Bukan Seo Yeji Kim Soohyun Penonton Berasa Dipujuk Oleh 3 Watak Ini Dalam It S Okay To Not Be Okay


Meskipun ramai yang berterusan memuji lakonan hebat yang ditunjukkan oleh Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji dan Oh Jung-se dalam “It’s Okay To Not Be Okay”, tetapi banyak sebenarnya watak lain yang dalam diam membuatkan penonton berasa tenang dan dipujuk kerana kebaikan mereka.
Kalau anda benar-benar mendalam drama psikologi ini, watak pengarah Hospital Psikiatri OK iaitu Oh Ji-wang (Kim Chang-wan), ibu kepada Juri iaitu Kang Soon-deok (Kim Mi-kyung) dan jururawat Park Haeng-ja (Jang Young-nam) sentiasa menenangkan hati watak utama seperti Gang-tae (Kim Soo-hyun) dan Sang-tae (Oh Jung-se) yang sering dirundung dengan awan gelap.
Pengarah hospital yang ‘gila’
Secara tiba-tiba, pengarah hospital yang ‘gila-gila’ dan unik muncul dalam kehidupan adik-beradik Gang-tae dan Sang-tae yang muram. Bahkan dialah orang pertama yang cuba membantu kedua adik-beradik itu supaya mengubati trauma yang berlaku di sungai beku berbelas tahun dahulu. Doktor tua itu juga yang membantu Sang-tae melakukan perkara yang disukainya dengan menawarkan bayaran jika dia melukis mural pada dinding utama hospital tersebut walhal ia adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai lelaki itu.
Selepas pergaduhan besar di antara Gang-tae dan Sang-tae mengenai insiden di sungai beku itu, Oh Ji-wang terus membawa lelaki yang mengalami masalah autisme itu untuk tinggal sementara waktu di dalam satu wad di institusi tersebut kerana dia faham bahawa adik-beradik itu perlukan masa untuk berjauhan. Tak cukup dengan itu, doktor tersebut mengingatkan Gang-tae bahawa kedua mereka saling bergantung antara satu sama lain dan siapa tahu suatu hari nanti, dia akan memerlukan bantuan Sang-tae.
Ibu baru buat Gang-tae dan Sang-tae
Bukan sahaja menyediakan makanan untuk kesemua kakitangan hospital dan juga pesakit, malah Kang Soon-deok (Kim Mi-kyung) berkongsi kasih sayang dengan Gang-tae dan Sang-tae meskipun mereka baru sahaja mengenali antara satu sama lain. Dengan penjagaannya, wanita itu menyediakan tempat tinggal yang baik buat mereka selain tak lupa untuk menjadi figura ibu dengan menyediakan makanan yang sedap untuk keduanya.
Disebabkan ibu kepada Gang-tae dan Sang-tae sudah pun meninggal sejak lama dahulu, kedua mereka tidak tahu perasaan dibelai dengan kasih sayang oleh figura penting itu. Walaubagaimanapun dengan nasihat yang diberikan oleh Soon-deok, Gang-tae mula menyedari bahawa dia telah mempunyai tanggapan yang salah kerana menyangka ibunya hanya menyayangi Sang-tae.
Jururawat yang prihatin
Walaupun jururawat Park Haeng-ja yang dipenuhi dengan misteri, wanita itu merupakan seorang kakitangan yang hebat dan berdedikasi terhadap kerjanya. Selepas pergaduhan di antara Gang-tae dan Sang-tae, jururawat itu telah menghadiahkan patung dinosaur yang besar buat penghidap masalah autisme itu untuk menggembirakan hatinya.
Bahkan tindakan jururawat Park yang memberikan perhatian sepenuhnya ketika Sang-tae bercerita tentang asal usul binatang tersebut membuatkan lelaki itu lupa mengenai pertelingkahan dengan adiknya.
Rata-rata penonton meluahkan rasa syukur kerana watak-watak baik seperti ini muncul dalam kehidupan Gang-tae dan Sang-tae yang dahulunya dipenuhi kelam. Bahkan ramai merasakan bahawa nasihat yang diberikan oleh kesemua watak itu juga dirasai sendiri dan membuatkan mereka melihat kembali kehidupan masing-masing.
Banyak pedoman yang boleh diperolehi menerusi “It’s Okay To Not Be Okay”, pastikan anda tak terlepas menontonnya setiap Sabtu dan Jumaat di Netflix!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/bukan-seo-yeji-kim-soohyun-penonton-berasa-dipujuk-oleh-3-watak-ini-dalam-its-okay-to-not-be-okay/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konflik It S Okay To Not Be Okay Buat Penonton Menangis Lakonan Hiba Kim Soohyun Terima Pujian

Konflik It S Okay To Not Be Okay Buat Penonton Menangis Lakonan Hiba Kim Soohyun Terima Pujian

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 272 hits
Semakin maju ke hadapan semakin berat kisah yang disampaikan dalam It s Okay To Not Be Okay Meskipun penonton sudah tahu bahawa drama ini sarat dengan tema yang menyentuh perasaan tetapi siapa sangka babak konflik di antara watak Gang tae d...
Rambut Stail Baru Dalam It S Okay To Not Be Okay Ketampanan Kim Soohyun Jadi Buah Mulut Netizen

Rambut Stail Baru Dalam It S Okay To Not Be Okay Ketampanan Kim Soohyun Jadi Buah Mulut Netizen

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 371 hits
Kim Soo hyun tidak dinafikan adalah salah seorang pelakon Korea yang yang lengkap dengan wajah yang rupawan selain berbakat besar Kesemua drama yang diterajuinya sudah pasti akan menarik perhatian ramai peminat K Drama termasuklah yang terb...
10 Fakta Menarik Seo Ye Ji Lawan Main Kim Soo Hyun Di Drama It S Okay To Not Be Okay

10 Fakta Menarik Seo Ye Ji Lawan Main Kim Soo Hyun Di Drama It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 406 hits
Aktris ini lagi populer banget nih di Korea Selatan sampai sampai pinggangnya yang super ramping jadi viral di sana
Sudah Separuh Jalan 3 Misteri Masih Menjadi Persoalan Penonton Dalam It S Okay To Not Be Okay

Sudah Separuh Jalan 3 Misteri Masih Menjadi Persoalan Penonton Dalam It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 291 hits
Sedar tak sedar kita dah sampai pun ke pertengahan drama It s Okay To Not Be Okay Naskhah yang banyak bermain dengan emosi psikologi ini ternyata popular bukan sahaja di Korea malahan di seluruh dunia Meskipun dah cecah 8 episod namun masih...
Terperinci Pakaian Setiap Watak It S Okay To Not Be Okay Dipadankan Mengikut Personaliti Tersirat Mereka

Terperinci Pakaian Setiap Watak It S Okay To Not Be Okay Dipadankan Mengikut Personaliti Tersirat Mereka

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 363 hits
Meskipun ramai yang menonton drama It s Okay To Not Be Okay kerana plotnya yang menyentuh perasaan tetapi ada juga yang tak sabar nak melihat gandingan yang serasi di antara Kim Soo hyun yang tampan dan Seo Ye ji yang menawan Nak buktikan b...
Semakin Popular Dengan Drama It S Okay To Not Be Okay Kim Soo Hyun Tetap Merendah Diri

Semakin Popular Dengan Drama It S Okay To Not Be Okay Kim Soo Hyun Tetap Merendah Diri

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 378 hits
Drama terbaru It s Okay to Not Be Okay semakin mendapat sambutan hangat penonton dan berkemungkinan besar dapat menandingan drama Crash Landing on You lakonan Hyun Bing dan The King Eternal Monarch lakonan Lee Min ho Populariti drama terseb...
Ji Changwook Kim Jiwon Bakal Disatukan Dalam Drama Baru Daripada Pengarah It S Okay To Not Be Okay

Ji Changwook Kim Jiwon Bakal Disatukan Dalam Drama Baru Daripada Pengarah It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 457 hits
Belum pun lagi habis tayangan Backstreet Rookie pelakon Ji Chang wook dikhabarkan bakal berlakon dalam drama pendek di bawah KakaoTV bertajuk City Couple s Way Of Love Agensi lelaki itu turut mengesahkan berita tawaran tersebut Dia telah me...
Drama Korean It S Okay To Not Be Okay

Drama Korean It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 391 hits
Drama Korean It s Okay To Not Be Okay Drama korean terbaru berjudul It s Okay To Not Be Okay Mulai ditayangkan 20 Jun 2020 gandingan pelakon Kim Soo Hyun dan Seo Yea Ji Drama Korean It s Okay To Not Be Okay bersiar 16 episod penuh Bagi yang...
Hanya It S Okay To Not Be Okay K Drama Dalam Top 10 Netflix Seluruh Dunia Kekal No 1 Di Malaysia

Hanya It S Okay To Not Be Okay K Drama Dalam Top 10 Netflix Seluruh Dunia Kekal No 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 288 hits
Ternyata percaturan Kim Soo hyun memilih It s Okay To Not Be Okay sebagai drama pertama selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan berjaya apabila naskhah ini kini trending dalam kalangan peminat K Drama Kisah romantik dengan eleme...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik