenaan ada sikap yang lebih bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan.
“Setakat ini perjanjian yang dipersetujui telah pun dilanggar, jadi apa yang anda jangkakan akan berlaku dalam tempoh 24 jam.
“Kalau kami Ini pengkhianat dan tidak cinta kepada parti, kami tidak akan hadir sejak perasmian lagi tetapi saya dan kepimpinan yang lain telah memenuhi janji untuk hadir ke kongres ini kerana ini kongres parti kami,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan perwakilan yang turut meninggalkan dewan kongres sehingga menyebabkan hampir separuh kerusi kosong, Azmin berkata, perwakilan pada hari ini telah cukup matang. – Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/12/azmin-dakwa-anwar-gagal-penuhi-janji-punca-keluar-dewan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Sekutu Tak Mahu Berada Di Dewan Kerana Anwar Gagal Penuhi Janji

Azmin Sekutu Tak Mahu Berada Di Dewan Kerana Anwar Gagal Penuhi Janji

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 501 hits
Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan sekutu tidak mahu berada di dewan persidangan kongres nasional tahunan PKR kerana Presiden Anwar Ibrahim gagal memenuhi janji memastikan pembahas patuh kepada suatu perimeter ucapan Pada satu sidang m...
Mizan Dibawa Keluar Dewan Selepas Gagal Duduk Di Kerusi Pengerusi Tetap Amk

Mizan Dibawa Keluar Dewan Selepas Gagal Duduk Di Kerusi Pengerusi Tetap Amk

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 506 hits
Bekas Pengerusi Tetap AMK Mizan Adli Mohd Noor bertengkar antara pegawai keselamatan ketika memasuki persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka f...
Azmin Jumpa Anwar Janji Hadir Kongres

Azmin Jumpa Anwar Janji Hadir Kongres

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 346 hits
Diterbitkan Hari ini 6 47 petangBERITAKetika spekulasi berhubung pergeseran dalam PKR timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya dari kalangan pimpinan pusat yang dipilih akan bermesyuarat dengan presiden mereka Anwar Ibrahim d...
Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

Azmin Adalah Proxy Mahathir Dan Dap Pula Di Belakang Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 400 hits
Permusuhan di antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya berpunca daripada usaha DAP untuk menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menggantikannya dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelapan DAP di belakang Anwar...
Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

Kisah Pertemuan Ds Anwar Ibrahim Dan Ds Azmin Ali Di Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 435 hits
Saya antara pimpinan parti yang hadir menyaksikan pertemuan serta terlibat dalam mesyuarat Biro Politik Khas tersebut Alhamdulillah ia satu perbincangan yang baik dan sudah pasti mengukuhkan kekuatan parti disamping menangkis persepsi yang ...
No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

No Split Between Anwar And Azmin Says Pkr

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 278 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim s meeting with his estranged deputy Datuk Seri Azmin Ali yesterday disproved views of rival factions in the party Fahmi Fadzil asserted today The two leaders met in the Parliament building yesterday to...
Pendamaian Palsu Azmin Anwar

Pendamaian Palsu Azmin Anwar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 346 hits
Perhatikan samada convention akan diperguna mendesak Tun berundur Delegates are seen pushing and shoving at the entrance of the Melaka International Trade Centre
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm